Keesokan harinya, Anis benar-benar membawa bekal seperti yang dijanjikan. Dia belum pernah merasa gembira tatkala membawa bekal ke sekolah sebelum ini. Dia sedang menunggu untuk waktu rehat bermula tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, sekolah ini merupakan sekolah yang tidak jauh beza terhadap waktu dan peraturannya dari sekolah yang lain. Jangka masa rehat dan pembelajaran adalah sama seperti sekolah menengah biasa. Waktu rehat kedua untuk tingkatan 3,4 dan 5. Para pelajar hanya mempunyai 30 minit untuk berehat.
Waktu rehat kedua telah bermula. Anis mengambil peluang keemasan ini untuk berjumpa Haziq dan memberikan bekal tersebut kepadanya. Dia mula mengatur langkahnya ke kelas 4 Hang Tuah. Dia berada didepan pintu kelas tersebut dan kakinya berasa kaku.
"Eh, kenapa aku gementar ni? alah tolong bawakan bekal je pun, takkan la nak gementar." Dalam hatinya berdegup dengan sangat kuat seperti air sungai yang bergelora dengan deras sekali. Pertama kalinya dia pernah membuat bekal untuk orang lain. Baginya membuat bekal untuk diri sendiri agak menyusahkan lagikan pula untuk orang lain. kali ini untuk lelaki pula tu. Bukan kemain lagi.
Anis menjenguk secara senyap-senyap dengan penuh cermat di sebalik pintu. Matanya makin rambang dan menala ke merata tempat duduk pelajar. Tidak bernasib baiknya, dia tidak nampak susuk tubuh si Haziq, hanya si Haiqal sahaja dia dapati. Dia merasakan Haziq pergi ke kantin untuk makan dan dia lupa janji kemarin.
"Oi Haiqal, mana kawan kau yang kemarin tu? " Tanya Anis. "Oh dia pergi ke kantin bersama Khai". Jawab Haiqal dengan bersahaja. "Dah agak dia lupa soal kemarin" gumam Anis dalam hatinya. "Oh gitu, aku ada bawakan bekal yang dia mahu semalam, kau tolong berikan kepada dia kejap." Anis meminta Haiqal menggantikan dia berikan bekal yang dibawa.
"Tapi, kalau kau nak hantar kepadanya pun boleh." Haiqal cuba menawarkan peluang kepada Anis. "Dia selalu melepak kat taman sekolah, kau boleh la jumpa dengan dia." Sambungnya. "Oh di situ ke, aku...hmm boleh kot pergi jumpa, okay thanks." Anis terima dengan baik informasi yang terbaik ini, lalu dia segera pergi ke lokasi yang ditujukan.
"Mana ye dia ni, Haiqal kata ada di taman, tapi mana dia." Anis mula mengomel sendirian. "Mungkin ada di belakang pokok tu." Dia cuba meneka keberadaan Haziq. Dia memeriksa di lokasi tersebut, malangnya tiada kehadirannya. Dia mula memusingkan badannya untuk balik dari situ. Tetiba Haziq muncul di belakang dia. "Eh...ahhh" Anis terkejut teruk kalini. "Aik Anis, kenapa ade di sini? " Tanya Haziq. "Haih awak ni terkejut saye, tetiba muncul dari belakang." Anis tidak sangka kemunculan Haziq mendekatinya dengan tiba-tiba.
"Oh saye baru balik dari tandas ha." Haziq menjelaskan alasan untuk Anis. "Aku mahu rehat di tempat ni, kenapa kau ade di sini? " Haziq tertanya keberadaan si Anis. "Saye ni ha ada bawa bekal yang kemarin dijanjikan." Anis menjelaskan tentang kehadirannya. "Aha la, lupa pula kemarin, Tak sangka pula kau betul-betul merealisasikannya." Jawab Haziq dengan tidak percaya apa yang dia perhatikan.
"Maaf, saye dah terbeli makanan untuk rehat ni." Haziq telah awal-awal membeli makanan 'feveretnya' tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Khai. Nampak biasa saja si Khai, tapi tanggapannya terhadap kelakuan si Haziq memang tidak boleh dipandang ringan. Almaklumlah kawan baik sejati. Dia merupakan salah satu kawan yang ajak untuk masuk ke sekolah ni. Haziq tidak keberatan jika kawannya ada bersama-sama belajar di sekolah yang sama.
"Tak pe, awak makan saja makanan yang dibeli tu dan bekal ni bagi makanan lebihan. Awak boleh mati kekenyangan kalau begini hehe." Anis pandai mengambil hati Haziq dengan perangai konyolnya. Dia berharap Haziq tak berasa bersalah sebab lupa bekal yang dia buatkan. "Kalau macam tu saye okay ja, terima kasih ya." Haziq berasa teruja dengan kebaikan Anis terhadapnya. "Saye naik ke kelas dulu tau, bye." Anis mengorak langkah ke tangga yang berdekatan dengan kelasnya. Dia tak berani untuk berdua-duan dengan Haziq takut digosip oleh kawan sekelas. Baginya cukup untuk memberikan bekal tadi sudah memadai tidak perlu terlalu mendekati kerana masih terlalu awal untuk 'romance' di usia begini.
"Bila masa kau bawa bekal ni, Haziq? Tanya Khai setelah balik dari kantin untuk beli minuman. "Ni ha Anis bagi, dia kata nak buatkan bekal untuk aku dan aku menolak tawaran dia tapi dia bertegas untuk buat juga." Haziq membicarakan bekal yang dipegangnya. "Hmm...agak menarik kau ni ya." Khai mula menyadari sesuatu di lubuk fikirannya. "Kenapa pula, haish kau ni." Haziq merasa pelik dengan kelakuan si Khai. "Tiada apa-apa lah, hehe." Khai jawab dengan mendatar sekali sambil tersenyum.
Cerita sambungan bagi melengkapkan chapter 3
Share this novel