Sayang Tak Pernah Kurang

Calyta

Romance Completed 459792
4.9
(4140 ratings)

Synopsis

SYAZWIN Kata orang, sebelum berkahwin kenali pasangan dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Namun bagi Syazwin, enam tahun ternyata belum cukup untuk dia mengenali hati budi Eidlan, suaminya. Berjauhan kerana tuntutan kerja, Syazwin menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada Eidlan, tanpa mengetahui kecurangan suaminya itu menjalinkan hubungan dengan wanita lain di belakangnya. Namun atas gerak geri Tuhan, semuanya terbongkar dan Syazwin memutuskan sebuah perpisahan. Tidak ada ruang dan peluang untuk sebuah pengkhianatan. Dia menata semula kehidupannya bersama Amsyar, anak hasil perkahwinannya dengan Eidlan. Menolak tiga lamaran, Syazwin nekad tidak mahu berkahwin lagi. Dia trauma. Takut jika dicurangi oleh lelaki yang digelar suami. Namun, pendiriannya berubah setelah menerima lamaran daripada ibu Zahin. ZAHIN Empat belas tahun menduda dan sendirian membesarkan seorang anak perempuan, bukan sesuatu yang membebankan bagi Zahin. Dialah ibu, dialah bapa bagi Ayra. Rasa bersalah dan penyesalan kerana tidak mengambil berat dengan keluh kesah Munirah sebelum isterinya itu didiagnos mengidap kanser serviks membuat Zahin tidak mahu mencari pengganti. Kesetiannya hanya untuk Munirah. Namun, saranan ibunya supaya menikahi Syazwin. Juga desakan Ayra yang mahu dia menikahi gurunya itu membuat pendiriannya berubah. Mereka menikah, sama berjanji untuk melayari bahtera perkahwinan dengan reda dan saling menerima. Meskipun perkahwinan ini diatur dan bukan atas dasar cinta, namun mereka yakin mampu bahagia. Bagi Syazwin, cinta atau tidak bukan penentu kebahagiaan rumah tangga. Rumah tangga dia dan Eidlan yang dibina atas dasar cinta pun hanya bertahan dua tahun. Bagi Zahin, sebagai suami, dia akan memastikan Syazwin mendapat semua haknya sebagai isteri. Walaupun tanpa cinta, semua tanggungjawab dia jalankan dengan sempurna. Namun, rumah tangga mana yang tidak diuji. Kemunculan Eidlan membuat Zahin sedikit tergugat. Eidlan yang muda, bergaya, ada karisma, membuat keyakinan dirinya sedikit luntur. Namun, sikap Syazwin terhadapnya membuat dia yakin yang kesetiaan Syazwin tidak akan berubah. Rumah tangga mereka berjalan bahagia sehinggalah berlaku insiden yang menyebabkan Ayra koma. Zahin menyalahkan Syazwin atas apa yang menimpa Ayra sehingga terlanjur mengeluarkan kata-kata yang membuat harga diri Syazwin lebur. Akan bagaimana akhirnya perkahwinan mereka yang awalnya tidak dibina atas dasar cinta? Mampukah Syazwin bertahan dengan keegoan Zahin atau mengambil jalan perpisahan saja?


Share this novel

Rate this story


Comments

Sweetiebaby
2024-10-28 

Done marathon utk kesekian kalinya.. besau dah anak2 dak Awin ngan Bam Zahin sekarang gaknya.. secukup rasa storynya.. masih x blh move on.. hahaha

akif Iqbal adnan
2024-04-20 

best

Zahra haniffa
2024-04-19 

terbaek lah sis calyta...sambung lagi ..tuk ayra kahwin...biar puas baca..

Calyta

5329 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience