Ariel

FifiLieya

Action Series 2257
5
(13 ratings)

Synopsis

Menjadi seorang agent rahsia bukanlah perkara yang dikehendaki si gadis manis,Amara Airini.Tapi apa yang mampu dilakukannya selain menerima takdir yang telah diaturkan.Demi menjadi agent terbaik,segala-galanya ditinggalkan Amara.Kebebasan,kebahagiaan,keluarga dan sahabatnya,yang tinggal hanyalah rasa kosong dan sunyi. Disangkakan hidup dan matinya hanyalah sendirian dengan statusnya sebagai agent,dan apa yang disangkakannya tidak menjadi kenyataan setelah dia dipaksa melakukan misi yang berisiko tinggi. Azriel Taufiq,lelaki itulah yang diburu Amara Airini tanpa henti dalam masa yang sama,lelaki itu jugalah yang menyelamatkannya berkali-kali ketika nyawanya dihujung tanduk. Setiap kali Amara mengejar,setiap kali itu jugalah Azriel Taufiq akan tersenyum bahagia kearahnya.Sekelip mata,Amara Airini mula terasa musykil.Kerana Ariel Taufiq yang sepatutnya ditangkap merupakan pembunuh bersiri.Satu-satunya pembunuh yang masih belum ditangkap kerana licik dalam melarikan diri. Dan ketika Amara Airini mula mencari maklumat satu persatu.Satu rahsia besar terbongkar tanpa sedar.Bukti yang diingini didapati Setelah menempuh segala duka dan lara.Tapi masalah baru mula timbul,satu persatu musuh baru mula muncul. “You tahu I suka you kan? Tapi sorry sayang,diantara bukti dan cinta.I lebih perlukan bukti yang berada didalam genggaman you..so I akan buru you,tak kira you dekat atau jauh.” Satu persatu ugutan diterima.Azriel Taufiq pula menghilang entah kemana.Misinya pula semakin merbahaya.Nyawa menjadi ancaman. Disaat nyawa menjadi buruan.Sekali lagi Azriel Taufiq datang membantu.Menjadikan hati Amara Airini tidak keruan. “Kau...kenapa kau selamatkan aku lagi dan lagi?” “Kau tahu kisah dongeng the little mermaid? Tulah kisah kita,kerana aku Ariel.Penyelamat kau..” “Kisah dongeng the little mermaid ada dua pengakhiran..jadi mana satu pengakhiran cerita kita?” Walau Amara tetap menjadi buruan.Rasa bahagia yang muncul disaat Azriel Taufiq disisi tidak mampu ditolaknya.Sehinggakan rasa ingin memiliki tanpa sedar berkembang didalam hati. Tapi mampukah Amara Airini menggapai kebahagiaannya disaat akhir? Mampukah Azriel Taufiq memberikan apa yang diingini Amara Airini? Apakah rasa didalam hati Azriel Taufiq ikhlas atau hanyalah sebuah lakonan semata-mata?


Share this novel

Rate this story


Comments

amaya_rose
2022-03-21 

Donated 200 nCoins - Best. Keep it up. ^^

FifiLieya

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience