Series
1847
Dia pontianak. Aku cuma pelajar biasa. Tapi kenapa jantung aku berdegup setiap kali dia pandang aku? Milia Aulia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Seri Purnama, sekolah yang sunyi, pelik, dan penuh dengan rahsia. Namun, lebih mengerikan daripada sunyinya sekolah itu, ialah pelajar lelaki paling misteri dan digeruni di sana… Rayyan Iskandar. Tinggi. Tampan. Memukau. Dan... dia bukan manusia. Rayyan ialah vampire terakhir dari darah diraja, menyamar sebagai pelajar demi menjaga sempadan dunia makhluk malam. Tapi kehadiran Milia mula mengganggu keseimbangan. Dia bukan saja ‘berbeza’, tapi darahnya membawa warisan purba yang mampu mengubah dunia. Dalam dunia yang dipenuhi vampire, serigala, dan kegelapan, Milia perlu memilih. Antara cinta dan keselamatan. Antara Rayyan, vampire yang menggoncang jiwanya… Dan Izz, serigala pendiam yang rela berkorban demi nyawanya. Kerana bila kau jatuh cinta dengan pontianak… bukan saja hatimu dipertaruhkan, tapi seluruh dunia mungkin akan terbakar.
Update 21 April 2025