SEMBILAN: JEMPUT MAKAN

Mature Content Series 276

Pintu kelab terbuka seperti satu rahsia. Baldu, emas, bayang-bayang. Bau peluh, minyak wangi, dan kuasa memenuhi udara. Segalanya membuatkan dia rasa seperti pulang ke rumah. Membuatkan seleranya terbuka. Kelaparannya selama dua bulan ini pasti dipenuhi dengan sebaiknya.

Cahaya lorong makin malap saat dia melangkah lebih dalam — bukan turun, tapi masuk — seakan menembusi lapisan dunia yang lain. Dunia yang tak perlukan soal jawab. Dunia di mana lelaki sepertinya dijulang sebagai tuhan.

“Strayz. Lama tak jumpa, bro.”

Di pintu masuk lounge VIP, seorang lelaki menunggunya. Segak. Licin. Tersenyum. Pemilik kelab malam ini, dan juga seorang artis, Veno. Cukup untuk mencerminkan betapa berprestijnya tempat ini.

“Menu hari ini,” Veno bersuara sambil menyerahkan tablet ke tangan Strayz.

Strayz tersenyum sinis. Skrin tablet itu bersinar sejuk dalam genggamannya.

Dia dapat melihat gadis-gadis yang sedang minum di meja. Ada yang berkelompok. Ada yang bersendirian. Ada yang sedang menari. Ada yang di washroom. Di tepi wajah mereka disertakan gambar wajah mereka agar dia senang memilih.

Swipe kiri. Swipe kanan. Sehingga dia jumpa wajah yang memenuhi seleranya. Gambar itu ditekan sebelum tablet dihulur semula.

Veno tersenyum apabila melihat pilihannya.

“Kau tunggu kejap. Aku suruh budak aku hidangkan makanan untuk kau.”

Dia mengundur ke tepi, menarik langsir dengan satu tunduk kecil. Gadis-gadis botol dalam gaun ketat dan senyuman lebih ketat. Gelak ketawa terpantul dari kristal dan krom.

“Nanti aku hantar Nova jadi appetizer. Favorite kau, kan.”

“Yo! Golden boy dah balik!”

“Ingatkan kau dah insaf.”

“Dah pilih makanan kau? Nak kenduri ke malam ni?”

Hanya sekejap, ruangan VIP itu sudah dipenuhi dengan setan-setan sepertinya. Ada yang sama karier sepertinya. Ada pemilik perniagaan. Semuanya bekerjaya. Lelaki-lelaki yang layak dipuja.

Strayz melambai malas, gelas separuh terangkat.

“Aku makan sorang malam ni. Dua bulan puasa sebab konsert.”

Dia meneguk. Dia memerhati. Biarkan semuanya berputar di sekelilingnya — seperti asap, seperti reput di bawah sutera.

Mereka yang berada di situ sekadar ketawa, jelas faham maksudnya.

“Menu barulah weyh! Aku nak dia.” Suara salah seorang VIP yang berada di situ, Vynce membuatkan Strayz menoleh ke arah skrin besar di hadapannya.

Seorang gadis baru melangkah masuk dari pintu utama. Selalunya gadis sebegitu bukan seleranya. Tapi mungkin puasanya membuatkan dia menginginkan segalanya — atau mungkin juga aura dari gadis itu.

Dia memandang pakaian yang dikenakan gadis itu. Ia bukan sekadar gaun yang membalut tubuh. Ia seolah-olah pembungkus makanan yang cuba menarik minat pembelinya.

Jaring hitam melekap pada tubuhnya seperti bisikan, menghilang ke dalam kulit pada tempat yang paling menggoda, langsung tak menunjukkan apa-apa tapi membuatkan otak liar membayangkan segalanya. Ia tak mendedahkan — ia mengumpan. Dari jauh, dia nampak seolah-olah telanjang. Dari dekat, lebih teruk. Jenis ilusi yang memang dicipta untuk lelaki macam dia.

Rambutnya disisir ke belakang, basah dan tajam — seolah-olah dia baru keluar dari laut semata-mata untuk menghancurkan seseorang. Gincu gelap. Tiada barang kemas. Hanya kulit dan bayang-bayang.

Matanya mengingatkannya pada kucing parsi yang garang — meliar sekeliling dan berakhir ke kamera. Seolah sedang memandang tepat ke arahnya. Menggodanya untuk dijadikan santapan.

“Perfect.” Strayz tidak sedar, tapi itu yang keluar dari bibirnya.

“Aku nak dia,” Vynce bersuara.

“Aku nak dia!” Strayz memandang tepat ke arah lelaki itu, jelas ingin mencabar.

“Dua orang nak menu yang sama. Tapi hidangannya cuma ada satu,” Veno bersuara. “Jadi, siapa yang akan makan dulu — atau nak jadikan kenduri?”

Strayz mengeluarkan kad hitam miliknya. Matanya masih tajam memandang VIP itu, seolah memberikan amaran saat dia menyerahkan kad itu kepada pemilik kelab.

“Berapa pun harganya, aku nak dia.”

“Jadi?” Veno mengangkat kening ke arah Vynce yang jelas tidak selesa itu.

“Bagi Strayz.” Vynce mengangkat kedua-dua tangan ketika bersuara. Semua yang berada di ruangan ini tahu betapa bahayanya penyanyi bertopengkan malaikat itu. Dia mungkin tidak akan jumpa jalan pulang ke rumah jika cari pasal.

Strayz tersenyum sedikit sinis. “Good boy.”

“Jom aku bawak kau nikmati appetizer kau dulu.”

Veno bersuara sambil mengiringi Strayz ke sebuah bilik dengan ribbon hitam terikat di pintu dan menyerahkan kad ke dalam tangannya sebelum berlalu pergi.

Kad berwarna keemasan dilekapkan ke pintu dan pintu itu terbuka menayangkan seorang gadis dengan pakaian cosplay bunny berwarna merah bersama dengan telinganya membuatkan Strayz tersenyum sinis.

NOVA.. seorang bartender di Eden Black Club. Strayz masih ingat pertemuan pertama 3 tahun lalu. Hari kedua gadis itu bekerja. Gadis itu masih sangat polos. Sangat teruja untuk bertemu dengan artis pujaan sepertinya. Tangannya yang menggeletar ketika menghidangkan minuman. Terlalu gementar. Terlalu menggoda.

Jeritan dan air mata Nova hari itu. Rontaannya. Segalanya terlalu seksi. Cukup untuk menjadikan gadis itu appetizer kegemarannya.

Strayz bergerak menghampiri gadis itu. Dagu gadis itu diangkat agar mata mereka bertentangan. Mata yang dulunya memandangnya dengan penuh kekaguman kini sedang memandangnya dengan kebencian.

Strayz tersenyum sebelum bibir gadis itu dikucup rakus.

Nova bisa membencinya sebesar manapun yang dia mahu namun di akhirnya, dia hanya mampu menyerah. Hanya mampu menjadi pembuka selera untuk Strayz.

Kerana hanya yang berkuasa layak menentukan segalanya. Dan Strayz tidak akan pernah lelah untuk membuktikannya berkali-kali.

Sehingga Nova hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience