BAB 4:

Romance Series 54745

IKMAL duduk di hadapan tiga skrin. Satu menayangkan rundown siaran, satu lagi memaparkan footage dari lokasi, dan satu lagi Slack channel editorial.

Di telinganya terpasang headset sebelah kiri, bercakap dengan penerbit siaran tengah hari, sambil menanda skrip pada iPad.

"Okey. Jangan ambik visual tu selagi Haziq belum confirm lokasi sebenar," ujarnya kepada penerbit.

Tiba-tiba satu slack notification muncul pada skrin.

-Menteri batalkan PC, ganti dengan kenyataan media sahaja.

Ikmal menghela nafas. Tukar saluran ke skrin ketiga, dia taip mesej ringkas kepada wartawan di lapangan.

Tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Helena melangkah masuk dengan senyum manis. Ikmal diam-diam mendengus sebal. Tidak suka Helena membuat pejabat ini seolah-olah miliknya. Datang dan masuk sesuka hati tanpa meminta izin terlebih dahulu.

"Hai, sayang..." sapa Helena lalu melabuhkan punggung di kerusi di depan meja Ikmal.

Ikmal hanya membalas dengan gumaman sambil mata terus fokus ke skrin.

"Masih sibuk ke?" tanya Helena. Dalam hati menahan sebal dengan sikap acuh tak acuh Ikmal.

"A'ah. Tengah kemas siaran. Tunggu sekejap," jawab Ikmal.

"Lama lagi ke?"

"Boleh tahan. Rundown belum final. Menteri baru batalkan sidang media. Visual dari Padang Besar belum masuk. You tunggu sekejap ek?" Kali ini suara Ikmal lebih lunak. Tidak mahu rajuk Helena yang ketara terlihat pada nada dan wajahnya itu berlarutan sehingga membuat dia pusing kepala sepanjang hari.

"Okey...I tunggu" Helena senyum. Sedikit terpujuk dengan nada Ikmal.

Ikmal toleh sekilas lalu tersenyum sebelum matanya kembali beralih ke skrin apabila bunyi slack muncul lagi. Notifikasi dari lapangan.

-Visual sampai. Siap untik playback.-

Ikmal segera menekan butang interkom ke penerbit.

"Playback visual Padang Besar sekarang. I nak tengok sebelum kita approve."

Helena yang tidak mahu mengganggu, mengeluarkan telefon dari beg tangan dan membuka akaun media sosialnya untuk membunuh waktu.

"OKEY, selesai..." Ikmal tanggalkan headset lalu menggeliat sedikit untuk membetulkan urat-urat tubuhnya yang tegang.

"Boleh keluar sekarang?" tanya Helena sambil menyimpan telefonnya di dalam beg.

"Erm..." Ikmal angguk. Mengemas sedikit mejanya sebelum bangun.

Helena ikut berdiri lalu memaut tangan Ikmal sebelum beriringan keluar dari pejabat. Saat melewati meja Luna di luar pejabatnya, Ikmal melihat bekas isterinya itu sedang menikmati makan tengah hari dari bekas bekal.

"Hai, Luna..." Helena menyapa sambil pautan pada lengan Ikmal dieratkan.

Luna panggung kepala. Kening dijongket sedikit, seolah-olah bertanya ada apa.

"Tak keluar makan ke?" tanya Helena. Bukan benar-benar mengambil berat, hanya mahu menunjukkan kemesraannya dengan Ikmal.

"Tak. Masih dalam iddah. Mungkin dalam tiga bulan jugaklah I kena makan dekat office je. Tu pun kalau tak mengandung. Kalau mengandung, panjang sikitlah iddahnya," jawab Luna selamba.

Berubah wajah Helena dengan jawapan Luna. "Me-mengandung?"

"Erm..." Luna mengangguk. Dengan mulut mengunyah, dia pandang Helena dengan wajah yang sengaja dibuat polos.

"Ma-macam mana..." Tidak sempat Helena meneruskan pertanyaan apabila Ikmal menarik tangannya meninggalkan ruang itu. Terkedek-kedek dia mengekori langkah laju Ikmal.

"Macam mana dia boleh mengandung?" tanya Helena ketus. Saat itu dia dan Ikmal sudah berada di dalam lif. Hanya mereka berdua, membuat dia berani melontarkan pertanyaan itu.

"Yang you fikir sangat apa yang dia kata tu dah kenapa?" balas Ikmal, cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu.

"Berapa kali?"

"What?" Ikmal berang. Faham maksud pertanyaan itu dan tidak percaya Helena akan bertanya.

"How many times did you have sex with her? Every week? Every damn night?"

"Helena...stop..."

"Tell me...was it just physical, or were you in love with her too?” Helena tidak peduli. Wajahnya sudah merah menahan marah yang mendekam. Sakit hati membayangkan pergelutan panas antara Ikmal dan Luna sepanjang tempoh dua tahun pernikahan mereka.

"Stop it, Lena..." Ikmal masih mengawal suaranya.

“Did you f**k her the same way every time, or..."

"Stop it, Helena!" Kali ini suara Ikmal melengking kuat.

Bahu Helena terjongket dek terkejut. Cuak dia memandang wajah bengis Ikmal dengan mata yang sudah berurat merah.

"Jangan persoalkan apa yang berlaku antara I dengan Luna. Sekarang I dah ceraikan dia. Tak perlu ungkit apa-apa lagi," ujar Ikmal. Suaranya sudah sedikit mengendur. Mungkin baru sedar yang dia sudah terpancing emosi.

Helena diam. Egonya menghalang untuk dia meminta maaf. Lagipun dia tidak fikir itu salahnya. Dia punya hak untuk bertanya kerana Ikmal kekasihnya. Yang pernah berjanji akan setia hanya kepadanya.

"Jangan marah lagi, okey?" Ikmal memujuk sambil jemari Helena dia genggam lembut.

Helena terus diam. Dadanya masih sesak dengan marah, cemburu, dan rasa tertipu.

Sehingga pintu lif terbuka dan Ikmal mengganding tangannya menuju ke kereta, malah sehingga mereka selesai makan tengah hari dan kembali ke pejabat, dia terus membisu. Pertanyaan dan percakapan Ikmal yang cuba mencairkan suasana hanya dilayan acuh tak acuh.

Ikmal yang diterpa rasa bersalah, memanggil Luna ke pejabatnya.

"Ada apa nak jumpa saya?" tanya Luna. Nada dan wajahnya datar.

"Kenapa kau cakap macam tu depan Helena tadi?" soal Ikmal.

"Cakap apa?"

"Kenapa cakap pasal iddah...mengandung...semua tu?" suara Ikmal naik setakuk. Geram kerana Luna seperti sengaja buat-buat tidak faham.

"Oh..." Luna tertawa perlahan. "...pasal tu rupanya."

"Ya!"

"Lain kali, ingatkan girlfriend awak tu, jangan provoke saya. Jangan sekali-kali pancing saya. Dia diam, saya diam. Dia buka mulut, saya balas balik. Faham?"

"Tapi..."

"Bagitahu dia, kalau nak jadi penyondol, kena tough. Mental kena kuat. Tahan uji, tahan maki. Kalau senang koyak, baik jadi tisu tandas. Berguna jugak buat lap punggung."

Ikmal berdesis. "Mulut kau ni kan..."

"Kan saya dah kata tadi, jangan provoke saya. Jangan sampai saya heboh kat semua orang yang awaklah bekas suami saya. Lagi mental si Helena tu nanti." Lalu dengan satu jelingan tajam, Luna memutar tubuhnya dan meninggalkan pejabat Ikmal.

IKMAL sedang menunggu Helena di dalam kereta apabila dia melihat Luna keluar dari lobi pejabat. Sempat bersapaan dengan beberapa rakan sekerja mereka sebelum melangkah ke tempat letak kereta.

Matanya terus mengekori langkah Luna sehingga bekas isterinya itu sampai ke kereta. Baru saja dia ingin berpaling, dia melihat kereta Ardan berhenti di depan kereta Luna. Dia berkerut. Dalam hati sempat menyumpah Ardan yang seolah-olah sengaja mahu mengambil kesempatan dengan status baru Luna.

Ardan tidak keluar. Hanya berbicara dengan Luna lewat tingkap kereta yang terbuka. Tidak tahu apa yang mereka bualkan, namun Luna sekejap mengangguk, sekejap menggeleng, sesekali tertawa ringan.

"Dia ni kan...memang saja je buat aku panas hati," desis Ikmal, geram.

"Perempuan lain ramai lagilah! Kenapa janda aku jugak yang kau nak dekat? Dia tu masih dalam iddah tau. Baru dua hari kena cerai. Janganlah nampak sangat kau punya gelojoh tu mangkuk!"

Saat dia masih mengomel-omel, pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Helena masuk dan menghempaskan tubuhnya ke tempat duduk.

Ikmal segera memandang ke depan. Namun matanya sempat mengerling ke arah tempat letak kereta Luna tadi. Ardan sudah tiada dan kereta Luna sudah bergerak ke luar. Tanpa sedar, dia mendesah lega.

"Nak pergi makan dulu ke?" tanyanya sambil melirik Helena sekilas.

"Malas," jawab Helena sepatah.

Ikmal tidak bertanya lanjut. Terus memandu keluar dari perkarangan Astera Media. Pujuk pun tidak akan berhasil, malah akan memburukkan keadaan.

Sepanjang perjalanan, hanya keheningan menyelubungi.

Helena menahan sebal. Berharap Ikmal akan memujuk, namun sehingga mereka sampai di depan kondonya, lelaki itu terus diam. Sesekali dia mendengar Ikmal mengeluh dan berdecit. Entah apa yang mengganggu fikiran lelaki itu. Namun naluri wanitanya mengagak yang ia berkaitan dengan Luna. Tidak mungkin masalah kerja kerana selama bersama Ikmal, lelaki itu tidak pernah tertekan dengan kerja.

"Esok I jemput," ujar Ikmal. Nadanya terdengar letih.

"Tak payah."

Ikmal membuang keluh. Dia sedang tidak ada mood untuk melayan karenah sesiapa. Tetapi Helena terus menguji kesabarannya.

"Kalau you marah dengan apa yang Luna cakap tadi, I mintak maaf bagi pihak dia. Tapi lain kali jangan provok dia. Takut nanti, daripada orang tak tahu, terus heboh satu office yang I bekas suami dia. You jugak yang kena nanti."

Helena diam. Tangan dilipat ke dada dengan wajah yang masih tunjuk protes.

"Okeylah, tell me what I gotta do to make it up to you."

Kali ini Helena menoleh dengan senyum penuh makna.

"I nak you gantikan posisi Luna dengan I."

Ikmal terdiam. Permintaan Helena itu jatuh seperti batu ke dalam benaknya. Tenggelam tanpa sempat timbul. Dia tidak terus membalas. Jarinya masih memegang stereng, enggan berpaling walau Helena kini memandang tepat padanya dengan senyum yang sarat maksud.

"Dah lama I kat slot waktu off-peak. Tukarlah I ke prime time pulak."

Ikmal diam-diam mendengus. Permintaan Helena itu sudah tentu sukar untuk dia tunaikan. Apatah lagi reputasi dan prestasi Luna sangat baik, baik di mata pihak atasan atau di mata penonton.

"Sayang..." Helena sedikit merengek apabila Ikmal diam tidak menanggapi permintaannya.

"Bukan senang nak tukar posisi Luna. Dia ada pengaruh besar. Wajah utama berita. Dan tak ada alasan untuk ganti posisi dia. Lagipun kita kena consider reputasi stesen juga. Ardan pun takkan setuju."

"You kan kawan baik Ardan."

"Ardan is a CEO. Dia takkan buat keputusan sebab nak ikut kehendak kawan baik. Dia fikir jauh daripada tu. Dan I pun takkan buat sesuatu yang akan bagi efek besar pada stesen."

Helena tertawa sinis. "Atau you sebenarnya takut nak kecewakan Luna? Sebab you rasa bersalah ceraikan dia kan? Yalah, dah tidur sekatil, sebantal, takkan takde sikit pun perasaan kan."

"Bukan macam tulah, Lena." Ikmal sedikit mendengus. "You tahu, I takkan campur adukkan personal dengan kerja. Takkan sebab you marah dan merajuk, I nak buang Luna dari posisi dia semata-mata nak puaskan hati you?"

Helena memandang Ikmal dengan wajah tidak percaya.

"Semata-mata nak puaskan hati I? Of courselah you kena puaskan hati I. I'm your girlfriend. Bakal isteri you. Apa guna jawatan you kalau tak boleh nak naikkan I?"

"I tak nak cakap pasal ni. Apa pun jawatan I, stesen tu bukan bapak I punya. Kalau stesen bapak I pun, I tak boleh buat keputusan sesuka hati," balas Ikmal.

Helena mendengus geram. Tidak berkata apa-apa, dia buka pintu kereta dan terus keluar. Pintu kereta dihempas kuat tanda protes.

Ikmal yang juga bengang, tidak menunggu lama. Segera dipecut keretanya meninggalkan kawasan kondo itu.

SESAMPAI di depan rumah, Ikmal tidak segera mematikan enjin. Entah kenapa, sejak semalam dia tidak mampu menjejakkan kaki ke rumah itu. Walaupun jarang pulang, namun rumah itu tetap menyimpan banyak memori sepanjang tempoh perkahwinannya dengan Luna.

Ada sesuatu yang kosong yang membuat dia terasa seperti bukan pulang ke rumah sendiri.

Akhirnya dia pecut keretanya menuju kondo Ardan. Tempat bermastautin tetap jika dia malas menghadap wajah Luna dan juga sejak dia menceraikan isterinya itu semalam.

IKMAL menekan kata laluan pintu lalu melangkah masuk ke kondo mewah Ardan. Bilik tidur dia tuju sebelum tubuhnya direbahkan ke katil empuk Ardan.

Tepat di saat itu juga Ardan keluar dari bilik mandi dengan bertuala dan rambut masih basah.

"Ya Allah, terkejut aku!" Ardan urut dada dengan langkah yang nyaris terundur.

"Kau kenapa merempat kat sini? Rumah dah kena lelong ke?" ketusnya sambil melangkah ke walk in closet.

"Stop blabbering and just let me crash here tonight," ujar Ikmal dengan mata yang sudah separuh terpejam.

Namun belum sempat hanyut ke alam mimpi, tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang.

"Ish...gelilah sial!" Dia tolak tubuh Ardan yang memeluknya kemas.

"Aku nak menghilangkan kerinduan kau pada pelukan Luna."

Mendengar nama Luna, tubuh Ikmal yang menegang dek pelukan Ardan, perlahan mengendur.

Entah kenapa, kata-kata Luna siang tadi terngiang di telinganya.

"Ardan..."

"Erm..."

"Macam mana kalau Luna mengandung?"

"Keluar anaklah. Takkan keluar TV plasma."

Share this novel

Aisyah Esya
2025-10-18 23:31:28 

kelakar

An Nur
2025-10-17 08:15:45 

hihihi ayat deep tv plasma

Myazahra
2025-10-16 21:43:36 

....gelilah sial... " sial tu jugak yg ko cari bila serabut kepala hotak ko tu.. kahkahkah adan uke


NovelPlus Premium

The best ads free experience