Cinta ! Atau Peluang Kedua?

MY ANGEL (ANGELO)

Others Series 535
0
(0 ratings)

Synopsis

Langit mendung, dan angin petang bertiup tenang di tanah perkuburan itu. Alia duduk di sisi pusara Faheem, membacakan surah Yasin dengan suara yang perlahan… dan bergetar. Bunga segar diletakkan di atas tanah merah itu lambang cinta yang tidak akan mati, walaupun insan itu sudah pergi. Matanya redup, tubuhnya sedikit menggigil. Tapi dia cuba kuat. Satu tahun sudah berlalu. Namun rindu itu tidak pernah tua. Tiba-tiba, Alia menyedari kehadiran seseorang di belakangnya. Langkah perlahan. Wangi maskulin yang pernah dikenalnya. Aura yang tidak asing. Dia tidak berpaling, sehinggalah lelaki itu duduk di sebelahnya, diam… dan perlahan-lahan menggenggam tangan kanannya yang sejuk. Darren. "Aku bukan sesiapa…" suaranya dalam dan tenang, tetapi aku tetap ada jika kau perlukan.” Alia tarik perlahan tangannya… tapi tidak menepis. “Kenapa kau kembali, Darren?” soalnya tanpa menoleh. Lelaki itu pandang tanah di hadapan. Nafasnya dalam. "Aku tak pernah pergi, Alia. Aku sentiasa ada… dari jauh. Aku tahu aku tak layak ganggu kau masa kau bahagia. Tapi sekarang, aku di sini bukan untuk ambil tempat siapa-siapa. Cuma… nak pastikan kau tak terus patah.” Alia senyap. Air matanya mengalir perlahan, bukan kerana Darren tetapi kerana semua kenangan, kehilangan dan takdir yang bertimpa-timpa. “Aku tak tahu nak percaya pada apa lagi, Darren. Aku dah hilang ramai orang… termasuk diri aku sendiri.” Darren angguk. “Aku tahu. Dan aku tak datang untuk ajak kau jatuh cinta semula. Aku datang sebab aku masih peduli. Kalau kau benarkan, aku mahu jadi bahu kau… walau hanya untuk duduk diam dan temani kau di sisi kubur lelaki yang kau cinta.” Alia akhirnya berpaling. Wajah Darren bukan lagi lelaki gigolo yang dia kenal dulu. Tapi lelaki yang matang, diam dan penuh sabar. Luka-lukanya mungkin tak hilang, tapi.. Adakah Alia akan memberi peluang Ke-dua kepada Darren setelah suaminya telah lama pergi meninggalkan dirinya bersama seorang bayi lelaki?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

MY ANGEL (ANGELO)

291 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience