Krrinngg....(loceng pada masa kedua pelajaran)
"Jom Haziq, kita pergi je kelas sebelah" ajak Haiqal. "Kenapa pula ajak aku, dan apa sebab kita nak menziarahi ke kelas sebelah tu? " tanya si Haziq. "Bukan apa, kawan aku ada bawakan bekal, dan bekal tu buah-buahan, kalau bernasib baik kau dapat la menikmati buah "feveret" tu. " ulas si Haiqal. "Uih, kau biar betul, takkan kita nak merempat seperti meminta-minta makanan dengan orang lain? ". Haziq cuba untuk mengelak daripada meminta makanan orang lain kerana dia tidak suka dengan perkara sebegini.
"Ala, kau ni, bukan selalu kita nak menggunakan kesempatan yang ternilai seperti ni." Haiqal cuba untuk meyakinkan si Haziq. Seperti diduga, Haziq terpancing dengan kata-kata itu. "Okay la, kira last tau buat kerja 'mengeratkan silaturahim' ni." Haziq mula memenuhi ajakan kawannya. Lagipula, waktu pelajaran Cikgu Sheila tadi keluar awal dan tersisa beberapa minit sebelum masuk ke pelajaran seterusnya. Dia merasa bebas dan renggang dengan masa tersisa itu.
"Kelas tu diorang masih belajar ke? " Tanya si Haziq. "Rasanya diorang tiada cikgu, kau tahu kan cikgu Faezah masih merawat di hospital kerana melahirkan bayi." Jawab Haiqal dengan panjang lebar. "Uina, aku tak tahu pula cikgu di hospital." Haziq terkejut dengan berita yang diterimanya. Seperti biasa, dia tidak ambil tahu tentang perkara dari cikgu-cikgunya selain makanan terhidang di kantin. Bagi dia agak menyusahkan kerana mengambil perkara tidak perlu bagi dirinya sendiri.
"Kau ni la, perkara seperti begini la kena ambil tahu, bukan pasal makanan saja, bagaimana mahu menjadi pelajar misali." Haiqal mula menceramahi si Haziq. "Dah kenapa nak jadi pelajar misali, mula dah merepet kau ni." Haziq merasa sedikit jengkel dengan kawannya. "He he, ya la, saja nak menunjuk pandai." Jawab Haiqal. Mereka mula keluar dari kelas sendiri dan melangkah ke kelas 4 Jebat, kelas paling pandai. Manakala diorang dari kelas kedua terpandai.
"Ohayo gozaimas, Anis." Haiqal memberi gaya salamnya. Semenjak dia melayani siri animasi Jepun, dirinya mula berubah dari segi penampilan, percakapan dan gaya hidup peribadinya. Dia menjadi ketagihan dengan penceritaan dari animasi Jepun itu. Jika ditanya anime apa yang telah ditontonnya, takkan habis penceritaan darinya. "Kau kenapa datang kemari, dan sekarang dah pukul 2 petang." Celoteh si Anis. "Saja ja mereka ayat." Jawab Haiqal. "Aku ni nak tanya, kau ada bawa bekal kan? " Haziq bertanya. "Eh harini aku tak bawa bekal, sebab malas nak 'packing', esok atau lusa aku bawakan." Anis mengulas balik pertanyaan Haiqal. "Ni mesti nak minta makanan aku kan." Tanya si Anis. "Betul tu, seperti tau-tau je awak ni." Haiqal jawab dengan jujur sekali.
"Ish ish ish, memang tak malu betul minta makanan orang lain, lagi-lagi perempuan." Ulas si Anis. "Aku tak minat sangat dengan bekal kau tu, ni kawan aku yang nakkan ia." Haiqal cuba mengalih percakapannya terhadap Anis. "Kawan kau yang mana? " Tanya Anis. "Ni dia" Haiqal menolak Haziq bagi mendekati si Anis. Anis mula terpegun dan terkejut terhadap manusia didepannya. Dia mula merasa berdebar kerana berjumpa Haziq secara berdepan. Pertama kali dia melihat seorang lelaki yang berjaya menarik perhatian dirinya.
"Etto...eh ha hmm kau ke yang minat dengan bekal saye? " Secara langsung percakapannya menjadi sopan dan manis. Dia mula menjadi gagap dan segan nak bercakap dengan Haziq. "Ah ha, awak ade bawakan ke? " Haziq menjawab dengan baik juga. "Saye tak bawa hari ni, esok kot saye bawa, kalau nak saye boleh buat dua bekal, awak satu saye satu." Anis menawarkan kebaikan yang belum pernah dilakukan seumur hidupnya. "Eh, kalau tak bawa tak ape lah, segan pula ada bekal dari perempuan." Haziq menolak permintaan Anis. Baginya dia merasakan sudah menyusahkan orang lain semata-mata memenuhi permintaan darinya.
"Eh tak pe, tak menyusahkan pun." Anis nak mengambil peluang ni agar dia dapat memikat hati si Haziq dengan bekalnya. "Kalau rajin buatkan la, tapi aku tak paksa." Jelas si Haziq. "Nice" Dalam lubuk hati Anis bergembira dengan riang sekali. Mungkin ni adalah 'first step' memikat si dia. Tak sangka si Haziq meminati buah-buahan. Mungkinkah persamaan citarasa yang membawa keserasian hati? Mana tahu kan. Anis mula bermonolog dalam hatinya. "Tak sabarnye nak tunggu hari esok." bisik Anis secara perlahan.
"Jom Haziq, kelas nak mula dah." Ajak Haiqal. "Ha jom" Balas Haziq. Mereka keluar dengan berjalan secara bersahaja melalui pintu belakang kelas. Tanpa ketahuan, si Anis merenung si Haziq dengan penuh makna sekali.
Siapakah si Haziq di mata Anis :P
Share this novel