Rate

Bab 5

Fanfiction - KPOP Series 3234

Semasa eunbyul ke tandas, dia terlanggar seseorang di depan pintu tandas lelaki dan terjatuh. Eunbyul pelik kenapa dia tidak rasa sakit, sekali apabila dia membuka mata ada tangan yang menyambutnya, rupanya lelaki yang di langgarnya itu adalah Jungkook. Jungkook melihat eunbyul dengan cemas kerana dia takut yang eunbyul cedera, nasib sahaja dia sempat menyambut eunbyul daripada jatuh. Eunbyul terkejut dengan aksi tersebut terus sahaja bangun dan terus sahaja meminta maaf kerana itu memang salah dia. Jungkook terus tanya eunbyul sama ada dia cedera ataupun tidak terus sahaja eunbyul berkata tidak dan berterima kasih dengan Jungkook lalu terus ke tandas kerana berasa malu dengan rakan² jungkook yang melihat situasi itu.

Keluar sahaja eunbyul dari tandas, dia terkejut kerana malihat Jungkook di depan tandas perempuan yang sedang menunggunya, kebetulan pula pada masa itu tiada orang di dalam tandas dan di luar tandas itu. Jungkook yang menyilang tangan dan kaki itu terus sahaja berdiri tegak selepas mendengar pintu tandas dibuka dan senyum kepada eunbyul. Eunbyul terus bertanya kepada Jungkook kenapa dia di hadapan tandas perempuan, lalu Jungkook menjawab yang dia menunggu eunbyul dan mahu menghantarnya ke kelas sambil senyum. Eunbyul pun membalas yang Jungkook tidak perlu menunggu dia sebab dia boleh pergi sendiri ke kelas. Jungkook kata dia nak kenal dengan eunbyul dan dia serius tentang apa yang dia cakap di kantin tadi, lalu eunbyul kata dia akan fikirkan dan memberi jawapan sewaktu di kafe nanti.

Jungkook menghantar eunbyul ke kelas tanpa berbicara dan dia berjalan di belakang eunbyul. Eunbyul tidak berasa selesa kerana dia tahu yang di belakangnya sekarang itu adalah lelaki yang mahu menghantarnya tetapi Jungkook sekarang berada di belakangnya dan bukannya di sebelahnya. Eunbyul yang tidak rasa selesa itu, terus sahaja berkata kepada Jungkook tadi kata nak temankan tapi kenapa jalan di belakang saya, lalu Jungkook jawab dia takut eunbyul tidak selesa dia di sebelahnya. Eunbyul pun berkata yang dia tidak suka orang yang berjanji tapi tidak tunaikan sebab apa yang Jungkook buat sekarang bukan menghantar dia tapi mengikut dia ke kelas.

Jungkook terus sahaja ketawa kerana melihat eunbyul yang agak marah kerana dia. Eunbyul terus sahaja meninggalkan Jungkook yang ketawakannya. Jungkook mengejar eunbyul yang sudah agak jauh darinya. Jungkook memegang lembut pergelangan eunbyul dan berkata saya janji saya tidak begitu lagi, lalu eunbyul kata awak bukanya boyfriend saya pun nak cakap begitu. Jungkook membalas tidak kira saya ni kawan ataupun boyfriend awak saya tetap tunaikan janji saya berkata sambil senyum. Eunbyul terkejut dengan kata2 jungkook sekali gus dengan senyuman yang menawan itu. Eunbyul tidak perasan yang dia sedang memandang lama Jungkook.

Jungkook pelik kenapa eunbyul memandang dia dengan lama, terus sahaja dia menarik tangan sedikit tangan eunbyul dan menyebabkan eunbyul tersedar dari tindakannya. Eunbyul terus menarik tangannya dan teruskan berjalan, Jungkook berjalan beriringan dengan eunbyul dengan perasan gembira. Sampai sahaja di kelas, eunbyul terus berterima kasih dengan Jungkook kerana sudah temankan dia walaupun tidak perlu. Jongkook kata tidak apa, nanti kita jumpa di kafe saya balik kelas dulu, sambil senyum. Eunbyul terus sahaja masuk ke kelas kerana malu dan takut ada orang yang melihat mereka nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience