FREE READING Ayra merupakan seorang wanita kampung yang lasak dan sangat mencintai dunia permotoran. Dikenali dengan sikap tegas dan penampilannya yang tidak feminin, Ayra tidak kisah dengan pandangan masyarakat sekeliling dan kekal setia dengan minatnya. Kisah cintanya bermula setelah dia bertemu dengan Zayn, seorang lelaki bandar dan juga anak seorang jutawan menerusi sebuah insiden yang tidak diduga. Zayn mendekati Ayra kerana pertaruhan dengan rakannya kerana Ayra terlihat berbeza daripada wanita yang pernah dijadikan taruhannya. Namun, seiring waktu berlalu, Zayn mula tertarik pada keteguhan hati dan keunikan Ayra yang tidak terjangka. Daripada pertembungan yang penuh salah faham dan ego, perlahan-lahan wujud perasaan yang lebih tulus. Di samping itu, Syafiq iaitu teman rapat Ayra sejak kecil, menyimpan perasaan yang mendalam terhadap Ayra tetapi memilih untuk menahan diri. Sebagai orang yang memahami dan mampu melihat sisi lembut serta mengetahui kisah hidup Ayra, Syafiq setia berada di sisinya untuk memberikan sokongan dalam senyap. Dia menjadi pelindung dan pendengar setia, tetapi sering ragu-ragu untuk mengungkapkan isi hatinya kerana risau itu akan merosakkan persahabatan mereka. Ayra terperangkap di antara Zayn iaitu lelaki yang hadir dengan permulaan yang penuh tipu daya tetapi akhirnya berubah dan juga Syafiq iaitu sahabatnya yang setia namun memilih untuk berdiam diri. Mampukah Ayra melihat keikhlasan di sebalik segala persaingan dan godaan? Siapakah yang akan menjadi pilihannya? p/s Cerita santai untuk bacaan petang-petang sambil menikmati kopi o dan pisang goreng panas cicah sambal.
View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 03 November 2024
2024-11-04
sabar je la baru zayn tanya nak ayra jadi kekasih dia dah tersembur kopi sebab terkejut
2024-11-04
jgan terima dlu Ayra... berkawan dlu lebih baik...ko tak berpa kenal lgi dgan Zayn tu...encik Razak mcm kenal je Zayn...kan Zayn ni anak org kaya...kecian pula dgan Fiq ni...ada hati kat Ayra...tapi tak berani meluah...tq update.
2024-11-04
Cian pula c fiq kan rasa tersisih..untuk Ayra ..hati2 jangan cepat sangat percaya dekat Zayn tu..mana la tau ada agenda.., dan zayn ni pemilik bengkel motor tempat Ayra berkerja ke ..sbb nampak En Razak tu mcm kenal sangat dgn Zayn ni