PERMULAAN SEBUAH PENGENALAN Pengenalan antara Iskandar Harris dan Siti Suemayyah setahun yang lalu akhirnya membibitkan rasa cinta di antara mereka. Iskandar adalah pelajar dari UiTM Shah Alam dan di sebabkan masalah kewangan dia terpaksa menunda semesta pelajarannya selama 6 bulan, jadi dia memilih untuk bekerja sementara di sebuah syarikat yang membekalkan perkhidmatan jualan makanan di dalam keretapi. Syarikt itu mempunyai 7 orang staf pengurusan dan 60 orang staf operasi dan perkhidmatan. Iskandar juga adalah salah seorang kakitangan pengurusan dan dia memegang jawatan yang agak penting sebagai eksekutif penyelia disitu iaitu bahgian pantau smua staf operasi. Tapi disebabkan bosnya Encik Wan Faiz sayangkan dia dan dia dibenarkn untuk bekerja sambil belajar selepas habis tempoh 6 bulan bekerja sementara. Walaupun bidang yang dia belajar tu tak sama dengan bidang dia keje sekarang. Tapi dia menunjukkan attitude yang sangat baik dan bertanggungjawab dengan kerjanya. Sue pula sebagai eksekutif bahagian pentadbiran di situ. Apa-apa urusan berkaitan admin mestilah akan terus dengan Sue terlebih dahulu. Sue pekerja tetap disitu dan sebelum Sue bekerja di syarikat sekarang ni, Sue merupakan pembantu tadbir di HeadQuarters di Subang Jaya. Selepas syarikat dapat kontrak dengan KTMB, Sue di serap ke syarikat cawangan di KL dan diberi tugas lebih mencabar. Dari situlah bermulanya perkenalan mereka. Kini hampir setahun perkenalan mereka dan masing-masing telah meluahkan perasaan sesama sendiri. Pada hari pertama mereka berjumpa, Iskandar sememangnya sudah menarik minat Sue terhadapnya dengan perwatakkan yang agak matang dari umurnya. Mereka berdua sering diberi kerja bersama-sama oleh bos mereka dan itulah yang menguatkan lagi perasaan Sue pada Is. Sebelum bermulanya operasi syarikat di KL, banyak benda yang perlu di perbaharui dan dipelajari oleh Sue dan Iskandar. Mereka sama-sama belajar untuk memahiri sistem pergerakan keretapi dari stesen-stesen dan sering buat perbincangan. Kadang-kadang Is yang mengajar dan Sue jadi pendengar serta beberapa orang kawan mereka yang lain. Mereka berdua umpama belangkas. Kesana kesini dan jumpa bos-bos besar sampai la ke datuk. Jumpa semata-mata nak memberi penjelasan berkenaan sistem yang akan mereka gunakan semasa operasi nanti. Tapi Sue akan terangkan bahagian pentadbiran manakala Is pula bahagian operasinya. Penerangan mereka semuanya mengikut skop kerja masing-masing. Iskandar pada awalnya hanya menganggap Sue sebagai kawan pejabat sahaja. Tapi lama kelamaan bila mereka sering bekerjasama dan selalu adakan perbincangan bersama, hatinya senang dengan perwatakan dan perangai Sue. Orang cakap dari mata turun ke hati. Cuma dia tahu Sue ni jenis yang workaholic, sanggup balik lewat sebab nak siapkan kerja. Kadang-kadang Is pula yang temankan dia siapkan proposal untuk meeting esok dengan big bos aka datok dan juga encik wan, GM mereka. Mereka berdua dikira orang penting kat syarikat di cawangan KL nnt, semua kerja akan di lapor terus pada HQ. Sebab itulah kerja-kerja mereka terlalu banyak sekarang supaya bila saja syarikat beroperasi, tidak akan ada masalah yang remeh-temeh berlaku pada operasinya nanti. Sambil berbincang sambil bergurau senda. Sebab itulah mereka makin serasi. Kadang-kadang mereka jadi bahan gurauan kawan-kawan pejabat yang sering kenen-kenenkan mereka berdua. Tapi masa tu Sue ni agak pemalu sebab dia tahu Is ni adik dari dia. Sue tak nak berharap sangat nanti dia juga yang terluka. Dia tahu cita-cita Is nak jadi seorang peguam dan dia akan sentiasa bagi semangat untuk Is mencapai cita-citanya. Is ni dia budak law tapi keje sementara nak tambah pendapatan. Baguskan dia.
Update 06 December 2024
2017-10-16
jom baca "jodoh kita"