Rate

BAB 1

Fanfiction - KPOP Series 3234

Kim eun seok dan kim eun byul bersihkan rumah kerana lama sudah tinggalkan rumah tersebut. Setelah seharian membersihkan rumah, kin eun seok menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Kim eun seok dan kin eun byul menyediakan peralatan sekolah kerana hari esok mereka akan berpindah ke sekolah baru. Eun byul ternampak orang di rumah lama kawannya @ jirannya. Setahu kembar itu, jiran mereka telah berpindah ke kawasan lain sewaktu mereka masih lagi di Malaysia. Setelah sekian lama, 10 tahun tidak berjumpa, eun byul bertanyakan eun seok tentang khabar rakan mereka yang sudah lama berpindah itu. Eun seok pun tidak tahu berkenaan bekas jiran mereka itu. Setelah jam telah menunjukkan jam 10:30 malam, kembar itu pun turut tidur untuk ke sekolah baru tersebut.

Hari berikutnya, kembar tersebut bangun pada jam 6:30 pagi dan mengambil masa 20 minit untuk bersiap. Setelah mereka bersiap, eun byul akan memasak dan eun seok akan menyediakan bekal yang berkhasiat kerana eun seok adalah pemain bola keranjang dan eun byul adalah pemain balapan iaitu pelari 400 meter dan lompat tinggi, dan mereka ada percubaan untuk menguji tahap kemanpuan mereka utnuk menyertai sukan sekolah.

Sewaktu kembar tersebut keluar rumah, mereka terserempak dengan jiran mereka yang baharu, ternyata jiran mereka adalah kawan mereka yang telah berpindah itu tetapi mereka tidak mengenali jiran mereka, mereka ingatkan orang tersebut adalah orang yang baharu dikenali mereka. Mereka menggunakan jalan yang sama untuk menaikki bas ke sekolah, ternyata jiran mereka itu satu sekolah dengan mereka kerana baju uniform yang sama. Eun seok dan eun byul duduk bersebelahan dan membaca buku sebelum tiba di sekolah.

Apabila tiba di sekolah, kembar tersebut pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan guru kelas. Setibanya mereka di pejabat, mereka bertanya dengan kerana bahawa mereka adalah murid baharu yang baru berpindah dari sekolah lama mereka dan kerani tersebut tunjukkan arah kepada kembar tersebut. Setelah kembar tersebut telah berjumpa dengan guru kelas serentak dengan bunyi loceng masuk, guru tersebut bawa masuk ke kelas dan membuat pengenalan kembar tersebut kepada murid² yang lain. Kembar itu juga memperkenalkan diri mereka tetapi mereka tidak memberitahu yang mereka itu kembar.

Eun seok dan eun byul ternampak jiran mereka duduk di belakang kelas sambil melihat kami dari jauh. Guru kelas mereka kata eun seok duduk di sebelah park jimin di baris kedua akhir dan eun byul duduk di sebelah kim sun woo di baris paling akhir. Nama kim sun woo itu adalah nama kawan mereka yang telah lama pindah sudah. Kembar tersebut saling berkenalan dengan rakan baharu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience