Namun, matahari pula datang menyinari alam. Air pun berkerlipan indah
seperti berlian. Tapi, manusia tidak pernah puas. Panasnya mentari
disebut-sebut bukan pula dipuji. Apatah lagi untuk disyukuri. Keluhan
sama dengan hal hujan. Langit tidak pernah pergi namun tetap menyaksikan
hujan yang turun, matahari yang bercahaya. Langit tetap memayungi
manusia. Sedikit pujian hanya jika bulan sedang mengembang mahupun siang
yang berbayu lembut, bisik Adam. Adam cuba merasai keadaan itu,
menelusuri setiap landasan kedamaian.
"Merdeka itu seperti langit juga. Payung kemegahan kita kerana berjaya
menjadi sebuah negara yang dipimpin oleh anak watan sendiri. Merdeka itu
tidak pernah luput dari ingatan kita kerana kita akan ingat setiap 31
haribulan Ogos pada setiap tahun yang mendatang. Namun, merdeka itu
bukan tersemat di hati kita yang paling dalam di mana ia terukir di
sana. Merdeka itu kamulah wahai anak Adam. Anak-anak muda yang punya
jiwa kuat dan tangkas namun hakikatnya telah terkubur sama di pusara
yang terkorban kerana betapa hari-hari perlu menjadi pahat yang hanya
bergerak apabila ditukul. Kamu pejuang masa kini. Jika kamu tidak
berjaya menjadi seorang yang berprofession, menjadilah anak watan yang
berkeperibadian mulia di sisi agama, bangsa, masyarakat dan keluarga.
Tiada gagal dalam hidup selagi kaki boleh melangkah untuk mencipta
kejayaan yang diingini. Kejayaan itu umum. Suatu perkataan yang luas.
Jadikanlah kemerdekaan itu suatu yang bermakna selama 11 bulan 30 hari
dan apabila tibanya 31 haribulan Ogos itu adalah menjadi keraian kita.
Merdeka itu kamu. Bangun solat subuh kerana-Nya. Dan terus bangun
sehingga malam berlabuh, tidurlah, sesuai dengan melakukan pekerjaanmu
diselingi dengan waktu-waktu solat yang telah ditetapkan. Merdeka itu
hasil pejuang zaman Tunku Abdul Rahman. Itu contoh kamu. Sejarah yang
termaktub dan diingati. Sekarang kamu adalah pejuang zaman teknologi.
Masa yang akan dipersoalkan betapa semakin menganjak usiamu, banyak
benda yang mungkin engkau kesali setelah mencapai akalmu. Merdekalah.
Kawal diri. Bukan dikawal diri" Kata orang tua berjubah putih itu
panjang lebar.
Share this novel