Kisah duka seorang isteri apabila perkahwinannya berantakan kerana kehadiran cinta pertama suaminya. Disaat mereka sangat bahagia, dia perlu mempertahankan perkahwinannya sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal. Segalanya hampir bernoktah apabila dia diminta berkongsi kasih, berkongsi sayang dan berkongsi bahagia. Bahagianya tidak sama dengan bahagia mereka. Bahagianya tidak serupa dengan lakaran cinta mereka. Bahagia mereka membuka ruang pintu yang luas untuk dia pergi. Dia perlukan jati dirinya, dia perlukan kekuatan apabila tiada lagi senyuman diwajah anak anaknya. Apabila tiada yang mempertahankannya, dia perlu mencari bahagianya. Tetapi adakah pergi itu memberinya bahagia? Isteri - “Saya bukan malaikat, kesakitan ini menelan kesemua kebahagian saya, saya tidak lagi mengerti apa itu bahagia, jadi lepaskan saya, saya dengan rela hati melepaskan bahagia ini pada abang, gengamlah bahagia itu, dia milik abang” Suami - “Abang tidak akan melepaskan Dian, abang tidak akan menceraikan Dian, lelaki boleh berkahwin lebih dari satu, abang cukup semua syarat, jadi Dian harus patuh kepada abang,”
View All Chapters (Total 60 Chapter)
Update 30 October 2024
2024-11-01 1 Replies
Alhamdulillah. Dian, hero sebenar dlm kisah ini. Kamsani, sebagai unsung hero sbb membantu Dian menyelesaikan kemelut yg ditinggalkan Yusuf dan Hanan. wpun Dian bukan malaikat, tp dia berhati malaikat. berkorban perasaan demi kelangsungan keluarga bahagianya. thanks CS sbb menghidangkan satu kisah kehidupan yg seronok utk difikirkan