Nama diberi tanpa dipinta, Nurul Huwaina binti Mad Said. perjalanan hidup yang diberi, tanpa di pinta... kosong. ye, kosong! hidup aku nampak sempurna. ada pekerjaan tetap. ada kewangan stabil. senang cerita, aku tidak perlu bergantung harap pada sesiapa. hakikatnya... hanya aku saja yang tahu. sejak lima belas tahun lalu, aku sudah dipaksa berjalan mencari hala tuju hidup sendirian. "kita solat bukan sebab kita baik. kita solat sebab kita nak jadi baik." "nak berubah, teruskan. jangan pandang belakang." memulakan hidup baru dari merangkak sungguh memenatkan. ada masa, aku terduduk. ada waktu, aku tersungkur. ada hari aku terlentang. dapatkah aku pasakkan niat berubah kerana tuhan? atau semata kerana seorang insan? "berubah kerana manusia, akan buat kita semakin hanyut. berubah kerana tuhan, takkan sekali jiwa kita tumbang."
View All Chapters (Total 40 Chapter)
Update 31 October 2024
2024-10-31 2 Replies
Amboi.. sejak2 dah ada penguin idop nie, asik nak majuk jer sayang.. entah2 dah berisi kot....hehehe
2024-10-31 1 Replies
Halah asparagus pun! Haha..
2024-10-31 1 Replies
yeah... abg bawa sayang honeymoon ...