Habis sahaja waktu kelas math adalah waktu rehat, semasa waktu rehat itu semua orang pergi ke kantin untuk menjamu selera. Eunbyul dan eunseok membawa bekal mereka ke kantin dan memilih meja kosong yang boleh menempatkan 4 orang, apabila mereka mula makan sekumpulan lelaki datang meja kembar tersebut dan membuatkan semua orang melihat mereka. seseorang mula bertanyakan nombor telefon eunbyul, eunbyul dengan muka yang tenang berkata dia tidak membagi nombornya kepada orang yang dia tidak kenal, lalu lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Jungkook, jeon Jungkook dan menhulurkan tangan untuk bersalam. Eunbyul melihat tangan yang dihulur itu dan terus membalas balik salam tersebut sambil berkata saya eunbyul, kim eunbyul. Selepas itu, Jungkook bertanya untuk meminta nombor telefonnya, lalu eunbyul kata saya hanya tahu nama awak sahaja tidak bermakna saya kenal awak sambil senyum manis. Jungkook dengan muka tidak tahu malu terus sahaja memberi tahu segala-galanya tentang dirinya termasuk ingin membawa eunbyul couple. Eunbyul terkejut kerana dia ingat Jungkook hanya mahu meminta nombor telefonnya sahaja tetapi ingin membawa di couple juga.
Eunbyul memberitahu bahawa dia dan abangnya baru sahaja berpindah ke sekolah ini dan tiada niat untuk couple buat masa yang terdekat ini, jimin dan sunwoo nampak kerusi kosong di meja eunbyul dan eunseok tetapi ramai orang berdiri di meja tersebut dan kelihatan seperti Jungkook. Sunwoo terus sahaja duduk di sebalah eunbyul dan jimin di sebelah eunseok. Eunbyul terkejut melihat sunwoo disebelahnya yang sambil makan itu. Eunbyul menamatkan perbicaraannya dengan Jungkook tetapi Jungkook ingin menyambung perbualan tersebut. eunbyul kata jumpa dia nanti selepas waktu balik sekolah di kafe depan sekolah tetapi dia perlu pergi seorang diri sahaja. Jungkook dengan gembiranya terus sahaja bersetuju dengan syarat tersebut. selepas Jungkook dan kawan2nya beredar mereka semua menruskan makan. Sambil makan, jimin ceritakan siapakah Jungkook itu, jeon Jungkook seorang badboy tetapi dia tiada masalah disiplin cuma itulah kuat bermain seperti bola sepak, bola keranjang dan boling. Jungkook juga adalah seorang yang popular di sekolahnya kerana banyak mengikuti NGO. Eunbyul tanya kenapa semasa perlawanan tadi dia tidak nampak yang Jungkook bermain. Jimin kata guru kelasnya tidak memberi kebenaran kerana Jungkook gagal dalam subjek math.
Semasa makan tangan sunwoo dan tangan eunbyul balik2 berlanggar kerana sunwoo bertangan kidal dan dia duduk di sebelah kanan eunbyul, eunbyul ke kiri sedikit untuk memberi sunwoo sedikit ruang keselesaan. Sementara itu jimin dan eunseok sudah siap makan, mereka pergi ke tandas untuk mencuci tangan. Sunwoo pelik kerana eunbyul menjauhkan dirinya dan tanya kenapa dia jauhkan dirinya, lalu eunbyul kata mereka balik2 berlanggar takut sunwoo tidak selesa dengan perkara tersebut. sunwoo menarik balik kerusi eunbyul dan berkata saya selesa sahaja kalau awak yang di sebelah, eunbyul buat2 tidak dengar denga apa yang dia dengar itu. Selesai sahaja mereka makan, eunbyul memberitahu sunwoo yang dia ingin ke tandas dan menyuruh sunwoo ke kelas dahulu tidak perlu tunggu dia.
Share this novel