Baru pukul 9 pagi perut Haziq asyik berbunyi tidak tentu hala. Mana tidaknya dia ter'skip' makan pagi di rumah. Ibunya telah masak sesiap untuk sarapan pagi untuk anak-anaknya apabila mereka hendak ke sekolah. Haziq bertuah kerana mempunyai ibu yang amat penyayang terhadap anak-anaknya sehinggakan tidak sesekali melepaskan hidangan sarapan.
Pagi ni si Haziq memberitahu tidak makan pagi kerana perlu tergesa-gesa ke sekolah pada awal pagi. Dia baru teringat kerja sekolah diberikan oleh Cikgu Faridah kemarin dan dia tertinggal di bawah meja disebabkan terlalu leka dengan ajakan Haiqal selepas balik sekolah. Dia baru berasa menyesal dengan bisikan kawannya. Apapun, si Haziq tidaklah semberono dengan perkara yang telah terjadi kepadanya. Dengan bantuan kawan-kawan dia boleh menyiapkan dengan sekali sauk sahaja.
Sekarang si Haziq sedang mencari 'seseorang' sebagai mangsa penirukan kerja sekolah. Lebih 3 orang dia telah bertanya tetapi mereka tidak siap juga. "Bagaimana lah diorang boleh masuk ke sekolah ni." Keluh si Haziq. Matanya tertumpu ke arah seorang sosok perempuan yang sedang leka dengan bacaannya di tepi tingkap. Dengan keberanian yang tersisa, dia mula bangun dari tempat duduk dan maju ke arah perempuan itu.
"Hai, eh hmm maaf ganggu haha." Haziq berasa segan-silu bercampur takut kerana dia tidak pernah bercakap dengan kawan perempuan di kelasnya. Ini adalah kali pertamanya dia bertegur-sapa dengan seseorang lainan jantina di kelasnya. "Hai, ada apa ni?" Tanya si Fatin. "Kau ganggu la aku nak baca buku sekarang ni." Tegur Fatin terhadap Haziq. "Amboi garangnya." Jawab Haziq dalam hatinya. "Aku ni ha nak pinjam kerja sekolah Matematik kemarin." Haziq mula membicarakan hal yang dia sedang alami. "Kenapa pula aku nak bagi kerja sekolah kat kau, cuba la tanya yang lain mana tau diorang dah siap dah." Panjang lebar Fatin membebel.
"Aku ada alasan kenapa pilih kau, tengok kau duduk 'rilex' saja di kelas ni sambil baca buku, mungkin kau ada masa terluang boleh bantu aku siapkan kerja ni." Haziq sedang meyakinkan si Fatin. "Tapi kenapa kau tidak siapkan kerja ni semalam, bukankah masa subjek Matematik pada awal kelas pertama? Fatin mahu mencari kebenaran kelakuan si Haziq. "Sebenarnya aku tertinggal buku latihan ni di bawah meja, silap aku la tidak periksa bawah meja sebab tertindan dengan buku teks Sejarah." Haziq menghuraikan satu persatu alasan yang munasabah agar Fatin percaya dengannya.
"Hmm macam tidak boleh dipercayai saja, lagi satu mana boleh tinggal buku teks di bawah meja." Fatin mula membebel. "Sebagai ganjaran kalau aku bagi kerja sekolah ni, apa yang kau boleh bagi? Fatin ingin mendesak agar Haziq akan berputus asa. "Jangan risau aku ada habuan untuk kau sebagai balasan kerana bekerjasama dengan aku." Haziq dah tahu apa ingin diberi kepada Fatin. "Apa ia ganjaran tu, adeh kau ni rahsia apa ja." Fatin tertanya-tanya habuan yang Haziq ingin beri. "Jangan benda pelik-pelik tau, kalau dapat benda pelik untuk aku en siap kau." Fatin memberi amaran kepada Haziq. Dia tahu Haziq sukar dipercayai kerana salah satu pelajar yang terpelik di kelas ni.
"Jangan macam tu, percayalah kepada aku, takkanlah aku nak khianati kebaikan yang diberikan." Haziq memberi alasan yang tidak mengecewakan. "Nah buku latihan, Jangan lambat-lambat tau, sebentar lagi lepas rehat subjek Matematik dah nak mula, kau kena siapkan sebelum rehat habis." Saran si Fatin. Dia pun tidak mahu menanggung masalah yang dihadapi oleh si Haziq. Dia ingin menghapuskan bukti-bukti berkaitan penirukan. 'Don't worry' aku akan siapkan dengan sepantas kilat, kau cuma tunggu je nanti aku letakkan di bawah meja, okay? " Haziq ingin menenangkan hati Fatin. "Ikut lah macam mana pun, asalkan siap sebelum masuk waktu pun dah okay." Fatin mula berasa tenang sedikit.
"Hmmm aku kena cari tempat yang sesuai untuk menyiapkan kerja ni." Haziq sedang ligat memikir lokasi yang sunyi dan sepi supaya tidak diganggu oleh orang lain kerana mereka akan menganggu dan melambatkan dia. "Rasanya di kelas okay dah kot sebab semua pelajar keluar pergi ke kantin pada waktu rehat." Sangkaan Haziq meleset sama sekali kerana di sana terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang adakan 'picnic' berbekalkan bekal yang diorang bawa. "Baru sekarang la diorang nak makan bersama." Keluh si Haziq. "Tidak salah lagi ke 'library' la jawabnya." Haziq terus menuju ke destinasinya.
"Ha di situ kosong, tiada orang." Haziq mencari tempat yang sunyi di sekitar pembacaan dalam perpustakaan. "Boleh la aku habiskan dengan segera." Dengan tekunnya, Haziq menyalin jawapan yang terdapat dari buku latihan Fatin. Tanpa segan silu betul. Memang hati keras dah si Haziq. "Ha Haziq, kamu buat apa tu? Secara tiba-tiba cikgu yang mengajarnya Matematik berdiri terpacak dihadapan matanya. Haziq mula berasa dunia bakal berakhir. "Alamak." Haziq tersasul kata. "Apa yang alamaknye Haziq? Cikgu Faridah mula menyoal. "Err..alamaknye saya tidak perasan Cikgu hadir di depan saya." Haziq hampir tersalah cakap sebentar tadi. Haziq terus men'cover' buku latihannya dengan buku bacaan yang besar dari saiz buku latihan. Dia telah mengorak langkah yang terbaik agar perbuatannya terjaga. "Cikgu dah lama ke duduk di perpustakaan ni? Dia cuba berbual bagi mengalihkan perhatian gurunya.
"Baru je ni, cikgu nak jumpa seseorang." Cikgu Faridah menjawab pertanyaan si Haziq. "Kamu buat apa je di sini, jarang sekali ye pelajar seperti kamu melepak di sini." Cikgu Faridah mula si Haziq. Jantung Haziq berdegup kencang mahu menjawab. Otak dia sedang ligat memikirkan alasan yang munasabah agar tidak ketahuan oleh cikgunya. "Apa ye alasan aku berada di perpustakaan, selain 'copy' kerja sekolah ni? Adeh kenapa la cikgu tetiba muncul di sini dan malangnya nasib ku, alahai." Gumam Haziq sendirian.
"Saya cuma mahu cari buku rujukan, haa buku rujukan yang membantu saya untuk subjek Sains." Cuma ini saja yang Haziq boleh pikirkan. "Oh gitu, cikgu berasa lega kerana kamu masih memikirkan pelajaran juga, tapi yang kamu pegang buku sejarah." Cikgu Faridah mula menyusul ke tempat yang ingin ditujui. "Betul la buku Sejarah, baru aku perasan." Haziq menarik nafas lega sesungguhnya. Jika cikgu berbicara banyak tadi kemungkinan dia tidak mampu menjawab dan hancur punah dirinya jika ketahuan.
Krriinggg....(loceng rehat telah berbunyi) menandakan waktu rehat telah tamat.
"Aduh, tidak siap lagi kerja ni." Haziq tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. "Aku kena pulangkan buku latihan ni dengan segera kepada Fatin." Haziq perlu memilih untuk meneruskan buat kerja sekolah ataupun menghantar semula buku tersebut kepada Fatin. "Haziq, kelas kita nak mula dah jom lah." Cikgu Faridah baru selesai pertemuannya dengan seseorang. "Nampaknya, aku kena menghadapi ujian ini dengan ketabahan." Haziq telah reda apa yang telah terjadi terhadapnya.
Setibanya di kelas. "Wei Haziq mana buku latihan aku, kau kata nak letak bawah meja sebelum masa rehat habis." Fatin risau tidak keruan kerana Haziq gagal memenuhi janjinya. "Aku, maaf tadi aku pergi tandas, sakit perut tidak sempat hantarkan." Haziq bagi alasan juga kepada Fatin agar dia tidak marah. "Oh hmm, tak pe la, nasib baik cikgu tidak masuk lagi." Fatin tidak jadi marah dan dia kembali ke tempat duduknya. "Aku tak siap lagi, aih." Haziq mula risau dengan keadaan dirinya.
"Para pelajar sekalian, saya kena ada meeting ye sekarang ni, jadinya semua boleh buat kerja yang saya dah catat di papan putih sekarang ni." Cikgu Faridah masuk sebentar bagi memberi arahan kerja kepada pelajarnya kerana beliau perlu menghadiri meeting bersama guru lainnya dan dia meninggalkan kerja latihan sebelum kepergiannya. Haziq berasa amat bersyukur tidak terhingga dengan perkara yang terjadi. Mungkin inilah yang dikatakan mimpi menjadi kenyataan. Akhirnya dia takkan ulangi kesilapan terjadi lagi. "Sekarang aku boleh sambung meniru." Begitulah si Haziq masih tidak bertaubat untuk menjadi peniru kerja sekolah.
Selalunya guru ada hal di saat kita tidak siap kerja sekolah adalah nikmat yang terbaik haha.
Share this novel