Skandal? Mistress? Sugarbaby? Anak ikan? Apa sahaja gelaran yang diberi, diterima tanpa banyak bunyi. Cakaplah apa sahaja mengenai dirinya, sebutlah apa sahaja gelaran yang diberi padanya, dia terima dengan hati terbuka. Tiada bantahan, tiada balasan dari si dia. Dalam kepala, hanya tertulis, ada aku kisah? Ada aku peduli? Kau tidak berada ditempat aku, kau tak tahu apa yang aku lalui, jadi ada baiknya kau tutup mulut. Dia mengambil pendekatan untuk tidak melatah dengan segala kejian dan hinaan orang sekeliling lantaran dia punya sebab kenapa itu jalan yang dia pilih. Apa sahaja yang berlaku, hanya dia yang tahu. Tak mahu peningkan kepala kerana apa yang berlaku, benar-benar di luar jangkauan fikirannya. Kenapa? Mengapa? Bagaimana tercetusnya kejadian sehingga dia digelar dituduh skandal seseorang? Sedangkan hakikat sebenarnya, dia bukanlah wanita begitu. Idea : Oktober2023 Publish : December2023 #SkandalEngkuErfanErman #NovelPlus #NovelKekeluargaan #NovelRomantik #SayNoToPlagiat #IdeaAnugerahAllah #Karya22
View All Chapters (Total 42 Chapter)
Update 11 April 2024
2024-04-13 1 Replies
Donated 400 ncoins.
2024-04-02 1 Replies
tahniah nurul akhirnya bahagia milik mir dan fa dan dikurniakan zuriat 6orang penyeri hidup mereka menarik sangat endingnya
2024-04-01 1 Replies
yeayyyy bahagia milik mereka...thanks kak ...xsabar nk tgu cter baru..hihihi