EMPAT: KABUS TAWA

Mature Content Series 260

⚠️ Trigger Warning: Kandungan bab ini mengandungi unsur keganasan, penyeksaan fizikal & seksual yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Baca dengan waspada.

Dia mengangkat tinggi tangannya — dan dengan sekuat hati, menikam kaki gadis yang sedang terbaring di atas meja, digenggam empat lelaki.
Dendamnya mesti dibayar. Segala yang pernah dia rasa, akan dipulang semula… dengan faedah berganda.

Tawa pecah — tapi bukan suara lelaki.
Dan dari tikaman itu, bukan darah yang mengalir.

Satu desisan halus mula memenuhi ruang. Bunyi seperti… ais kering?
Gas berwarna pucat menjalar keluar, menyelubungi bilik. Lelaki itu terbatuk, tubuhnya serta-merta menjadi longlai. Badannya menggigil — tapi tiada tenaga untuk melawan. Dia ingin menjerit, ingin bertanya — tapi suaranya hilang entah ke mana.

“Ni lah sebab penjenayah tak patut diberi peluang kedua.”
May bersuara, disambut sisa tawanya.

Dengan mudah, May meloloskan diri dari genggaman lelaki-lelaki yang kini hanya mampu terbaring — tak sedar, atau tak berdaya.
Dia bangun perlahan, duduk di atas meja. Kulit betis dari tempat tikaman dikoyak — dilempar ke tepi, mendedahkan selongsong gas yang tersembunyi dalam prostetiknya.

“Kau tak pandai bermain,” katanya, menatap mata lelaki kudung yang terkulai. “Aku boleh ajar. Mungkin kau boleh main dengan setan… di neraka nanti.”

Peluh dingin membasahi dahi lelaki itu, tubuhnya melekat di kerusi roda. Dia menggigil, tidak berdaya.

May berdiri di hadapannya — dan dalam mata gadis itu, dia lihat semula kegilaan yang pernah menghantui hidupnya dulu.
Takut? Itu tak cukup. Ini lebih dari ngeri.

Dengan tenang, May mengangkat tubuh lelaki itu dan membaringkannya di atas meja.
Kejamnya gadis itu… dia paling tahu.

May mengangkat sedikit kakinya. Pisau besar yang tertanam di selongsong prostetiknya dicabut — dilayangkan perlahan di depan wajah lelaki itu, seolah-olah sedang mempersembahkan babak akhir sebuah sandiwara.

"Tell me… aku patut siksa kau macam hari tu? Atau bagi kau kematian yang mudah?"
May bertanya dengan senyuman yang lebih menakutkan dari bunyi gas yang masih bersisa di udara.

Seluar lelaki itu sudah basah. Cecair hangat mengalir dari tubuh yang sudah tak terkawal. Bukan ghairah, tapi rasa takut yang terlalu dalam.
Dia ingin menangis. Merayu. Tapi dia hanya mampu melihat, mendengar… dan menunggu.

Di penjuru bilik, sepuluh lelaki sasa — pesuruh upahan — hanya mampu terbaring tanpa daya. Mereka biasa lihat darah. Biasa dengan kematian.
Tapi ini kali pertama… mereka langsung tak mampu melawan.
Dan semua tertanya-tanya dalam hati:
"Adakah kami... akan jadi seterusnya?"

"Uncle terkencing ke? Tentu tak selesa kan pakai seluar basah? Takpe, biar saya tolong."

Suara May merobek keheningan yang menekan.

Pisau di tangannya dilayangkan perlahan, menelusuri baju lelaki itu — membelahnya dua, meninggalkan torehan halus di kulit sebelum berhenti di pinggang.
Dengan satu gerakan tajam, pisau itu diselit ke celah boxer — dan ditolak ke atas.
Tubuh lelaki itu kini terdedah sepenuhnya — lebih hina dari bangkai.

May ketawa.
"Kendur je, uncle. Body saya tak cukup seksi macam abang saya ke?"

May mengusik kemaluan lelaki itu dengan hujung pisau. Gerakan halus, tapi cukup tajam untuk meremukkan sisa harga dirinya.

Dia tak mampu melawan. Tak mampu menjerit. Tapi segala rasa — tajam, sejuk, menjijikkan — tetap sampai ke saraf.

"Saya rasa terhina."

Jika dia masih mampu menjerit, jeritan itu akan menggema ke seluruh dunia. Tapi kini, hanya air mata yang mengalir deras ke pipi.
Bukan kerana takut — tapi kerana keperitan yang melampaui nalar.

Pisau itu menari. Darah membuak. Bau hanyir dan besi membakar udara.

"Benda ni yang patut aku buat dulu. Kenapa aku ambik kaki kau dulu, eh?"

May memegang organ yang sudah terputus — dan meletakkannya betul-betul di sebelah kepala lelaki itu.
Dia memejam mata. Aib. Malu. Hina. Dia tak mahu tengok lagi.

"Jangan pejam mata. Nanti menyesal kalau tak sempat ucap selamat tinggal."

May mengangkat pisau — dan TUK!
Satu hentakan kuat membelah kemaluan itu dua.
Dia melajukan rentaknya. Cincang demi cincang. Sampai isi itu hancur lumat — tepat di sebelah telinga lelaki itu.

"Alamak! Kelakian uncle dah hilang. Tapi jangan risau. Takkan ada yang rindu."
May ketawa kecil dengan sarkasme menyakitkan.

Pisau yang masih bersisa darah itu dinarikan ke dada lelaki itu.
Tanpa ragu, ditekan kuat — menembusi kulit, otot, dan rusuk. Setiap sentuhan bilah itu seperti menyayat nyawanya sendiri.

Bunyi tulang berderak kedengaran.
May merenggangkan rusuknya. Dada lelaki itu terbuka — jantung, paru-paru, semua terdedah.
Sakitnya tidak terkata. Dunia berpusing. Pandangannya kabur.
Namun tubuhnya terus hidup — cukup untuk rasa semuanya.

Dia cuba tarik nafas, tapi udara tak masuk. Paru-parunya terasa membeku.
"Aku baik hati hari ni... Jadi, sakit kau takkan lama."

Dengan suara itu, sesuatu menikam isi dadanya.
Jantungnya cuba berdetak… tapi dihentak bilah pisau.
Darah tersembur dari mulutnya.

SEJUK!
Dari kaki ke tengkuk — kesejukan menjalar dan mengurung segalanya.
Penglihatannya gelap. Tapi suara May masih jelas.

"Oh, lupa pulak."

May mencapai organ lelaki yang telah dicincang — dan helaian kulit prostetik yang dia sendiri tanggalkan.
Dua-duanya disumbat ke dalam dada yang ternganga.

Alkohol dicurahkan.
“Mainan kau di neraka.”

May mengeluarkan pemetik api. Api biru menyala. Disuakan ke dada.
Daging dan darah menyala — asap dan bau hanyir memenuhi ruang.

SAKIT!! AZAB!! AKU TAK NAK MATI!!
Semua hanya mampu dijeritkan dalam kepala. Jantungnya terbakar perlahan. Ngilu. Pedih. Siksa.
Degupan terakhir hilang ditelan gelap.

May berdiri di sisi. Menatap tubuh yang pernah menghancurkan abangnya — kini jadi abu dalam sekelip mata.
Puas? Itu sepatutnya.
Tapi yang datang adalah kesayuan yang tidak sepatutnya dirasakan bertemankan sepinya suasana.

Sepuluh lelaki sasa yang terkulai hanya mampu menggeletar — meneka siapa pula yang akan jadi mangsa seterusnya.

BACA DENGAN RISIKO SENDIRI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience