Meigan, kembali dipertemukan dengan Sebastian, bekas kekasih yang telah memegang status duda anak satu, pernah meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan lapan tahun lalu. Kehadiran semula Sebastian mengganggu ketenangan hidup Meigan, apatah lagi ayahnya, Encik Gerald, nampak berkenan dengan Sebastian kerana kekayaan yang dimilikinya. Sebastian: “Mey, aku takkan lepaskan kau lagi. Aku datang untuk tebus kesilapan.” Meigan: “Tebus kesilapan? Dengan apa, Sebastian? Harta?” Richard, seorang CEO majikan kepada Meigan, yang diam-diam menyukai Meigan, turut masuk ke dalam konflik ini untuk menyelesaikan sesuatu yang belum temui kesudahannya. Richard: "Aku akan selalu berada di fikiran kau sehingga kau datang kepadaku tanpa paksaan." Charlotte, isteri Sebastian, masih terganggu dengan bayangan Meigan dalam perkahwinannya. Dia terpaksa bercerai dengan Sebastian kerana cintanya yang terbelah dua, namun tetap menyalahkan Meigan atas keretakan rumah tangganya. Charlotte: “Dia pilih kau dulu, Meigan. Apa kau sanggup hidup dengan bayangan aku?” Di sisi lain, Shane, sahabat setia Meigan, memendam perasaan terhadapnya tetapi sedar dirinya tidak setanding dengan Sebastian dari segi harta dan status. Shane cuba menenangkan Meigan setiap kali dia tertekan, tetapi dirinya sendiri bergelut dengan rasa cemburu dan rendah diri. Shane: “Kau tak perlukan harta untuk bahagiakan Meigan, cuma kepercayaan.”
View All Chapters (Total 86 Chapter)
Update 16 October 2024
2024-10-20 1 Replies
Akhirnyaa pertemuan kembali mengikat janji antara dua orang seb dn mey ni. He hehehe... Tahniah author not bad storyline. Lps ni tggu apa lagi new novel dari author yer...
2024-10-17 1 Replies
Dh tamat.... Best puas hati baca, bab pn pnjng. Tak rugi baca, berbaloi uc. Thnks author, akhirnya benar la ckp sebastian yg dia akan buat mey kembali kpd dia dgn cara dia hi hihihi... Congratulations author <3
2024-10-16 1 Replies
Alahaii seb. Gitu je la perangai ko lepas hilang ingatan. Rupanya tidak hahhaha... Pandai ye kau sembunyikan rahsia wekkk... Siap la ko kalau si mey tahu.