Di sebuah kampung terdapat seorang gadis yang bernama Ainul.Ainul merupakan seorang gadis yang cantik dan baik.
Ainul merupakan idaman setiap lelaki di kampung itu.
"Aku ada sesuatu nak beritahu kau,Syafiq."kata Ainul kepada Syafiq.
"Cakaplah."balasnya.
"Minggu depan aku dah tak duduk dekat kampung ni. Aku nak pergi Kuala Lumpur sebab aku dah dapat tawaran sambung belajar dekat sana. Nanti bila aku dah habis belajar dan kerja aku akan balik jumpa kau ok?"jelas Ainul.
"Biar betul kau ni? Kenapa kau tak sambung belajar dekat sini je? Kenapa kau kena pergi sana?"tanya Syafiq.
"Dari dulu lagi aku teringin nak sambung belajar dekat sana sebab aku nak ubah kehidupan aku dekat kampung ni."balas Ainul lagi.
"Ikut kau la kalau kau nak pergi aku tidak ada hak untuk halang impian kau. Cuma aku nak nasihatkan kau agar kau jaga diri kau elok-elok dekat sana."pesan Syafiq.
Seminggu kemudian... Ainul pun tiba di universiti yang ingin dituju.
"Pendaftaran dekat mana ekk bang?"tanya Ainul sebaik sahaja tiba di perkarangan universiti itu.
"Jalan lurus je lepastu belok kiri. Nanti awak akan nampak tempat pendaftaran."kata Naim Mahasiswa Tahun Akhir.
"Terima kasih."kata Ainul lalu berlari ke arah yang diberitahu kerana risau akan lambat untuk mendaftar.
"Cantik juga."kata Naim perlahan sambil berlalu pergi.
BERSAMBUNG
Share this novel