Dia Pujaan Hatiku

Almira Marisa

Romance Series 33468
4.8
(293 ratings)

Synopsis

~Once you come from my life, it's not easy for me to forget you~ IRINA MITILDA anak kepada seorang korporat yang ternama. Hidupnya begitu hura-hara sekali bila kakak-kakaknya selalu memulaukan dirinya, seperti dia tidak wujud di dalam rumah itu. Ditambah pula apabila ibubapanya selalu mementingkan kerja dari segala-galanya. Dia tidak pernah kenal apa itu erti ‘bahagia'. Malah dia tidak pernah merasai ‘bahagia'. Siapa sangka, disebalik wajah cantiknya itu, dia menyimpan banyak duka. Hidupnya kosong. Dirinya sendirian. TENGKU ANAS DANIAL, dengar saja nama lelaki itu, pasti gadis-gadis di luar sana akan tergila-gilakannya. Maklumlah, Tengku Anas Danial ni kan, ‘Lelaki Pujaan wanita'. Mana taknya, dahlah rupa hensem, ditambah pula dengan kekayannya. Dia telah berjaya membangunkan sebuah hotel yang ternama di usia yang muda. Malah, keluarganya mempunyai 2 syarikat di Malaysia dan 1 sayarikat di luar negara. Tak hairanlah, kalau dia dapat membangunkan sebuah hotel dengan hasil usahanya sendiri. Anak orang kaya kan. Tapi bila namanya ‘manusia', pasti ada kekurangan. Ya, dia ada kekurangan. Dia seorang yang berhati batu. Padanya, dia menganggap wanita hanyalah melihat seseorang itu dari luaran sahaja, bukan dari dalaman. Dengan pertemuan secara tidak sengaja, mereka dipertemukan. Pada mulanya, Anas menganggap yang Irina hanyalah sama sahaja seperti wanita-wanita di luar sana. Tapi sangkaannya meleset sama sekali apabila melihat dari wajah gadis itu. Dia pasti gadis itu menyimpan 1001 kesedihan. Tiada langsung senyuman atau gelak ketawa dari bibirnya. Atas perancangan jahat seseorang, mereka telah difitnah telah ditangkap khalwat. Masalah itu, lagi membebankan Irina. Hidupnya bagai tiada hala tuju bila keluarganya mula memaksa untuk berkahwin juga walaupun dia tidak pernah membuat perkara terkutuk itu. Demi maruah keluarga, Anas dan Irina hanya akur walaupun masing-masing tiada perasaan cinta. Tapi siapa sangka, dengan hadirnya lelaki yang bernama ‘Tengku Anas Danial' sebagai suaminya, Irina mula merasa hidupnya cerah kembali. Dia mula mengerti apa itu ‘bahagia'. Walaupun pada awal perkahwinannya itu, layanan Anas kepadanya tidaklah sebaik mana. Dengan perkahwinan itu jugalah, mak mertua dan adik iparnya tidak suka dengan dirinya. Tapi apa yang patut dia buat? Hanya mampu bersabar sahaja. Semakin lama mereka bersama, perasaan cinta mula terbit di hati masing-masing. Anas tidak pernah menyangka yang akhirnya dia akan jatuh cinta juga pada wanita itu. Tapi jauh di sudut hati, dia merasa bahagia apabila melihat senyuman dari wajah gadis itu. Tapi kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila hadirnya wanita yang bernama ‘Erinda Nasuha'. Dialah menantu pilihan Datin Suhaila iaitu Mummynya. Datin Suhaila tidak habis-habis memaksa Anas supaya berkahwin dengan Erinda walaupun sudah beratus kali Anas menolak. Melihat wajah Mummynya yang penuh pengharapan, akhirnya Anas terima juga. Perkahwinan dia dengan Erinda, dirahsiakan dari Irina. Perkahwinan itu tidak diketahui dari isterinya. Sehinggalah semuanya sudah terbongkar, hati Irina begitu rapuh. Dia bagaikan ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu. Dugaan mula melanda pada rumahtangga mereka. “For your information, I dah kahwin dengan Anas sebulan yang lepas. Jadi you ni madu I lah kan" -- Erinda “Irina please, dengar dulu apa yang saya nak cakap." -- Anas “Awak tahukan, saya tak suka berkongsi. Saya tak sangka yang saya dah ada madu selama ni. Saya ingatkan, hanya saya seorang sahaja yang akan memiliki awak" -- Irina “Kalau kau tak boleh nak membahagiakan Irina, tolong lepaskan dia. Aku dah cukup terseksa melihat dia sedih. Terutama sekali bila air mata dia mengalir. Aku janji yang aku akan membahagiakan Irina. Lepaskan dia --Aydan “Irina isteri aku dan selama-lamanya akan jadi milik aku. She mine" -- Anas Mampukah Irina menghadapi dugaan pada rumahtangganya? Masih adakah titik bahagia untuk dia selepas dia sudah mula berputus asa pada hidupnya?


Share this novel

Rate this story


Comments

babybiy
2025-05-06 

ke mana mira menghilang dah masuk thn 2025

Nur Cahaya
2023-09-21 

Lama menanti author update. Moga dipermudahkan segala urusan author ya.

Safiela Azme
2022-06-21 

lahai bila nak update...lama menggu..huhuuhu

Almira Marisa

157 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience