Series
220
TERBITAN PBAKL 2025 KARYA INI BAKAL DITERBITKAN KEPADA BUKU FIZIKAL (NOVEL) DI BAWAH MIA AZWARI PUBLICATION DAN AKAN DILANCARKAN PADA PBAKL 2025. -Blurb- Kisah hidup Mawar seperti Cinderella. Sejak kecil, dia membesar bersama keluarga tiri. Selepas arwah ayahnya pergi, kehidupan Mawar terus diuji dengan sikap ibu tirinya yang kejam. Setelah dia berjaya menamatkan pelajaran, Mawar pulang ke pangkuan keluarga dengan harapan dapat menjalinkan hubungan yang baik seperti keluarga bahagia lain bersama keluarga tirinya. Namun takdir berkata sebaliknya. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibu tirinya, Puan Medina. Pertemuan tanpa diduga di antara Zakhwan dan Mawar, menimbulkan banyak perkara yang tidak sengaja. Lebih-lebih lagi apabila Zakhwan bergelar majikannya. "Kenapa dengan muka kau?" - Zakhwan Adzhar. "Tak ada apa-apalah. Saya jatuh katil semalam. Sebab tu dapat lebam ni." - Mawar Adriella. Sebaik Zakhwan tahu penderitaan Mawar, perjaka itu nekad untuk berkahwin dengannya. Mawar yang mahu hidup bahagia, menerima lelaki itu. Adakah perkahwinan mereka akan bahagia walaupun mereka berkahwin tanpa cinta? Dan apakah punca Puan Medina benci pada Mawar sehingga sanggup memprejudiskan kebahagiaan dan menghancurkan rumah tangga anak tirinya? Akan datang. PBAKL 2025 START : 11/07/2023 END : 12/12/2023 #1 Viral #1 Kereta #1 Car #1 Best #1 Trauma #1 Love at first sight #1 Hati
Update 06 July 2025