Harga dirinya telah diambil oleh seorang jejaka yang tidak berperikemanusiaan. Jejaka yang dia percaya seratus peratus dalam hubungan mereka dan jejaka ini jugalah yang menjadi sebahagian dari hidupnya selama 3 tahun. ***** Fatimah Az-zahra adalah seorang gadis berusia 19 tahun yang mempunyai sebuah hubungan dengan seorang jejaka idamannya, Gibran Emir. Ya, Fatimah Az-zahra sangat mencintai Gibran Emir dan dia sanggup memberi apa sahaja kepada jejaka yang dicintainya supaya jejaka itu tidak meninggalkannya. ***** Namun, siapa sangka bahawa mereka telah terlanjur ke tahap yang melampaui batas. Selepas kejadian pahit itu berlaku Fatimah Az-zahra terus menghilangkan diri selama 3 tahun tanpa meninggalkan jejak sedikit pun. ***** Syed Zakuan Zafran seorang anggota polis yang mencintai Fatimah Az-zahra secara diam-diam dan dia juga mencari keberadaan perempuan yang dicintainya yang hilang selama 3 tahun. ***** Kemanakah Fatimah Az-zahra menghilangkan diri? Berjayakah Syed Zakuan Zafran mencari wanita yang dicintainya dan adakah dia mempunyai peluang untuk mengatakan cintanya kepada Fatimah Az-zahra?
Update 06 December 2024
2022-04-16
susah jugak nak jejak zara. 2021 lama dah citer ni..mmg xde sambung ke? best gak jln cerita
2021-12-29 2 Replies
Zara.. jangan lh ko menghilangkan diri tu terlalu lama sangat
2021-12-27 1 Replies
semoga dipermudahkan segala urusan sis