"Lama tak nampak you. Mana you menghilang."sapa seorang perempuan yang berpakaian seksi sambil memegang dada Naim.
"I dah kahwin. Tetapi boleh je kalau kita nak pergi minum-minum"kata Naim. Ainul hanya memerhatikan gelagat mereka.
Ainul berlari ke kereta. Hatinya berkecai apabila melihat orang yang dia cintai bersama dengan yang lain.
"Awak ni dah kenapa? Sikit-sikit nak merajuk. Dia kawan je dengan saya."kata Naim sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Kawan awak kata? Macam tu nampak macam kawan ke? Siap pegang pegang lagi. Bila saya cakap dengan lelaki awak mengamuk tak tentu pasal. Tetapi kalau awak,siap pegang pegang lagi. Fikirlah sendiri."kata Ainul lalu menatap telefon pintar miliknya.
Sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani keheningan malam.
BERSAMBUNG
Share this novel