BAB 3
ISAAC membasuh muka di dalam tandas pesawat. Dia mengeringkan muka dengan tisu yang disediakan sambil memandang cermin. Satu keluhan kecil terbit di bibirnya. Kemudian, dia keluar dari tandas untuk kembali ke tempat duduknya. Ketika itu Melissa juga melalui jalan yang sama. Wanita itu cuba berlagak seperti melihat orang yang tidak dikenali. Dia beselisih tanpa memandang Isaac.
“Mel, boleh bercakap sekejap?” Isaac menahan Melissa dengan memegang lengan wanita itu.
Langkah Melissa terhenti. Dia memberi isyarat untuk mereka bergerak ke bahagian agak tersorok daripada pandangan orang lain.
“Isaac, I tengah bertugas ni.” Melissa tidak senang dengan sikap Isaac ketika ini.
“You tahu tak, kita nak terserempak empat mata macam ni pun, makan bulan.”
Melissa ketawa sinis. “Isaac... Come on. You rindu I ke?”
Isaac terkedu walaupun hanya melihat senyuman sinis wanita yang pernah tidur sebantal dengannya itu.
“Mind your words, Melissa. You are still my wife.” Isaac menekan suaranya.
Melissa mengangguk perlahan. “So, what do you want? Cepatlah I tak nak orang perasan kita kat sini,” gesa Melissa.
“I tak dapat turun ke mahkamah bulan depan. Masa tu I ada exam penting. I kena fokus sebab bukan senang nak duduki exam tu.”
“Again? Ini dah kali ke berapa, Isaac? You jangan nak cari alasan boleh tak?” balas Melissa berang. Dahinya berkerut menahan suaranya agar tidak meninggi.
“I bukan cari alasan. You jangan risau, kita akan selesaikan dalam tahun ni juga. I pun dah tak nak serabut dengan masalah ni,” ujar Isaac. Dia berkira-kira untuk pergi dari situ tetapi tiba-tiba pesawat itu bergegar agak kuat.
Melissa yang memakai kasut bertumit tinggi tidak dapat mengawal keseimbangan badannya. Dia hampir terjatuh tetapi Isaac pantas menyambutnya. Sekali lagi berlaku gegaran dan Isaac menolak Melissa rapat ke dinding pesawat supaya mereka tidak terjatuh. Nampaknya pesawat itu sedang terlanggar clear air turbulence.
Wajah Melissa melekat di dada Isaac. Dia berhenti bernafas kerana terlalu berdebar. Sudah agak lama mereka tidak sedekat itu. Melissa tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu walaupun dia dapat merasai nafas Isaac terhembus perlahan menampar pipinya. Isaac sedar hidungnya kini menyentuh pipi mulus Melissa, dia sempat menghidu wangian yang terbit daripada wanita itu.
“Isaac,” tegur Melissa apabila tiada tanda-tanda lelaki itu mahu melepaskannya.
Isaac seakan-akan tersedar. Dia membuka mata dan memandang tubuh mereka begitu rapat. Perlahan-lahan Isaac menjarakkan badannya. Dia juga terasa agak canggung kali ini walaupun yang berada di dalam pelukannya adalah isterinya sendiri.
“Passengers and cabin creaw please be seated due to turbulence.” Kedengaran suara Kapten Harriz membuat pengunguman.
Melissa terus bergerak pergi ke galley untuk mengambil tempat duduk tanpa mempedulikan Isaac yang masih berdiri kaku di situ.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
PENERBANGAN selama 8 jam lebih itu akhirnya selamat mendarat di KLIA. Kapten Harriz mengucapkan terima kasih kepada semua kru kabin yang terlibat semasa tiba di ibu pejabat. Sebelum bersurai, Kapten Harriz mendapatkan Melissa yang sedang bersiap untuk pulang.
“Melissa. Can we talk?” soal Harriz. Lelaki berusia 34 tahun yang masih bujang itu menghampiri Melissa dengan wajah yang agak serius.
“Yes, capt. Ada apa?” soal Melissa kembali. Dia tidak nafikan Kapten Harriz adalah lelaki yang menjadi idaman wanita terutama dalam kalangan stewardess. Sudahlah kacak, bujang pula tu.
“I akan uruskan you punya cuti. Please take a break. I tak tahu masalah you, dan I tak akan masuk campur urusan you. Tapi, I tak nak crew I ada depression."
“Capt... Thanks. I... I akan ambil cuti," ujar Melissa. Entah kenapa mahu sahaja dia menangis, tetapi nanti dipandang serong pula.
“Melissa... Jangan menangis depan I,” ujar Harriz. Suaranya tenggelam timbul.
“I pergi dulu.” Harriz terus memusingkan badannya dan melangkah pergi. Bimbang dengan hatinya sendiri ketika berdepan dengan isteri orang yang sedang kemurungan.
“DR. ISAAC, you nak balik rumah terus ke?” soal Hanna ketika mereka berada di pintu keluar lapangan terbang itu.
“Dr. Hanna... Kenapa, you nak balik ke hospital ke?” soal Isaac kembali dengan nada gurau.
“Oh, no.” Hanna ketawa. "Tak, I ingat nak belanja doc minum. Sebagai tanda terima kasih sebab masukkan nama I sebagai teman you pergi conference.”
“It's okay, Hanna. I dah kenyang makan atas flight tadi. I memang kena balik ke hospital terus ni. Ada urusan sikit dengan pentadbiran.” Isaac menolak dengan baik. Dia kemudian mengambil teksi dan terus berlalu pergi.
Hanna mengeluh kecil. Sedikit kecewa. Dia juga mengambil teksi dan termenung sepanjang perjalanan. Wajah Dr. Isaac bermain di matanya. Masih diingati dua tahun lalu ketika dia masih menjadi Pegawai Perubatan Latihan atau House Officer (HO). Dr. Isaac merupakan Pegawai Perubatan (MO) yang menjadi ketuanya di Jabatan Kecemasan. Peristiwa yang tidak dilupakan semasa kali pertama dia menghadapi kematian di depan mata.
Imbas kembali...
HANNA sedang memeriksa seorang pesakit di zon kuning jabatan kecemasan ketika keadaan di luar agak bising dan kelam kabut. Hanna terus keluar dan melihat keadaan tersebut. Seorang mangsa kemalangan disorong masuk dengan keadaan yang parah. Hanna terpaku kerana hari itu baru hari ketiga dia di jabatan kecemasan.
“Ada tak HO Neurosurgery kat sini!” jerit seorang doktor.
Hanna masih terpaku. Entah kenapa jantungnya masih berdebar.
“Dr. Hanna! Doktor panggil tu!” Seorang jururawat menggoncangkan badan Hanna.
“Ya, saya!” Hanna seperti baru tersedar daripada mimpi.
“Bantu saya untuk CPR!” jerit doktor tersebut.
Hanna terus mengambil gel sanitizer untuk sanitasi tangannya agar bebas daripada kuman. Kemudian dia mendapatkan pesakit tersebut yang tidak sedarkan diri. Tindakan CPR, ambulatory, defibrillator semuanya dilakukan di ruang resucsication. Waris kepada pesakit berusia 25 tahun itu adalah ayah kandung pesakit. Lelaki berusia itu datang kepada Hanna sambil menangis.
“Doktor... Tolong selamatkan anak saya. Dia satu-satunya harta saya, doktor. Saya tak ada siapa-siapa lagi. Dia yang jaga saya selama ni. Kalau anak saya tak ada. Saya pun tak dapat nak hidup.” Pak cik itu memegang baju anaknya yang penuh dengan darah sambil menangis hiba.
Hati Hanna seperti dihancurkan dengan blender melihat situasi itu. Dia menahan esmosinya sehingga terasa dadanya mahu pecah. Jiwa masih tidak kuat untuk menghadapi situasi seperti ini.
“Pak cik sabar, pak cik. Saya dan doktor yang lain akan cuba yang terbaik.” Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Hanna ketika itu.
Setelah hampir dua jam, Hanna melihat monitor yang memaparkan bacaan kiraan jantung (Blood pressure, Heart rate), oxygen saturation dan ECG (garis-garis panjang yang ada naik dan turunnya. Jika sudah meninggal dunia garis tersebut akan lurus sahaja. Namun, apa yang Hanna dapati semuanya menunjukkan tanda-tanda bahaya dan tiada pembaikan.
“Please, please...” Hanna masih teruskan CPR dengan sekuat tenaga.
Tiba-tiba dalam keadaan kelam kabut itu datang seorang doktor senior Neurosurgery. Hanna memandang tanda nama doktor itu. Isaac.
“Dr. Hanna. Kalau pesakit yang post trauma dan tidak boleh bernafas sendiri itu kenapa ya?” soal Dr. Isaac. Wajahnya tiada sebarang emosi.
“Brainstem death, doctor!”
“Kalau istilah medik, meninggal dunia itu apa?” Dia bertanya lagi untuk menguji doktor pelatih itu.
“Brainstem death, doctor.”
Dr. Isaac terdiam sambil melihat tangan Hanna masih lagi membuat CPR.
“Can you tell me, criteria of Brainstem Death?” Suara doktor senior itu agak menekan kali ini.
Tangan Hanna menggigil. Air matanya terus tertumpah. Dia berhenti membuat bantuan pernafasan.
“Not spontaneous respiration, BP unrecordable, pupil dilatations with anisocor equal or more than 5mm, loss of consciousness,” jawab Hanna sambil memejamkan matanya.
“Okey. Pergi jumpa ahli keluarganya.” Dr. Isaac terus pergi dari situ. Hanna memandang lelaki itu pergi dengan terkedu. Dia terpana dengan ketegasan MO tersebut.
“Tak ada perasaan betul!” ujar Hanna.
Share this novel