BAB 6

Romantic Comedy Completed 8880

Dari ekor mata, aku nampak dia turut alih pandangan dari memandang aku. Aku berhenti melangkah dan aku berpaling ke belakang. Dia terus berlalu langsung tiada kata maaf. Heh, aku tak kisahlah wei!

Tapi... Betul ke aku tak kisah?

Odie menarik tanganku masuk ke dalam kedai peralatan muzik. Sebenarnya aku tidak mahu mengikut mereka ke bandar kerana inilah! Sebab aku dah tahu agenda mereka. Mereka mahu mencari gitar baru untukku. Mereka masih tidak faham rupanya! Tiada gitar lain yang mampu ganti gitar itu!

“Andika, jomlah!”

“Tak nak!”

“Kita usha-usha dulu, bukan suruh beli sekarang!”

“Tapi...”

“Masuk dulu, Dika!” Alif tolak bahu aku Aku hela nafas. Andika, chill. Ikut je dulu. Kau bukan nak beli kan?

“Jom!” Ayie masuk ke dalam kedai.

Odie pandang aku. Aku angguk sekali. Kali ni je, Andika! Baru aku nak tolak pintu masuk ke kedai itu, pintu itu terbuka dari dalam. Langkah aku mati. Kenapa mesti kat sini pun aku jumpa dia? Dia pun macam tersentak bila nampak aku. Dia angkat kening. Aku buat muka toya.

“Tepilah! Nak lalu!” Suara dia keras.

Aku pandang Odie, “Kau cakap dengan aku ke, Odie?”

Odie garu kepala lalu menggeleng.

“Tepilah!” Masih keras suara itu lalu aku pandang Alif.

“Kau cakap apa tadi, Alif?” Aku pandang Alif. Alif terkulat-kulat bila aku bertanya seperti itu.

“Huh!” Dia merengus lalu dia pandang Odie.

“Cakap baik-baik, insyaAllah dia bagi awak lalu.”

Aku nampak dia renung aku seketika lalu dia alih pandangan ke arah yang lain, “Boleh tolong tepi sikit? Aku nak lalu.”

Aku ukir senyum sinis lalu aku pandang dia, “Eh, boleh pulak cakap baik-baik ye?”

Dia pandang aku tapi aku alih pandangan ke tempat lain. Aku berganjak sikit dari tempat yang aku berdiri, “Lalulah!”

Dan dia terus berlalu tanpa menoleh sikit pun kepadaku. Hati aku sedikit kecewa, entah kenapa. Apa lagi yang kau harapkan, Andika?

“Kau balik Perak minggu ni?”

Aku angguk. Tanganku bermain dengan kunci vespaku yang ada di atas meja.

“Ada hal ke?’

Aku geleng, “Saja nak balik.”

“Nak aku ikut?” Odie pandang aku.

Aku geleng, “Aku balik sorang je.”

Odie menggeleng, tanda tidak setuju.. Alif dan Ayie merenung aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Si Helmi, dia memang tak cakap apa-apa. Dia bersetuju saja dengan keputusanku.

“I’ll be okay, guys. Aku bukan nak terjun bangunan, aku nak balik rumah aku je.”

“Naik bas?”

“Heh, vespa ada. Naik vespa sudahlah.”

“Sure?”

Aku mengangguk. Teh tarik aku teguk. Aku nak balik, merawat kelukaan akibat gitar tapi... betul ke pasal gitar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience