⚠️ Amaran Kandungan:
Bab ini mengandungi unsur keganasan dan trauma seksual yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Sila baca dengan pertimbangan sendiri.
Lampu putih tergantung dari siling konkrit. Terang, tapi langsung tidak menenangkan. Dingin ruang itu mencengkam tulang. Bau alkohol yang kuat menyucuk hidung, menambah rasa loya yang makin mendesak.
Kesedaran May perlahan-lahan kembali. Nafasnya pendek dan tersekat. Matanya kabur, telinga berdengung. Tangan diikat ke belakang, pergelangan terasa pedih. Mulutnya kering. Kepala berat, berpusing.
Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Tapi serpihan memori datang seperti kaca pecah—kabur, tidak lengkap, menyakitkan.
Uncle... cawan... kopi... dan semuanya gelap.
Satu suara mencelah kesunyian.
“Akhirnya kau bangun.”
Bunyi roda kecil bergesel perlahan di lantai. Seorang lelaki bergerak mendekat dari arah cahaya. Siluetnya samar, tapi cukup untuk buat dada May mengecut. Dia tak perlu meneka siapa—suara dan gaya itu sudah cukup jadi petunjuk.
“Un... uncle?” Dia cuba menafikan, tapi sukar untuk berpura-pura bila wajah itu makin jelas di hadapan mata.
Lelaki itu berhenti hanya beberapa meter darinya. Rambut tersisir rapi. Kolar baju masih tegak. Tapi matanya… penuh kebencian.
“Masih nak berlakon polos? Tak ada Roy kat sini.” Suaranya sinis dan tajam.
May menelan air liur. Rasa panik mula merayap ke wajah. Dia tak tahu apa yang lelaki tua itu rancang. Baru habis makan ubat ke? Atau ini kesan bila kafein bercampur ubat?
Jantungnya makin laju.
Kenangan sebelum itu perlahan-lahan muncul.
“Sorry. You tunggu kejap. Max call—kereta rosak. I pergi ambil dia kejap. Don’t worry, papa I tak boleh naik. Dia takkan ganggu you.”
Masih terngiang suara Roy sebelum dia keluar.
"Okay"balas May tanpa mengalihkan fokus pada laptopnya.
Setengah jam berlalu. Roy masih belum muncul.
Kemudian, suara dari bawah memecah sunyi,
“Roy! Roy! Tolong papa kejap!”
May meletakkan laptop ke sisi. Dia tak benar-benar ingin ambil tahu, tapi tak sampai hati juga membiarkan lelaki tua itu tanpa bantuan.
Dia turun perlahan-lahan dari bilik tetamu. Dari celah tangga, dia nampak lelaki tua itu sedang cuba mencapai cawan yang agak tinggi di rak. May pantas mengambil cawan itu dan menyerahkannya.
Lelaki itu berpaling memandang.
“Oh, May. Roy mana?” soalnya. Nada suaranya kedengaran lebih lembut berbanding sebelumnya. Tapi riak wajahnya… masih sukar dibaca.
May hanya menggeleng. Rasa curiga masih bersarang.
“Roy keluar kejap. Kereta kawan dia rosak,” jawabnya ringkas.
“Selalunya Siti letak semua cawan ni atas kaunter dapur, sebab uncle tak boleh capai. Hari ni dia lupa agaknya.” Lelaki itu meluncurkan kerusi rodanya ke meja makan dan menuang kopi ke dalam cawan yang baru diambilnya.
May mengangguk kecil. Tapi hatinya masih berat. Insiden herdikan lelaki itu masih berbekas.
“Uncle minta maaf.”
May tersentak sedikit. Dia cuba berlalu, tapi suara itu menahan langkahnya. Cawan berisi kopi dihulur. Dia menerimanya, lalu duduk di meja makan seperti yang diisyaratkan.
“Lepas kaki uncle hilang, uncle jadi cepat marah. Fikiran pun tak menentu. Jadi... uncle minta maaf.”
May terdiam seketika. Cuba menghadam kesahihan alasan yang diberikan lelaki itu. Nada lelaki tua berkerusi roda itu seolah-olah dia benar-benar menyesali kelakuannya. May menarik nafas sebelum melemparkan senyuman kecil sebagai permintaan maaf lelaki itu diterima.
“Takpe, uncle. Saya faham. Bukan mudah nak terima kehilangan. Saya sendiri hilang memori pun dah cukup rasa tak selesa, apalagi kalau hilang kaki.”
“Hilang memori?”
May mengangguk sebelum menjelaskan segalanya. Tidak ingin pemilik rumah itu menjadi satu-satunya yang bercerita.
“Ada lecturer kolej Roy terlanggar saya. Bila saya bangun, saya langsung tak ingat apa-apa. Untuk sementara saya tinggal dengan dia. Sebab takut saya bosan, dia ajak saya ikut dia kerja. Saya boleh faham subjek-subjek yang diajar jadi Roy bayar saya buat.. eh.. maksud saya Roy ajak saya buat assignment sama-sama”
May menghirup kopi, cuba menutup kejanggalan.
“Takpe. Roy memang...” lelaki tua itu menyambung, tapi suaranya makin kabur. Kepala May terasa berat. Pandangan kabur. Segalanya kelam.
“Kau ingat tempat ni?” Suara lelaki itu menghancurkan semula cebisan memori yang baru bertapak tadi.
May memandang sekeliling. Ruangan besar. Agak kosong jika bukan kerana kabinet-kabinet minuman di dinding. Tapi masih ada sentuhan vintajnya.
“Kat tempat ni kau kurung aku dulu. Rumah aku sendiri.” Suara itu bercampur amarah, cukup untuk buat May hampir berganjak ke belakang. Tapi kaki dan tangannya masih terikat. Dia tak ke mana.
“Saya tak faham apa yang uncle cakap.” Suaranya menggigil. “Uncle salah orang.”
"Salah orang?!" Suara itu meledak seperti guruh. Gegarannya seolah-olah mampu meluruhkan organ dalaman May. "Aku tak salah orang. Kau boleh lupa. Kau boleh hilang ingatan. Tapi aku akan ingat kau. Setiap inchi muka kau. Kejadian hari tu takkan sesaat pun aku lupa."
May menggigil.
“Uncle... saya tak tahu apa yang uncle maksudkan. Saya minta maaf kalau...”
May tidak sempat menghabiskan kata. Lelaki itu ketawa kecil, perlahan... sebelum berubah menjadi tawa gila yang bergema dalam ruang sempit itu.
“Jangan risau. Kalau kau lupa, aku akan bantu kau ingat. Aku akan demo semua. Satu demi satu.”
Dia condong ke depan. Suaranya kini rendah, berbisik di antara dengusan nafas.
“Macam mana kau tikam kaki aku. Macam mana kau hentak kaki aku. Macam mana kau gilis kaki aku dengan kereta. Berkali-kali.”
“Aku akan biar kau rasa semua tu semula. Setiap satu. Sampai kau ingat... sebelum kau mati, aku akan buat kau rasa 10 kali ganda keseronokan yang abang kau rasa. Biar kau boleh bercerita dengan abang kau di neraka rasanya dirodok oleh lelaki."
May dapat merasakan tubuhnya menggigil tidak dapat dikawal apabila mendengar plan yang bakal dilakukan kepadanya. Air matanya tidak malu untuk menitis apabila dia melihat 10 lelaki lain sudahpun berdiri tegak bersama mereka.
"Baringkan dia di atas meja."
May ingin melawan saat ikatannya diuraikan namun tangannya dipegang oleh lengan sasa 4 lelaki. Dia meronta tapi kudratnya tidak sebanding dengan lelaki-lelaki yang telah membaringkannya di atas meja. Dia dibaringkan seperti tapak sulaiman di atas katil yang entah bila didorong masuk ke situ dengan setiap satu dari mereka memegang tangan dan kakinya.
"Uncle. Saya mohon. Lepaskan saya. Saya.. bukan saya." May merayu dengan air matanya yang merembes.
Rayuan.. Tangisan.. dan.. Kepuasan di wajah lelaki itu.. Sedikitpun tiada simpati. Lelaki tua itu menggolekkan roda kerusi rodanya ke arah katil. Salah seorang dari lelaki yang tidak memegangnya menghulurkan pisau besar kepada lelaki berkerusi roda itu.
"Jangan risau. Aku cuma nak bermain."
BACA DENGAN RISIKO SENDIRI
Share this novel