Haziq merupakan salah seorang pelajar lelaki yang masih bersekolah di sekolah yang berprestasi tinggi kerana kawan-kawan dia telah dikeluarkan setelah mereka gagal mencapai target pada ujian akhir tahun tingkatan 3. Ini merupakan syarat kelayakan minimum untuk sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut. Sesiapa yang dapat bersekolah di sini semestinya pelajar cemerlang yang mampu skor straight 'A' bagi setiap subjek.
Seperti biasa, sekolah ini menjanjikan sesiapa yang mendapat gred dan prestasi yang terbaik, dia akan dianugerahi pelbagai hadiah yang lumayan, termasuklah makan secara percuma di kantin, kelengkapan dan alat tulis ditaja dan mendapat wang saku yang berjumlah RM5,000 secara tunai. Tidak hairanlah para pelajar bertungkus-lumus untuk mencapai 'reward' sedemikian.
Walaubagaimanapun, Haziq tidak ambil peduli terhadap hadiah atau 'reward' yang disediakan. Dia lebih tertumpu kepada hidangan yang dijual oleh makcik kantin di sana. Buah jambu atau lebih dikenali sebagai 'guava' dalam bahasa inggerisnya, merupakan santapan yang menarik minat si Budak Jambu ini kerana telah meraih perhatian seleranya apabila makanan istimewa dihidangankan di sekolahnya. Jarang sekali kedai-kedai di sekitar perumahannya menjual buah sedemikian. Dia dapat tahu sekolah ini menyediakan hidangan tersebut hasil daripada kawannya yang membantu memujuknya untuk masuk ke sekolah itu.
Si "Budak Jambu" telah mendapat gelaran olehnya kerana kesukaannya terhadap buah jambu. Makcik kantin sangat prihatin kepadanya dan sebab itulah dia menyimpan sedikit daripada hidangan tersebut agar dapat diberikan dan dijual kepada Haziq. Gelaran tersebut bukanlah diberikan atas sebab kawan-kawannya untuk menyindir. Padahal diorang belum tahu bahawa si Haziq tergila-gilakan buah itu. Oleh itu, makcik kantinlah yang menggelarkan si Haziq 'Budak Jambu'.
Segala imajinasi boleh diberikan kepada saya ye :-P
Share this novel