Series
9046
"ARIN. Bangun nak, kita solat sama-sama." Panggil Pak Karim.
Tapi Arin tidak merespon.
"Dia tak bangun lagi?." Soal Ariyan yang sudah siap dengan kain pelikat, baju Melayu putih dan kopiah. Dia menjenguk ke bilik tetamu tempat Arin tidur.
Sepi.
"Biar Ariyan yang kejutkan dia."
"Eh, takpa. Biar ayah je yang kejutkan dia. Sekejap lagi bangunlah dia tu."
"Bangun?. Ayah ada nampak dia bergerak?. Takkan. Ayah pergilah dulu, nanti Ariyan yang uruskan dia ni."
"Betul ni kamu tak apa-apakan diakan. Anak orang tu Ariyan. Ingat pesan Tuan Faiz. Jangan guna kekerasan. Kita yang dapat padah nanti."
"Ariyan tak sekejam tulah ayah. Ayah jangan risau."
"Oklah kalau macam tu, ayah tunggu kamu dekat surau. Ingat ya Yan. Arin tu anak orang. Jangan macam-macam."
"Okey."
Pak Karim pun melangkah pergi, meskipun berat hatinya meninggalkan dua musuh berbuyatan ini bersama. Tapi dia percaya, Ariyan mesti ada cara untuk bangunkan budak degil itu.
Dia pun mengetuk pintu. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Tapi tiada jawapan.
“Arin !. Bangun !."
Langsung tiada respon, lantas mengetuk dengan lebih kuat tanpa jeda.
“Arin !. Bangun !. Kau ingat ni hotel ke apa?!. Suka hati kau nak bangun akhir."
Masih tiada bunyi.
Akhirnya dia membuka pintu, lalu menjenguk ke dalam. Terlihat, Arin masih terlentang, berselimut macam kepompong. Hanya rambutnya yang kelihatan di hujung bantal.
“Allahu, budak ni memang nak kena."
Ariyan berjalan masuk dan menarik selimut dari hujung kaki.
“Bangunlah budak bertuah. Kau nak aku siram dengan air sejuk ke sekarang."
“Lima minit, lima minit lagi,” suara Arin kedengaran sengau, mata masih terpejam.
“Subuh tak tunggu lima minit. Bangun sekarang, atau aku betul-betul siram kau dengan air sejuk. Demam kau nanti."
Arin akhirnya terjaga, menggeliat malas, wajah masam seperti dipaksa bangun untuk naik gunung.
“Saya tak biasa bangun pagi-pagi macam nilah, masih gelap lagi kot. Mengantuk ni, semalam banyak nyamuk. Tak boleh tidur. Tolonglah faham wahai Encik Ariyan oi. Abang ni garang sangat macam harimau."
“Biasa tak biasa, dalam rumah ni tak ikut jadual kau. Eee, kecik-besar, kecik-besar aku tengok kau sekarang ni."
Arin mendengus kesal, menggeliat malas, tapi bangun juga akhirnya. Ariyan hanya berpeluk tubuh menunggu di muka pintu.
"Dahlah. Keluar dulu. Nak tukar baju."
"Jangan sambung tidur pulak."
"Siap bos." Jawab Arin sambil dihempasnya pintu.
'Menyusahkan betullah dia ni.' Keluhnya.
•
BEBERAPA minit kemudian, kedengaran derap langkah Arin menuruni tangga membuat Makcik Mina yang sedang menjerang air di dapur berpaling. Melihat anak gadis itu masih mengantuk, berkain batik dan t-shirt longgar, dengan rambut ikat tak betul, membuatkan makcik Mina hanya tersenyum sahaja.
“Selamat pagi Arin. Ai, awalnya bangun.” Usiknya.
“Anak makcik tulah, dah macam abang tentera, bising dah macam loceng."
“Pergilah ambil wuduk. Surau dekat saja. Sempat lagi.”
Arin hanya mengangguk, lalu melangkah ke belakang rumah, di mana kolah air berada. Ariyan sudah menunggunya di tepi, bersandar dengan lengan silang di dada.
“Cepat sikit. Orang dah jalan ke surau.”
"Bisinglah dia ni. Kalau dah lambat tu, abang pergilah dulu. Arin boleh pergi sendiri."
"Muka kau pergi sendiri?. Memang taklah. Kau kalau tak di perhati, memang sambung tidurlah."
“Tu tahu. Tapi boleh tak jangan pandang saya macam tu. Seramlah."
Ariyan senyum separa sinis.
“Kenapa?. Ada mata tengoklah.”
"Seram abang tahu. Dah macam drakula nak hisap darah."
"Kalau aku drakula sekalipun, mana mahunya aku hisap darah kau. Dah, jangan banyak cakap. Ambil wuduk cepat."
Arin hanya mampu mengeluh, kemudian perlahan-lahan mengangkat sedikit kain batiknya. Dia merenung air kolah yang nampak sejuk berkilau di bawah cahaya pagi yang suram.
“Ni air ais ke apa?. Sejuknya."
“Tu baru air kolah. Belum lagi masuk air sungai.”
Dia mengambil wuduk sambil cuba meniru apa yang diingat, basuh tangan, muka, sapu kepala, tapi semuanya dilakukan dengan sangat perlahan. Ariyan hanya memerhati.
'Apalagi ya?. Dah lama juga aku tak ambil wuduk.' Katanya dalam hati.
“Tu kau sapu kepala ke halau nyamuk?.”
“Bisinglah dia ni. Dah jadi ustaz tak berbayar ke sekarang?. Sibuk je."
“Aku cuma tak nak solat kau sia-sia. Takkanlah benda basic pun tak tahu."
"Saya tahu tapi lupa. Dah tu ajarlah. Muka dulu kan?, atau tangan?.”
"Mula dengan niat. Lepas tu basuh tangan. Tiga kali.”
Arin mula mengikuti apa yang Pemuda itu arahkan.
“Lepas tangan?.”
“Kumur, basuh hidung. Muka tiga kali. Jangan main sapu je, kena rata.”
Arin mengikuti satu persatu apa yang diajar. Masa berkumur pun dia kelam-kabut. Mana tidak air kolah terlalu sejuk sampai giginya bergigil. Tapi dia tetap diam dan teruskan juga.
“Dahi basah, tapi pipi kau kering. Tu kira tak sah. Ulang balik.”
Arin mendengus.
“Oh my god. Dah sejauh ni abang. Abang ni dah macam cikgu agama la.”
“Aku tak selamanya ada dengan kau, boleh jadi kau ambik wuduk dekat surau, dekat tempat lain. Tak ke orang-orang pandang kau sinis sebab kau tak reti ambil wuduk betul-betul. Siapa yang malu, kau jugakan. Aku tak nak nama kau calar dalam kampung ni. Dah mula dari semula, kau ikut cara aku."
Walaupun mulutnya tajam, tapi suara Ariyan tetap tenang. Dia tak marah. Tak herdik. Cuma bimbing, satu-satu. Tanpa menghakiminya.
“Air kena celah jari kaki sekali. Bukan main lencun je tapak.”
Arin mengangguk.
Akhirnya, selesai juga Arin mengambil wuduk. Dia memandang Ariyan sekejap, sedikit malu tapi enggan mengaku.
“Okay. Dah siap. Terima kasih sebab dah ajar saya. Jujur saya cakap, ni pertama kalinya saya ambil wuduk dengan betul. Selalunya asal basah je."
Ariyan mengangguk faham.
“Baguslah. Lepas ni, kena biasakan diri. Esok lusa, aku takkan ingatkan dah. Kau kena buat sendiri.”
"Baiklah Pak Ustaz." Jawab Arin, lantas kembali masuk ke rumah. Terlihat Makcik Mina sudah sedia dengan telekung putih.
"Lama bebenar ambik wuduk tu."
"Abang ajar Arin ambil wuduk. Arin ni tak reti sangat ambil wuduk."
"Oh. Biasalah tu. Nah pakai ni."
Arin pun mengambil telekung itu, lalu menyarungnya. Puan Mina mengatur sikit yang senget.
"Cantiknya dia."
"Cantik ke?."
"Cantik sangat. Jom kita ke surau. Dah lambat dah ni."
Selesai berpakaian, Arin melangkah keluar bersama Ariyan. Jalan kampung masih diselimuti embun, dan dia hanya berselipar jepun milik pemuda itu. Hidungnya kembang kempis menahan kesejukan Subuh.
“Kenapa orang kampung tak pakai stokin dan sarung tangan, sejuk kot dah macam dekat Korea.”
“Kau nak pakai stokin dan sarung tangan pergi surau?. Gaya macam nak pergi fashion show,” jawab Ariyan.
Arin menjeling.
“Saya ada plan. Apa kata kita takut-takutkan orang surau. Apa macam, ok tak?."
“Tolong jangan. Ni kampung, bukan bandar."
"Tak bestlah kalau macam ni. Boring."
Sesampainya di surau, dirinya disambut dengan senyuman beberapa jemaah wanita. Arin terasa janggal, tapi tetap menunduk hormat, dengan senyuman manis tidak lekang menghiasi bibirnya. Seketika dia terpana akan suara merdu yang melafazkan ayat-ayat suci yang membuat hatinya tenang mendengarnya, dan sepertinya suara Ariyan.
‘Tak mungkin diakan?. Diakan Harimau.' Katanya dalam hati.
Selesai saja solat, Arin terlihat menunggu Ariyan di luar. Ingin saja dia balik terlebih dahulu, akan tetapi Ariyan menyuruhnya untuk balik bersamanya. Mahu tak mahu, dia terpaksa turuti saja. Daripada bertengkar lagikan. Tapi entah kenapa, jemaah lain memandangnya seakan-akan dirinya dari planet lain.
"Dah kenapa pandang aku macam nak telan aku je?. Apa ada sesuatu dekat muka aku ni. Kalau ada pun, cantik mungkin." Yakinnya.
"Hai Arin. Kau Arinkan." Sapa seorang gadis.
"Oh my god. Kau Intankan. Kau buat apa dekat sini?."
Ya, dia adalah Intan. Sahabatnya lamanya.
"Ni kampung aku, dah semestinya aku ada dekat sini. Kau pula, buat apa dekat sini?. Bila sampai?."
"Semalam. Tu pun kena paksa. Semua barang aku kena sita. Mahu tak mahu aku kena tinggal dekat sini."
"Ni mesti idea daddy kau tukan."
"Tu tahu."
"Dah agak dah. Berapa lama dekat sini?. Tak mungkin sehari duakan."
"Entah, agaknya tunggu aku berubah jadi perempuan melayu terakhir kot. Baru aku boleh balik."
Intan tergelak mendengarnya.
"Tunggu kau berubah, mustahillah. Alamatnya, tinggal sinilah kau selama-lamanya. Oh ya, kau tinggal dekat mana?. Kalau kau takda tempat tinggal. Kau boleh tinggal dengan aku."
"Aku tinggal dekat rumah Pak Karim. Kau kenal ke?."
"Pak Karim!?. Jadi sekarang kau serumah dengan Ustaz Ariyan!?. Kau biar betul?. Kau tinggal dekat rumah dia?."
"Ustaz?. Dia ustaz!?."
"Takkan kau tak tahu kot, Pak Karim tak bagitahu ke?, yang kau dengar tadi. Dialah tu."
"Seriuslah!?."
Intan mengganguk.
"Macam mana kau boleh tinggal dengan dia. Kau saudara Ustaz Ariyan ke?."
"Manalah aku tahu, tapi daddy aku cakap Pak Karim kawan lama dia. Sebab tulah papa percaya mereka jaga aku."
"Ada bagusnya juga kau dekat sini, ada yang bimbing kau. Kalau kau dekat sana, aku yakin ayah tiri kau mesti cari kau sekarang ni."
"Jantan tak guna tu. Aku harap, dia tak dapat kesan akulah. Tapi tulah, kau tahu sendiri aku dah biasa hidup senang. Tadi malam pun aku susah nak pejam mata, banyak nyamuk. Panas lagitu."
"Patutlah mata kau macam panda. Tapi biasalah tu, baru-barukan. Nanti lama-lama, mesti kau biasa. Kau ada aku, kalau kau bosan, kau jumpa aku atau kau chat aku. Nanti aku datang jumpa kau."
"Ok." Balas Arin girang.
"Plan nak ke mana?." Ariyan mencelah.
"Saya plan nak lari. Lari dari kampung ni. Kan Intan."
Intan hanya membesarkan mata sambil menggeleng kepalanya.
"Larilah. Siapa juga yang halang. Tapi kalau aku dapat tangkap kau. Aku tak teragak-agak ikat kau dekat pokok kelapa. Biar semut perlahan-lahan makan kulit kau. Pada akhirnya kau mati. Bila kau mati, kau bebas lari kemana saja kau nak pergi, tanpa ada yang larang lagi."
"Saya tak takut. Lagipula saya yakin abang tak berani buat."
"Sebaiknya kau ikut cakap ustaz Ariyan. Apa yang dia cakap benar-benar pernah terjadi tau. So, aku minta diri dulu. Nanti aku datang jumpa kau lagi. Bye." Pamit Intan lalu bergegas melangkah pergi.
"Intan..."
"Larilah, siapa juga larang. Silakan."
"Tak jadi." Jawab Arin lalu melangkah pergi.
Reaksi gadis itu membuatkan Ariyan ketawa sambil menggelengkan kepalanya, lalu melangkah pergi mengikuti gadis itu.
Share this novel