Bab 2

Romance Series 2490

"Nenda tak tahu sampai bila kamu terus macam ni, Adam. Nenda bukanya semakin muda. Nenda menua menunggu kamu mengakhiri zaman bujang kamu."

Adam mengangkat sebelah keningnya. Isu bila nak kahwin asyik repeated sama seperti playlist spotify yang stuck.

"Apa salahnya kalau lambat kahwin?" Adam bersuara.

"Nenda nak tengok satu-satunya cucu Nenda naik pelamin sebelum Nenda tutup mata. Nenda nak kenal perempuan mana yang mampu memikat hati ais kamu."

Adam tersentak. Ais? Kenapa nak disamakan dengan ais pula? Aku ni aiskrim ke? Kalau let go satu scoop agak-agak laku ke tidak?

"Kamu tak ada calon langsung ke, Adam? Kalau tak reti nak memikat perempuan mari Nenda tolong. Biar Nenda carikan jodoh kamu."

Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh Nenda pun, punyalah banyak isu lain yang boleh dikupas. Isu ekonomi ke, politik ke...ini tak habis-habis isu kahwin. Kalau nak sangat kahwin, apa kata Nenda sendiri yang kahwin? Nenda pun apa kurangnya lama benar dah bergelar solo. Hati kecilnya tertawa sendiri.

"Eh, Nenda dah habis makan kan? Jom balik." Adam bangun lalu membayar bil mereka di kaunter.

Puan Darleena mengeluh perlahan sambil bangun dari duduknya. Mulutnya mengomel sendiri. Tak habis-habis tukar topik. Adam sekadar diam mendengar omelan neneknya itu. Malas mahu menyampuk.

"Nenda nak kamu perkenalkan Nenda dengan calon kamu dalam minggu ini. Kalau tak Nenda akan aturkan majlis perkahwinan kamu dengan calon yang Nenda cari tak kira sama ada kamu setuju atau pun tidak. Kalau kamu rasa dah tak mahu jadi sebahagian daripada keluarga Nenda, kamu boleh membantah dan melangkah pergi dengan segera."

Aduh, Adam bingung. Kali ini Puan Darleena mengeluarkan ugutan. Tak mahulah dia kalau kahwin tiba-tiba macam tu. Macam mana kalau dia tak berkenan? Macam mana dia nak lalui hari-hari yang seterusnya bersama dengan seseorang yang dia langsung tak suka. Ini bukannya reality show. Ya! Dia tak pernah sign up untuk mana-mana reality show pun.

Tiba-tiba matanya terpaut pada susuk tubuh yang asyik berjalan menunduk tidak jauh di depannya. Dari kejauhan itulah Adam cuba mencuri pandang pada seraut wajah milik si gadis. Ah,mungkin inilah dia gadis yang dicari? Kalau benar maka dialah calon yang sesuai untuk dramanya bagi mengaburi mata Nenda. Maka dengan hati yang nekad Adam selamba memaut lengan si gadis sebaik saja gadis itu mendekat.

"Hey, awak nak ke mana? Sampai hati buat-buat tak nampak saya pula." Adam memulakan dramanya. Kelihatan gadis itu terpinga-pinga. Aduh, nampak sangat blur. Cakaplah sesuatu yang boleh menjayakan adegan ni. Janganlah diam seribu bahasa. Apa-apa pun drama harus diteruskan. Dia memperkenalkan kepada Nenda bahawa itulah teman wanita yang sudah berjaya mencuri sekeping hati milik Adam.

Sengaja dia menyuruh agar si gadis memperkenalkan dirinya sendiri. Mustahil untuk Adam yang memperkenalkan kerana dia sendiri pun tidak tahu siapa gerangan si dia yang menjadi kambing hitamnya itu.

"Cepatlah, sayang. Kenalkan diri you. Tak baik buat Nenda tertunggu-tunggu."

Adam mendesak. Cepatlah sebelum Nenda mula curiga. Nampak gayanya si gadis masih terlalu bingung untuk bertindak namun dalam bingung tersebut akhirnya gadis itu bersuara dan memperkenalkan dirinya sebagai Khayla, Adam menarik nafas lega. Akhirnya! Dramaku selamat dan berjalan lancar. Kalau macam ni, tak jadilah ugutan Nenda sebentar tadi. Dia masih part of the family! Nenda tak boleh buang dia dari keluarga.

"Good thing that you found someone, Adam. So please move forward as soon as possible."

"Move apa?" soal Khayla yang jelas bingung. Sesungguhnya Adam tahu apa yang Puan Darleena inginkan. Tapi Khayla tidak tahu apa-apa.

"Melangkah ke next step. Kahwin."

Khayla jelas terkejut. Geli pula hati Adam melihat Khayla melopong begitu. Dia menahan gelak. Kasihan Khayla. Kenal pun tidak tiba-tiba dah kena kahwin. Memanglah terkejut. Drama level : Tahap gila. Tapi cute lah reaksinya.

Khayla cuba untuk menjelaskan situasi namun Adam tidak akan membenarkan itu berlaku. Tiada sebarang penjelasan yang diperlukan buat masa sekarang. Khayla hanya perlu diam agar dramanya terus berjaya. Segalanya akan hancur kalau Khayla bersuara.

"We'll talk about this as soon as posibble. Nenda boleh gerak dulu. Adam nak spend masa dengan Khayla sekejap. Lepas tu hantar Khayla balik." Adam segera memintas agar Khayla tidak mendapat sebarang ruang untuk menerangkan situasi sebenar. Dalam pada masa yang sama 'menghalau' Puan Darleena agar segera pergi dari situ.

Sebaik sahaja Puan Darleena menghilang dari pandangan mata barulah dia berpeluang untuk menjelaskan kepada Khayla tentang siapa dirinya yang sebenar.

Sebaik saja Adam menjelaskan keinginan Puan Darleena agar mereka segera berkahwin, serta-merta Khayla membentak dan menolak habis-habisan cadangan itu. Adam tidak menyalahkan Khayla. Rasanya mana-mana wanita pun akan menolak jika diajak kahwin secara tiba-tiba. Kenal pun tidak, berkawan pun tidak malah pertemuan hari ini adalah pertemuan yang pertama. Sungguh gila!

"What the heck? Awak baru saja sah kan yang kita tak kenal satu sama lain dan dah kenapa saya nak kahwin dengan awak?"

Adam tahu dia harus meyakinkan Khayla. Adam benar-benar berharap agar Khayla akan bersetuju. Ya, dia tahu rancangannya gila dan hanya orang gila saja yang akan bersetuju. Tapi dia sudah tak sanggup mendengar Puan Darleena membebel apatah lagi dengan adanya ugutan untuk diatur perkahwinan. Lagi parah kalau Puan Darleena benar-benar mencarikan seseorang untuk dikahwinkan dengannya. Itu lebih teruk daripada mengahwini Khayla yang baru dia kenal.

"Well, at least I know her name." getus hati kecil Adam. Walaupun baru kali pertama bersua namun Khayla kelihatan...menarik.

Dia akui saat matanya melabuh ke arah Khayla sebentar tadi, dia agak terpaut dengan raut wajah Khayla. Walaupun wajahnya jelas serabut memikirkan sesuatu namun Adam tetap terpaut. Mungkin aku memang suka chaos dalam hidup aku dan persetujuan yang dicapai sebentar tadi jelas menunjukkan bahawa Khayla juga serupa!

.............................................................................................

"Rais tu memang tak boleh pakai. Aku dah cakap dah dulu. Aku boleh nampak dari gerak tubuh dia." Haziqah membebel. Dia pula yang terlebih emosi apabila mendengar pengakhiran kisah cinta Khayla dan Rais. Dasar buaya! Sibuk mencari alasan. Meletakkan semua kesalahan di atas bahu Khayla semata-mata. Orang kalau dah sayang, bercinta jarak jauh pun boleh setia. Dia? Eh, alasan sungguh! Hanya kerana Khayla tak mampu nak spend masa untuk dia? Nonsense! Dia kenapa? Bayi ke sampai perlukan Khayla ada untuk dia sepanjang masa?

"Amboi, boleh nampak pula? Kau bomoh ke?"

"Aku ni bukan bomoh, Khayla. Tapi sekilas ikan di air aku dah tahu jantan betinanya. Eh, betul ke apa yang aku cakap ni?"

Khayla merebahkan kepalanya ke meja. Aduhai, benar kata pepatah. Sesal datang kemudkan dan itulah yang sedang dialami oleh Khayla. Dia mula menyesali persetujuannya untuk mengahwini Adam. Gila! Kenapa hidup dia mesti serabut macam ni? Tak normal! Wajahnya ditangkup ke meja.

"Khayla!" Tiba-tiba Haziqah menepuk meja. "Aku bercakap boleh pula kau sedap landing kepala nak tidur."

"Aku bukan nak tidur. Aku tengah bingung." Khayla mengangkat semula kepalanya. Melabuh pandang pada Haziqah.

"Hei, kalau tentang si Rais tu tak payah kau nak bingung! Lantak dia nak buat apa sekali pun. Tak payah dikenang orang macam tu. Buaya! Apa susah? Kau cari pengganti. Orang macam kau sekali petik 10 yang beratur. Kau yang buta sebelum ni tak nampak yang sembilan lagi lelaki yang berbaris tu. Si Rais yang berbaris di belakang sekali tu juga yang kau kutip."

"Ish, kau ni. Ini bukan tentang mamat tu."

"Oh, habis tu tentang apa?" suara Haziqah sedikit mengendur. Dia merenung wajah Khayla yang muram.

"Aku...dah terlanjur setuju nak kahwin dengan seseorang ni."

"Whaaaaat? Baru few hours selepas Rais break up dengan kau dan kau dah bercakap tentang kahwin? Dengan siapa pula?" Haziqah terkejut beruk. Tak masuk akal. Baru pagi tadi kononnya dia putus dengan Rais. Sekarang dah bercakap tentang berkahwin dengan orang lain. Impossible!

"Aku pun tak kenal. Aku tahu nama dia Adam. Itu saja."

"Eh, macam mana kau pun tak kenal? Kejap! Kenapa aku rasa macam otak aku tak boleh nak hadam apa yang kau cuba sampaikan eh?"

"Aaaah, aku pun tak tahu macam mana nak cerita tapi...rasa macam menyesal pula sebab setuju nak kahwin. Semua ni gara-gara Rais la. Dia kata aku selayaknya hidup sendiri dan aku rasa aku ni dah gila bila ada yang offer aku kahwin, tanpa fikir panjang boleh pula aku terus bagi kata setuju. Aku nak buktikan yang aku tak akan hidup sendiri. Bodoh betul."

"Ya, memang bodoh dan gila. Kau ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok ke?"

"Ziqah...tolonglah aku. Macam mana aku nak tolak perkahwinan ni? Dalam tempoh masa sebulan aku dah kena kahwin dengan dia."

"Nak aku tolong macam mana? Dia ada letak pisau dekat leher kau ke paksa kau ajak kahwin? Kalau ada kita buat report polis."

"Ish, tak adalah dia buat macam tu."

"Hah, kalau macam tu kau bolehlah halimunankan dia terus. Abaikan dia. Anggap persetujuan tu tak pernah wujud. Anggap kau tak pernah jumpa dia langsung. Settle!"

"Boleh ke buat macam tu?"

"Apa pula tak bolehnya? Bukannya dia tahu mana kau tinggal, mana kau kerja apa semua tu. Bumi ni luaslah, Khayla. Tak kan semudah tu dia mampu cari kau."

"Tapi dia ada nombor phone aku."

"Itu pun aku nak kena ajar ke? Kalau dia call atau message kau. Buat don't know saja. Tak perlu reply atau angkat call. Namanya pun halimunan."

Khayla mengangguk perlahan. Ada betulnya apa yang Haziqah katakan. Apa kata dia halimunankan saja Adam? Anggap saja pertemuan mereka tak pernah berlaku. Kalau tak ada pertemuan, maka sudah tentu tak ada sebarang persetujuan. Ah, titik! Abaikan saja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience