Her Voice

Sm.mh (Tulip Haura)

Romance Series 60981
4.9
(1459 ratings)

Synopsis

Eshan Maisur, seorang lelaki yang dibesarkan dalam serba serbi sempurna. Tapi ada satu kelemahan Eshan yang orang lain tidak tahu, iaitu dia takut jatuh cinta dek kerana satu peristiwa yang berlaku dulu. Peristiwa yang bermula dari dia yang selalu jadi 'malaikat' buat seorang gadis yang menjadi buruan orang-orang kongsi gelap. Saat itu dia jatuh cinta walaupun tahu si dia bakal menjadi milik orang lain. Hatinya kecewa teruk bila tahu si gadis tiba-tiba menghilangkan diri. Lalu Eshan merajuk, membawa diri jauh ke negara orang. 10 tahun berlalu, kepulangan Eshan dinantikan oleh seluruh keluarga bila si ayah pergi meninggalkan mereka. Pertemuan kali pertama dengan Evan memberi kesan yang mendalam. Evan, budak lelaki berusia 5 tahun itu dengan begitu berani menggelarnya 'Daddy'. Perkenalan yang cukup singkat namun begitu bermakna. "Daddy.. Evan rindu daddy.." - Evan. "Daddy?" - Eshan. _____     _____ "Tuan, ni ada telefon tuan. Saya simpan." "Telefon saya?" "Ya tuan. Sejak dari 2 tahun lepas saya simpan. Banyak mesej masuk tapi sumpah saya tak pernah buka. Itu hak privasi tuan." Dua peristiwa dalam satu masa. Evan dan pemberian telefon misteri itu buat Eshan tertanya-tanya 'apa yang berlaku sebenarnya?' Eshan tekad, dia harus jejak siapa pemilik sebenarnya telefon itu dan siapa Evan. Melalui voice mail yang di tinggalkan, Eshan dapat dengar jelas suara itu lunak, halus berbisik di telinganya. Tepat jam 12 malam, pasti ada voice mail baru yang ditinggalkan.. Ada kalanya merintih kesedihan, menangis sedu sedan. Jiwa Eshan turut merasa sakit. Bila suara itu beralun kata-kata rindu, cinta.. jiwa Ehsan rasa bahagia, seolah-olah si dia sedang berkata kepadanya. Eshan tersenyum bahagia. Ada ketika dia mengadu penat, bercerita panjang sehingga si dia lena. Eshan turut terasa. Berdecit, tak suka! Eshan berusaha mencari siapa 'si dia' dan bila rahsianya itu tersingkap, rupanya masih ada banyak lagi rahsia lain yang dirahsiakan dari pengetahuannya. Satu persatu muncul dan ada ketikanya Eshan rasa lelah mencari. Lelah sehingga dia rasa mahu rebah! Hakikat yang sangat menyakitkan dan sangat menakutkan!


Share this novel

Rate this story


Comments

Noorhayati Yat
2022-12-22  1 Replies

Tahniah... Karya yg menarik... Best sangat...

Safiela Azme
2022-12-11  1 Replies

fuhh marathon baca...best semua berbahagia dgn pasangan masing2......sekrang tgguu citer MIMo...lg 1 bab....hehehe

zubaidaatieqa
2022-12-08  1 Replies

sinopsis shj pn dah menarik.....gaya mcm kna marathon jg ni....terima kasih tulip haura kerana naskah yg sgt menarik ni

Sm.mh (Tulip Haura)

1025 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience