Lisa Rindu Ayah dan Mama
Lisa parking kereta di luar pagar tanah perkuburan itu. Setelah 10 jam perjalanan dari Johor Baharu, dia akhirnya sampai ke kampung kelahirannya Arau, Perlis. Setelah selesai solat di masjid besar Arau, dia terus ke tempat persemadian Ayah dan Mamanya. Setelah 5 tahun dia tidak sini lagi. Setelah peristiwa itu..
Dia terus keluar dari kereta dengan hati yang tidak sabar. Dari kejauhan, dia selalu berharap kubur orang tuanya di jaga rapi, kerana dia tiada saudara mara di kampungnya. Ayahnya berasal dari Pahang, manakala ibunya dari Selangor. Ayah dan mamanya berjodoh di USM apabila mereka bersama sama belajar di sana. Mereka bermastautin di Arau kerana Ayah dan mamanya bertugas sebagai guru di sana.
Lisa dan abangnya lahir di Hospital Kangar.Mereka tidak pernah balik ke kampung ayah dan ibunya kerana perkahwinan yang tidak pernah direstui. Keluarga ibunya membantah keras perkahwinan itu. Ianya kerana ayahnya anak yatim piatu yang di besarkan oleh neneknya, aka moyang Lisa. Semasa perkahwinan ayahnya, nenek ayah sudah meninggal dan ayah sebatang kara. Sebab itulah ibunya begitu menyintai ayahnya. Ibu Lisa sanggup memutuskan semua talian dengan keluarga kerana tentangan keras itu.
Apabila sampai di pagar tanah perkuburan, Lisa di sapa seseorang.
“Assalamualaikum, adik ni Nurlisa kan? Anak arwah Cikgu Azman kan?” sapa suara itu mesra.
Lisa spontan menoleh ke arah suara itu. Ya, Lisa kena wajah itu, wajah yang sangat baik dengan dia semasa di sekolah itu. Pelajar pintar ayahnya.
“Ya, saya Lisa, abang ni abang Haiqal kan? Student ayah dulu”, Lisa menunduk hormat.
Lisa lega kerana berjumpa dengan orang yang dia kenal. Lisa senyum lagi
“Abang apa khabar? Sihat? Kenapa abang ada sini?” Lisa hairan sebab dengan tahap pelajar pintar, tak mungkin Haiqal menjaga perkuburan. Haiqal memakai baju tshirt berlengan panjang dengan seluar sukan. Malah seluar itu sudah banyak kesan tanah. Ada tuala kecil di bahunya.
“Abang baru balik dari Rusia, alhamdulilah abang habis dah study medic kat sana. Sekarang tengah tunggu panggilan dari hospital la, abang dah isi permohanan dah. Sebab bosan, abang bersih kan kawasan kubur ni, baru seminggu abang kat sini. Abang dengan ayah abang sebenarnya, tapi tadi ayah abang gi beli breakfast,” lembut sangat suara Haiqal menceritakan berkenaan dirinya.
Kalau tak silap Nurlisa, umur Haiqal setahun tua darinya. Haiqal antara pelajar harapan arwah ayah. Semasa arwah ayah masih hidup, Haiqal selalu datang ke rumahnya untuk belajar dengan ayahnya. Ketika itu, abang Lisa sudah belajar di Johor Baharu.
“Alhamdulilah, Lisa masih ingat abang antara student pintar kat sekolah dulu. Jadi selepas ini kena Lisa kena panggil Dr Haiqal la ya? Kalau Lisa sakit, boleh jumpa abang la selepas ni kan?” Lisa memaniskan muka kepada Haiqal, memandangkan focus Lisa kepada kubur ayah dan ibunya. Lisa melangkah lagi.
“BOLEH abang tanya Lisa?”, suara Haiqal membawa Lisa ke dunia nyata. Lisa menoleh kebelakang, kerana kaki lisa laju melangkah untuk melawat kubur arwah ayah dan ibunya.
“Boleh, abang boleh tanya apa jer, tak perlu minta izin pun”, Lisa memberhentikan langkahnya. Lisa pasti Haiqal akan bertanya kemana dia menghilang. Kenapa tidak tinggal di rumah milik keluarganya. Lisa pasti soalan itu akan keluar dari Haiqal.
“Kalau ikutkan kiraan, umur Lisa sekarang 22 tahun, more less Lisa sepatutnya dah tamat degree kan? Mana Lisa pergi? Ayah abang kata Lisa tak tidak tinggal di sini selepas tamat SPM. Puas dorang cari Lisa, tapi tak jumpa. Lisa tinggal kat mane? Kenapa lisa menghilang?” suara lembut Haiqal meruntum jiwa. Kisah lama datang kembali, kisah paling sedih yang tidak mungkin boleh kikis dari ingatan. Lisa senyum dalam tangisan. Bagaimana Lisa harus mempamerkan raut wajahnya.
Lisa mengesat air matanya sebelum menoleh ke arah Haiqal. Wajah kacak Haiqal di sapanya. Haiqal adalah pelajar popular di sekolahnya dulu. Dengan wajah yang kacak, berketurunan Pakistan pulak, memang menjadi rebutan pelajar perempuan di sekolahnya dulu. Lisa pasti wajah kacak itu masih menjadi Idaman setiap mata wanita.
“Selepas tamat SPM, Abang lisa ajak Lisa tinggal dengan dia kat Johor. Kebetulan masa tu, abang dah tahun akhir degree. Abang pun buat kerja part time, pas tu abang sewa rumah kat sana. Jadi Lisa takde sesiapa kat sini. Lisa ikut abang la kat sana”, perlahan suara Lisa mengatur ayat, bimbang kisah sedih itu terungkap.
“Maaf sebab abang tak dapat tolong Lisa masa Lisa dalam kesusahan. Mak dan ayah abang pun terkilan dengan apa yang terjadi. Masa arwah ayah Lisa hidup, dia banyak bantu pelajaran abnag, malah abang khatam Quran pun dengan arwah ayah Lisa. Masa abang kat sana, beberapa kali abang email lisa, call rumah lisa, tapi takde orang jawab pun. Abang call ayah, ayah kata Lisa dah lama hilang”, suara Haiqal sayu, apabila mendengarnya mmbuat jiwanya meruntum sayu.
“Lisa hilang? Eh takde lah.. Lisa ada jer kat rumah abang. Lisa tak balik sebab tiada sesiapa kat sini. Rumah Lisa tu pun, abang dah bayar kat orang untuk jaga. Jadi takde alasan untuk Lisa balik sini. Lisa minta maaf buat abang risau”, Lisa mengatur lagi bahasanya, supaya kedengaran logic ditelinga Haiqal.
“Abang sangat terkejut bila ayah abang cerita berkenaan ayah Lisa maut dalam kemalangan jalan raya masa balik dr Mekah, masa tahun Lisa ambil SPM. Mesti Lisa hilang arah masa tu, tapi bang jauh, tak dapat tolong. Abang cuma mampu berdoa semoga arwah cikgu abang ditempatkan di kalangan mereka yang beriman”, suara Haiqal kedengaran sangat sedih.
“Lisa faham abang jauh, semua tu takdir untuk Lisa dan abang Lisa. Alhamdulilah, kami saling support each others. Abang Lisa banyak pulihkan semangat Lisa. Masa SPM tu, Lisa dah ok sedikit, kawan Lisa pun banyak bantu masa Lisa study. Abang pun bayar Mak Teh Timah untuk jaga Lisa. Semua sempurna Abang, alhamdulilah”, Lisa tahu pasti banyak soalan untuk dia, kerana cerita 5 tahun itu bukan singkat
“Lisa gerak dulu la abang, nak jumpa ayah dengan ibu dulu. Nanti kita borak lagi”, Lisa meminta izin Haiqal, sebab dari raut wajahnya, banyak yang ingin di bualnya. Tanpa mendengar balasan dari Haiqal, Lisa menghayun langkah ke kubur orang tuanya. Rindu kepada mereka tidak tertahan lagi.
LISA terkejut melihat kubur ayahnya yang begitu bersih dan kemas. Dengan pokok yang segar dan kehijauan. Alhamdulilah, Lisa berkata di dalam hatinya. Doanya di dengar Allah, supaya ada yang menjaga makam orang tuanya. Airmata mengalir laju, dia mula teresak esak. Tangan Lisa laju menyentuh batu nisan, pegangan itu kemas.
Haiqal memandang Lisa dari kejauhan, dia tidak berniat untuk turut serta dengan Lisa. Biarlah Lisa bersama mereka, kerana pasti ada banyak perkara yang akan diceritakan kepada orang tuanya. Suara tangisan Lisa kedengaran sayu, meruntum jiwanya.
Haiqal turut sama sebak, kerana tidak dapat membalas jasa keluarga Lisa. Dia pernah menyarankan kepada orang tuanya untuk memperisteriakan Lisa supaya Lisa tidak pernah jauh darinya, dari keluarganya. Keluarganya bersetuju dengan saranan Haiqal kerana tidak ada cacat cela dengan Lisa, gadis yang cukup serba serbi untuk di pinang. Gadis yang sangat menjaga maruahnya. Tapi dia pasti, 5 tahun pasti merubah banyak perkara di dalam diri Lisa, dan tidak mungkin saranan itu menjadi mudah.
Haiqal memulakan kerjanya, membersihkan bahagian atas Kawasan perkuburan itu. Insyallah kalau tiada aral melintang, seminggu lagi siaplah kerja amal Haiqal bersama ayahnya. Selepas selesai kerja pembersihan, Haiqal berhajat untuk membuat tanda nama untuk setiap kubur supaya senang untuk saudara mara mencari nanti. Haiqal sudah siapkan plannya, dia akan berbincang dengan ayahnya sebelum memulakan kerjanya keduanya. Dia berharap yang segalanya siap sebelum dia menerima panggilan kerjanya. Mungkin selepas sibuk nanti, dia tiada masa untuk semua itu.
“QAL, jom lah kita breakfast ni, ayah lambat tadi sebab berborak dengan Pak Dollah tu, dia bercerita pasal surau nak renovate pulak, besarkan belakang surau tu, tempat nak bermesyuarat”, lamunan Haiqal terhenti dengan sapaan ayahnya.
“itu lah tadi, Haiqal pun tunggu jugak, lama sangat ayah pergi beli breakfast”, kata Haiqal seraya mengambil air mineral dari ayahnya. Dia tidak biasa minum manis, malah dia juga tidak akan biasakan badannya dengan makanan atau air yang manis.
“Ayah belikan kuih jer untuk kamu ni, takde mee goreng yang kamu pesan, dah habis dah, padahal ayah sampai awal tadi. Orang sekarang dah makin malas masak kat rumah, semua nak beli kat kedai”, bebel ayahnya. Haiqal hanya tersenyum. Mereka solat berjemaah kat Surau tadi and terus ke kubur untuk meneruskan kerja pembersihan. Biasanya mama akan masak sarapan pagi yang sedap dan lazat. Mama selalu masak mee goreng atau nasi goreng.
“Ayah, Lisa ada kat sana, anak arwah cikgu Azman. Dah lama kita cari dia ayah”, suara Haiqal kedengaran sangat sayu. Wajah Ali Khan terkejut, beliau terus berdiri dan memaling wajahnya ke arah kiri.
“Ayah jangan kesana lagi, kita biarkan dia bersama ayah dan ibunya. Tadi Along dah tegur dia, dah borak sket. Nanti ayah ajak dia balik rumah kita ya, mama dah rindu sangat kat dia. Kalau along ajak nanti, dia segan pulak”, Haiqal bersuara perlahan. Sebak di dada masih bersisa. Bukan sahaja sebak, tapi satu rasa yang sukar di ungkap. Betapa dia lega apabila melihat Lisa di depan mata.
“Alhamdulilah, doa ayah dan mama kamu di dengar Allah, Ayah nak sangat jumpa dia. Nak sangat tanya kesihatan dia. Nak sangat jaga dia seperti ayah dia jaga kamu dulu. Banyak sangat ayah dia tolong kamu masa kamu berlajar dulu. Cikgu Azman sanggup call kawan dia kat Rusia minta jaga kamu, selalu kirim duit belanja kat kamu”, suara ayahnya perlahan, kedengaran sebak.
Haiqal faham duka ayahnya, itu yang selalu diceritakan pada Haiqal. Selepas Lisa hilang tiba tiba, Ayah Haiqal mencari merata rata, malah pernah masukkan gambar Lisa dalam surat khabar, tapi tiada rezeki untuk berjumpa. Kelihatan kelopak mata ayahnya berair, sebak menahan tangis. Bagaimana ayahnya kasihkan Lisa, begitu juga dirinya.
Share this novel
test_account
new edition atau sambungan ni cik syid?