Prolog

Short Story Series 449

Aku ialah seekor kucing jantan biasa. Namaku Gugu. Nama tersebut langsung tidak komersial. Tuan aku macam acuh tak acuh sahaja memberiku nama. Namun, aku tidak boleh berbuat apa-apa. Itulah nama aku sejak aku lahir. Oleh kerana namaku begitu unik, aku lebih selesa dipanggil Gu. Lebih macho, sesuai dengan diriku yang berbulu putih dan hitam. Disebabkan warna buluku juga ada yang memanggil aku Oreo. Muka aku ada nampak macam makanan ke?

Share this novel

ninanizam09_
2020-06-18 22:08:30 


NovelPlus Premium

The best ads free experience