Milik Mutlak Dia

RubyAnnas

Romance Series 194
0
(0 ratings)

Synopsis

Bagi Orked Widuri, kehadirannya di banglo mewah itu hanyalah untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup si ibu. Namun, satu kesilapan kecil menjadi titik mula dia terperangkap dalam radar Arshad Iskandar. Lelaki yang punya segalanya. Namun, jiwanya beku sedingin salji. "Kau pecahkan barang aku, kau bayar dengan harga yang tinggi. Dan harga itu... adalah kebebasan hidup kau, Orked." Fitnah yang terancang memaksa dua jiwa ini bersatu dalam ikatan yang tidak dipinta. Bagi Arshad, Orked hanyalah 'perangkap' yang memalukan maruahnya. Bagi Orked pula, perkahwinan ini adalah sebuah pengorbanan yang merobek setiap tangkai hatinya. "Jangan mimpi aku akan layan kau macam permaisuri. Di mata aku, kau tak lebih daripada seorang pembantu yang tiada nilai!" - Arshad Iskandar. Orked reda walau dihina. Dia sabar walau dipinggirkan. Dan apabila sekeping hati itu mula disapa rasa yang tidak sepatutnya, Orked sedar dia sedang bermain dengan api. Arshad pula, dalam benci ada rindu yang mencengkam. Dalam dingin, ada api cemburu yang setiap kali lelaki lain mendekati 'miliknya'. Apabila satu rahsia besar terbongkar, Orked Widuri nekad membawa diri. Saat itu, barulah Arshad sedar bahawa dunianya gelap tanpa sinar mata itu. Mampukah Arshad meruntuhkan tembok egonya untuk mengejar kembali cinta yang pernah disia-siakan? Atau adakah Widuri sudah cukup lelah untuk terus menjadi milik mutlak lelaki itu? "Sebab aku Tuan Arshad... dan kau, selamanya milik mutlak aku, Orked Widuri."


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

RubyAnnas

788 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience