Pada masa pertama itu , iaitu pendidikan jesmani eun byul akan berlari 400 meter dan lompat tinggi manakala eun seok akan bermain bola keranjang. Eun seok dan eun byul pergi ke tandas untuk tukar baju dan tunggu satu sama lain. Eun byul memakai pakaian sukan yang agak ketat di sebalik jaket kerana eun byul tidak mahu rakan2nya memandangnya dengan pelik kerana eun byul sudah biasa berpakaian begitu semasa menyertai sukan di Malaysia. Guru jesmani sudah menyediakan beberapa pemain sekolah untuk membuat perbandingan untuk si kembar, sukan pertama yang akan diadakan lari 400 meter di padang. Lawan eun byul ialah pelari nombor 1 dan 2 sekolah , eun byul bertanya dengan cikgu sama ada dia boleh pakai pakaian yang dia pakai sewaktu di sekolah lamanya dahulu, lalu cikgu berkata bahawa boleh. Eun byul juga membuka jaket hanya berseluar pendek paras atas lutut dengan baju lengan pendek dan mula memanaskan badan bertemankan eun seok.
Habis sahaja eun byul panaskan badan, dia masuk ke track larian sambil menyanggul rambut. Eun byul bersedia di track terakhir diantara track yang digunakan oleh mereka. Apabila mereka dengar tiupan wisel untuk lari, semua pun berlari dengan cara tersendiri. Eun byul berlari dengan tenang dan konsisten supaya tidak terlalu jauh dengan pesaingnya dan akhirnya dia memotong pada setengah padang dan tinggalkan dua pemain lagi dengan jarak yang agar jauh, beza masa atara dia dengan pemain lain adalah 5 saat. Habis sahaja eun byul berlari eun seok terus peluk dia kerana bangga dengan adiknya itu, seseorang telah memberi eun byul jaketnya dan berkata bahawa sekarang sejuk nanti terkena selsama, orang itu ialah sun woo dan eun byul berkata terima kasih dan memakainya kembali. Cikgu jesmani kata lompat tinggi akan dilalukan di dewan kerana memerlukan tilam untuk memdarat.
Semasa dalam perjalanan untuk ke dewan eun seok berbual dengan jimin tentang apa yang mereka mahu buat selepas pulang dari sekolah, eun byul dan sun woo orang yang paling belakang dalam barisan sewaktu kedewan. Sun woo perasan bahawa eun byul tidak memakai seluar panjangnya lalu memberi tuala kepada eun byul untuk menutup kakinya supaya tidak berasa sejuk, eun byul terkejut kerana sun woo tiba2 memberi tuala dan suruh menutup kakinya. Setibanya di dewan ada beberapa wakil pelajar daripada pelamain lompat tinggi sekolah yang akan turut untuk membuat perbandingan dengan eun byul.
Eun byul kembali lagi membuka kembali jaket dan kembalikan balik tuala sun woo lalu membuat latihan lompatan sebelum memulakan lompatan yang sebenar. Eun byul orang terakhir yang akan lompat, cikgu jesmani mengukur tiang dengan ketinggian 1.75 cm sehinggalah 1.95 cm yang hanya tinggal 3 orang termasuk eun byul. Rekod tertinggi eun byul ialah 2.00 cm. Apabila hanya tinggal 2 orang pada ketinggian 2.00 cm, eun byul terus untuk ketinggian 2.05 dan eun byul berjaya dengan terkejut kerana sebalum ini dia langsung tidak dapat untuk lompat setinggi itu. Cikgu jesmani membenarkan eun byul menyertaiatlet sekolah dan menyertai pertandingan pada bulan hadapan. Selesai sahaja lompat tinggi, giliran eun seok pula untuk bermain bola keranjang. Eun seok akan bermain dengan beberapa pemain sekolah dan berpasukan dengan jimin dan sun woo. Sun woo ialah kapten untuk pasukan bola keranjang yang sangat terkenal dengan cara permainannya. Pasukan bola keranjang sekolah tidak pernah kalah semasa sun woo mula masuk untuk bermain.
Eun seok mendapat pujian daripada guru penasihat kerana corak permainan yang sangat bagus dan di terima masuk dalam pasukan. Habis sahaja perlawanan jimin tanya dengan sun woo bahawa sun woo tidak membawa tualanya, lalu sunwoo kata dia tidak membawa. Eun byul tahu itu adalah tipu kerana sunwoo memberi tuala tersebut kepada eunbyul, lalu eunbyul memberi tuala kecil yang baru kepada sunwoo untuk mengeringkan peluh. Habis sahaja sukan, mereka yang terlibat dengan sukan di beri kebenaran unruk membersihkan badan di tandas, di dalam tandas sekolah menyediakan bilik mandi untuk membersihkan badan selepas bersukan terutamanya kepada atlet sekolah.
Share this novel