Bab 2

Romance Series 26395

“BODOH! Bodoh! Bodoh! Ahhh… malunya. Apa kau ni Jasmin? Asal aku boleh seberani macam tu? Mesti dia ingat aku ni perangai macam rempit. Ergh!” Jasmin membebel sambil membetulkan cara parking keretanya.

Berkerut-kerut wajahnya teringatkan kejadian di lampu isyarat tadi. Kalaulah opah tengok perangai dia macam tu rasanya lulus ke nak jadi cucu menantu? Memang taklah jawabnya kut. Jasmin… apa kau buat ni. kawallah sikit perangai tak betul kau ni… Jasmin merungut dalam hati.

Pintu kereta dibuka dan dia turun selepas mengambil barang-barangnya terus dia menuju ke pejabat untuk punch card terlebih dahulu. Sistem di sini masih menggunakan punch card berbanding dengan tempat kawan-kawannya yang lain semua menggunakan imbasan cap jari.

“Assalammualaikum, Cikgu Jasmin,” tegur seorang pengawas sekolah yang berselisih dengannya.

“Waalaikumussalam,” balas Jasmin. Selepas punch card dia terus menuju ke tapak perhimpunan. Acara wajib setiap hari di sekolah.

“GOOD morning, Encik Muiz. Hari ni bawak bekal apa tu?” tegur penyambut tetamu di syarikatnya bekerja. Tersenyum Muiz sambil mengangkat bekalnya ke atas seperti bangga dengan bekal yang dibawanya setiap hari.

“Good morning, Izah. Nasi lemak opah saya buatkan. Izah masak apa hari ni?” tanya Muiz ramah sambil memandang perut Izah yang sudah makin membesar.

“Hari ni tak sempat nak bangun semalam baby dalam perut ni tak nak bekerjasama. Dia nak main je. Hahaha. Nanti saya belilah kat kedai sana tu,” kata Izah sambil menggosok perutnya.

Muiz tersenyum sambil mengangguk. “Izah nak makan apa nanti cakaplah. Saya boleh tolong belikan. Hari ni saya nak belanja Izah, eh bukan belanja Izah. Nak belanja baby Izah. Nanti bagitahu saya okey. Saya naik dulu. Take care, mummy.” Muiz terus beredar dari situ dan menaiki tangga menuju ke tempatnya.

Selepas meletakkan bekal di atas mejanya dia terpandangkan frame gambar di atas meja. Senyuman tetap diberikan kerana memori yang berada di dalam gambar itu. Ada dua frame yang diletakkan di situ. Satu gambarnya bersama dengan opah, atok dan Melati. Satu lagi gambar dia dan Melati yang berpelukan mesra.

Entah kenapa dia tidak mampu lagi untuk membuang atau menukar frame gambar tersebut. Mungkin dia nak memberitahu dirinya yang dia pernah dulu bahagia dan pernah dilamun cinta serta pernah disayangi oleh seseorang. Dan dia juga mempunyai keluarga.

“JASMIN?” panggil Puan Maria sambil menghidang lauk-pauk yang dipanaskan semula di atas meja. Jasmin datang sambil mengeringkan rambutnya dan duduk di kerusi sambil mencari-cari seseorang.

“Mana ayah?” tanya Jasmin sambil memandang wajah Puan Maria yang menggelengkan kepala.

“Apa lagi dia mesti sangkut kat kedai kopi tu. Nanti dah sampai rumah mulalah menggelupur lapar,” bebel Puan Maria sambil mengisi pinggan Jasmin dan pinggan dia dengan nasi. Begitulah kehidupan Encik Mansur.

Selepas Encik Mansur berpencen dan kebetulan pula Jasmin mendapat tempat mengajar di kawasan kampung ini terus saja mereka sekeluarga berbincang untuk berpindah semula did kampung emaknya. Pada mulanya agak kekok juga sebab sudah lama tidak kembali ke kampung. Rumah yang mereka duduki ini juga hanya dilawati sebulan sekali dan mengupah orang kampung untuk menjaga rumah ini supaya tidak dicerobohi.

Pastinya Encik Mansur sudah dapat menyesuaikan dirinya di kampung ini. Banyak saja aktivitinya di kampung ini. Kawan-kawan sebaya juga ramai. Cuma Jasmin saja yang masih belum ada kawan di sini namun dia tahu Jasmin baik-baik saja. Di sekolah katanya dia sudah mempunyai kawan-kawan walau ada yang berbeza umur.

“Tu bekas siapa kamu bawak balik tu Min?” tanya Puan Maria sambil menunjukkan di tempat letak pinggan kering.

Jasmin menelan dahulu kunyahannya. “Opah bagi pagi tadi.”

Tersenyum terus Puan Maria dan menggeleng bahagia.

“Nenek mana? Tak makan sekali?” tanya Jasmin.

“Nenek puasa tadi. Dah berbuka. Lepas tu tadi ni isyak dia terus tidur. Mengantuk katanya. Esok ada kuliah subuh di surau,” balas Puan Maria.

“Oh, okey. Ha, mak Pak Aji dah bagi kelulusan Jasmin dan cikgu-cikgu lain nak guna dewan sebelah surau tu buat tusyen mengajar anak-anak kampung ni lepas semua solat isyak. Dalam sejam jelah. Tapi kalau boleh Min naklah sampai 10.30 tapi tulah kena bincang balik sebab takut budak-budak ni balik lambat pulak,” kata Jasmin sambil leka mengunyah nasi.

“Kamu minta tolong Muiz, Min. Dia antara AJK surau kampung ni. Kalau kamu nak nenek bolehe sampaikan kat opah dia nanti,” sampuk Nenek Zainab yang tiba-tiba saja muncul di dapur.

Jasmin sorok senyum gatalnya dan menelan dengan baik kunyahannya sebelum dia tersedak. Air di hadapan dihirup perlahan, bergetar jantung mendengar nama Muiz.

“Tak apalah, nek. Nanti kalau ada masa Jasmin cakap dekat Muiz,” balas Jasmin yang gembira senang hati dan tak sabar nak jumpa Muiz. Ya Allah, terima kasih sebab bagi alasan untuk aku berbual dan bertemu dengan pujaan hatiku, kata Jasmin dalam hati.

“Jangan lupa pulak. Tak silap nenek lusa kan Muiz nak ke KL. Dan kamu pun dah setuju kan nak teman opah dia kat rumah. Jangan lupa, Min. Kamu dah berjanji,” pesan opah.

Jasmin menepuk dahinya. “Yalah, nek. Aduh, bila ha nak jumpa Muiz ni?” tanya Jasmin pada dirinya.

“Esok malam ikut nenek pergi surau ada bincang sikit pasal kenduri Jumaat malam nanti. Muiz mesti ada tu,” kata Nenek Zainab sambil berlalu pergi.

Jasmin menganggukkan kepalanya. Simpan senyum tu Jasmin, kang kantoi depan mak kang, bisik hati Jasmin.

SELEPAS bersalaman dengan orang-orang di dalam surau. Mata Jasmin laju mencari bayangan Muiz semasa di luar surau dia mahu bertemu dengan Muiz. Opah Muiz masih ada di dalam surau bersama neneknya. Maka, pasti Muiz masih di surau ini.

Jasmin mengeluh sambil menyarung seliparnya sambil meencari selipar sambil tu mata dia melilau dan tanpa sengaja dia mahu terjatuh.

“Ops,” kata seseorang yang memegang bahunya dari belakang dan melepaskannya setelah Jasmin telah berdiri stabil.

Jasmin pusing belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat Muiz yang menyambutnya tadi. “Tak batal air sembahyang kan?” Jasmin mahu tepuk mulutnya yang lancar saja berkata-kata. Patutnya dia perlu mengawal suara dan percakapannya.

Perlahan Muiz senyum dan gelengkan kepala. “Awak cari siapa? Sampai terteleng-teleng kepala,” tanya Muiz.

Ya Allah, lembutnya suara dia. Pandangan dia yang redup dan… ehem…

“Cari jodoh…” Jasmin terlepas cakap lagi. Dia gelengkan kepalanya. Kenapa mulut dan otaknya tidak seiring ni?

Tergelak Muiz. “Ramai kat belah sana yang awak tengok tu dah berpunyalah, Jasmin. Tu semua pangkat ayah-ayah dan atok je. Yang belah sana kat luar tu yang tengah angkat barang berat tu ramai bujang,” kata Muiz sambil tergelak.

Tergelak Jasmin. Eh, Muiz dah lah kacak, bergaya, pandai buat lawak pulak tu, kata hati Jasmin.

“Oh, Muiz sebenarnya saya nak cari awak. Saya nak tanya pasal dewan ni. Sebelum ni saya dengan Cikgu Risa dah berbincang dan tanya keizinan dengan Pak Aji pasal dewan ni. Dan Pak Aji juga dah izinkan untuk guna buat tusyen untuk anak-anak kampung sini. Cuma lepas saya fiikir semula kalau start lepas isyak. Paling lambat isyak pernah mencapai 8.40 ke 8.50 malam jadi lepas sembahyang semua akan jadi start pukul 9 malam dan berakhir pukul 10 malam.” Kini Jasmin sudah kembali kepada laluan yang betul untuk bertanyakan kepada Muiz.

“Masa yang diberikan oleh Pak Aji kepada kami adalah singkat sebenarnya. Satu jam tu tak cukup kalau nak mengajar, buat review dan buat kerja sekolah. Jadi, saya nak tambah lagi setengah jam saja. Maksudnya dari pukul 9.00 malam sampai 10.30 malam. Muiz rasa Pak Aji akan benarkan tak? Dan apa yang saya usulkan ni bernas tak?” tanya Jasmin sambil berkerut wajahnya.

Muiz seperti sedang berfikir dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Terkejut Jasmin bila mata Muiz menikam anak matanya.

Aduh, cair lagi, bisik hati Jasmin.

“Keselamatan? Keselamatan macam mana? Terutama budak-budak nilah. Budak perempuan. Ya, memang kampung ni aman damai tapi kita tak tahu bila jenayah akan berlaku. Betul?” tanya Muiz sekadar mahu melihat cara pemikiran Jasmin budak bandar ini.

Jasmin senyum. “Memandangkan jika dilihat kepada semua anak-anak yang mendaftar ni. Saya sendiri dah buat susunan. Saya akan balik dengan mereka berjalan kaki. Kebetulan setiap jalan yang dilalui ini adalah jalan untuk saya pulang ke rumah dan rumah nenek saya kan antara yang paling hujung di kampung. Walaupun tak hujung sangat tapi bolehlah saya temankan mereka,” balas Jasmin dengan yakin.

Terkejut Muiz dengan jawapan Jasmin. Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk

“Okey, saya akan usulkan pada Pak Aji kejap lagi. Dan saya akan bagitahu Jasmin nanti,” kata Muiz.

“Macam mana nak bagitahu saya?” tanya Jasmin pelik. Yalah, nak beritahu dalam medium apa?

Muiz hulurkan telefon pintarnya kepada Jasmin. “Bagi nombor telefon awak.”

Tersenyum simpul Jasmin dibuatnya. Manakan tidak Muiz meminta nombornya. Adakah ini petanda cinta akan berputik dengan mekar.

Selepas Jasmin mengisi nombor telefon. Telefon diserahkan semula kepada Muiz.

“Oh, terima kasih sebab esok nak tolong temankan opah. Opah suka join kenduri kat kampung ni. Saya pula ada mesyuarat di KL. Terima kasih, Jasmin,” kata Muiz yang seperti mahu beredar dari situ.

Jasmin sudah mencair di situ dan memandang belakang Muiz yang baru beberapa langkah dan yang kemudiannya berpusing memandang Jasmin. Terkejut Jasmin dibuatnya lantas laju saja riak wajahnya dikawal.

“Awal tadi awak ada cakap tengah cari jodoh kan? Jodoh yang awak cari tu saya ke?” tanya Muiz sambil tergelak suka.

Balas Jasmin, seru hatinya.

Satu langkah kakinya ke hadapan mendekati Muiz yang 5 kaki jarak daripadanya.

“Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.” Terus Jasmin angkat kaki dan masuk semula ke surau belah perempuan sammbil menepuk-nepuk mulutnya. Namun hatinya kegembiraan.

Share this novel

jruuoy
2024-10-17 18:42:16 

test_account

Guest User
2024-10-16 10:35:06 

蘫_

Guest User
2024-10-16 10:33:14 

水田由投


NovelPlus Premium

The best ads free experience