Dia tetap berdiri megah melihat ke hadapan. Kemudian, dia menunduk
melihat Adam yang mendiamkan diri sambil melihatnya. Orang tua itu
mengukir senyuman kepada Adam. Demi melihat senyuman itu, indahnya
perasaan yang senang. Adam menutupkan matanya perlahan-lahan.
"Astaghfirullahadhzim" Pendek tapi cukup menyedarkan Adam ke alam
realiti. Adam berbaring terlentang di lantai. Bantal dan selimutnya
bertempiaran. Adam berulang-kali mengucapkan istighfar namun masih
berbaring di lantai bilik.
Kemudian, Adam menutupkan kembali matanya mencari sudut ketenangan dan
segugus kesabaran. Adam menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan
perlahan-lahan. Berulang-kali diselingi dengan ucapan istighfar.
Adam sedar dia telah menjejaskan tubuh badannya sendiri. Lazimnya
manusia itu harus tidur apabila tirai malam berlabuh dan bangun pada
waktu solat subuh. Namun, apa yang Adam buat adalah Adam bangun
sepanjang malam untuk bermain game. Apabila tubuh badannya harus tidur
namun Adam bangun, menyebabkan tubuh badan Adam berasa lemah, pening dan
cepat marah.
"Merdeka" Laungan itu kembali. Adam mulai mengukir senyuman.
"Wahai pak cik, terima kasih kerana cuba membangunkan aku dari
mimpi-mimpi itu. Launganmu itu menyedarkan aku bahawa aku harus
menghargai merdeka ini bukan setakat mengingatinya namun mengamalkan
merdeka itu dalam diri. Kawal diri. Bukan dikawal diri."
Share this novel