Bab 1

Short Story Series 449

Aku sudah bosan duduk di rumah ini. Mengapa? Aku selalu tidak berbuat apa-apa melainkan makan dan tidur sahaja. Badanku semakin tembam dan gebu. Tuanku juga jarang-jarang membelaiku sejak kebelakangan ini. Hmmm.. Sebagai kucing, aku sangat memerlukan kasih sayang daripada manusia, terutama sekali tuanku. Tetapi, keadaanku sebegini sudah hampir 2 tahun. Apabila aku merasa berasa sunyi, aku selalu duduk di tepi jendela pada tingkat atas sekali di rumah agam yang besar ini. Aku selalu memerhatikan burung-burung di pokok, anjing jiran sebelah, dan bermacam-macam lagi keindahan ciptaan yang maha Esa. Pernah juga rasa terdetik, aku teringin sekali bermain di halaman rumahku tetapi tuan aku jarang sekali membawaku keluar. Kali terakhir apabila umurku setahun. Sekarang, tuan aku selalu sibuk bekerja dan jarang lekat dirumah. Aku tak suka bersangka buruk, tapi, tuan aku masih sayangkan aku ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience