Terbit Setiap Hari - Jam 7.00 malam Secara tidak sengaja menggoda lelaki paling berpengaruh, dia kini tersepit dalam perkahwinan yang penuh rahsia. Kena khianat dengan teman lelaki dan kakak kandung bukan satu perkara yang boleh dimaafkan. Bukan sifatnya memaafkan, namun dua orang ini perlu diajar. Dendam membentuk sifat beraninya untuk buat keputusan gila iaitu menjadi mak cik kepada bekas teman lelaki sendiri. “Kalau aku tak boleh jadi menantu keluarga Dato’ Hafzal. Aku akan jadi mak cik dia pun tak apa. Biar dorang gila tengok aku.” – Hera Maira nekad. Tanpa disangka, lelaki yang digodanya itu jauh lebih kacak, berpengaruh dan kaya berbanding bekas teman lelakinya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Hera Maira lantas memainkan peranan sebagai isteri yang terbaik, cantik, romantik dan yang selalu menggoda suaminya walaupun suaminya sering kali bersikap dingin terhadapnya. Dendamnya sangat indah sehinggalah Hera Maira dikejutkan dengan satu kenyataan yang mengejutkan – suami yang digodanya selama ini bukan bapa saudara kepada bekas teman lelakinya! Hera Maira salah percaturan terus saja dia membuat keputusan drastik – “Saya nak cerai!” Hazriel Mikhaelis malas nak layan. “Perempuan ni memang tak bertanggungjawab langsung. Nak cerai? Dalam mimpi pun jangan harap!”
Update 18 June 2025
2025-06-18
Kalau boleh taknak panjang2 sgt author. Dah tak larat nk tgk Hera merana lg. Tak sampai satu hari dia tenang, ribut balik. Kesian betul seketul Hera ni.
2025-06-17
saya nak berbual dengan awak boleh tak.
2025-06-16
hahahaha .... pandai author main jiwa readers ekkk..