Lelaki itu, seorang penjenayah yang masih dalam siasatan. Aku pula, detektif yang menguruskan kes jenayah lelaki itu. Kes yang tidak kusangka akan merungkaikan segala persoalan dan kesakitan yang membelenggu hidupku selama ini. Yang bakal membawa bahaya pada diriku sendiri. "To trust is easy..but to maintain the trust needs courage. I have that courage because of you, that's why I'm your guardian angel. You can trust me." - Rayyan Khay Tanpa kuduga, dia muncul dan mengisytiharkan dirinya sebagai pelindungku. Renungannya sentiasa dingin dan kosong. Percakapannya sentiasa kasar tetapi penuh makna tersirat. Senyumannya merupakan sesuatu yang amat sukar untukku tafsir. Aku ingin melarikan diri. Aku ingin bersembunyi. Tetapi setiap kali itu jugalah dia akan muncul. "I've always hated criminals and crime. Life is already hard even without someone walking into my life on purpose and making it worse." -Amniya Nurhana Disebabkan lelaki ini, hidupku tidak lagi normal. Dikelilingi musuh walaupun sedang lena diulit mimpi. Setiap detik, setiap saat dan bila-bila sahaja nyawaku boleh melayang. "Unlike you. Bad guys won't come after me because I'm also a bad guy. Stay by my side if you want to live." - Rayyan Khay Mampukah aku hadapi semua ini? Patutkah aku menaruhkan segala kepercayaanku kepada seorang penjenayah? Merungkaikan segala persoalan dan mengharungi segala kesulitan hidup bersamanya?
View All Chapters (Total 7 Chapter)
Update 29 December 2020
2021-02-17
best!!!update lagi...