Mungkinkah Bahagia

Calyta

Romance Completed 1560208
5
(16866 ratings)

Synopsis

"Saya akan dermakan sum sum tulang saya pada Kak Rina, dengan syarat tunangnya mesti kahwin dengan saya." -Irdina Shofiya- "Aku kahwin dengan kau sebab aku sayangkan Rina. Jangan mimpi kau akan hidup bahagia dengan aku." -Zahrin Asyraf "Atas kertas, mungkin nama kau sebagai isteri dia. Tapi dalam hati dia cuma ada aku." -Adrina- "Perangai keji kau tak ubah seperti ibu kau dulu." -Kamariah- Dia lahir dari wanita yang menjadi isteri kedua. Diabaikan setelah si ayah memilih untuk bersama isteri pertama dan menceraikan ibunya. Dia membesar dengan menyimpan dendam, bukan hanya kepada sosok ayah, tetapi juga kepada isteri pertama si ayah dan juga kakaknya dari isteri pertama itu. Tekadnya, dia akan membalas semua perbuatan ayahnya yang membuat dia dan ibunya menderita. Biar semua orang menganggapnya jahat, dia tidak peduli. Matlamatnya cuma satu. Melunaskan dendam. Dibekukan hati dan perasaannya demi matlamat itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menahannya termasuk seseorang dari masa lalunya iaitu Zahran, abang kembar Zahrin. Bukan dia tidak mempertimbangkan itu saat memutuskan menikahi Zahrin, tetapi dendam yang membelenggu menutup akal warasnya. "Balas dendam tu ibarat kita membaling kaca ke dinding. Dinding tak retak, tapi tangan kita yang terluka bila kita cuba kutip serpihan kaca tu.” -Zahran- Dendam mesti dilunaskan supaya segala penderitaan dia dan ibunya terbayar. Namun siapa sangka dendam yang menyala itu akhirnya membakar dirinya sendiri.


Share this novel

Rate this story


Comments

Ieyralovely
2024-09-22  2 Replies

novel ni ada jual x

Sweetiebaby
2024-08-06 

Love ketat2 novel nie.. tggu ada masa skit kita kasi repeat lagi;)

NAU
2024-08-04 

Berjurai² air mata baca novel ni.. well done and thank you author

Calyta

5329 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience