Pertemuan Yang Terindah

Farisya

Romance Series 92341

4.9 (698 ratings)

Synopsis

Temu janji selama dua puluh empat jam yang dirancang adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan Hayy Mikael iaitu lelaki yang dia cuba tepis sejak dari awal pertemuan mereka dengan janji lelaki itu tidak akan muncul lagi dihadapannya apabila tamat saja tempoh yang diberi. Namun, janji hanya tinggal janji bilamana lelaki itu semakin kerap menampilkan diri dihadapannya. Perasaan rimas terhadap Hayy Mikael dibuang sejauh-jauhnya dek mengenangkan tentang sejuta kebaikan yang telah lelaki itu curahkan kepadanya sementelahan pada waktu yang sama, dia kerap diganggu oleh lelaki bernama Rykal. Kerana keegoan menguasai diri, Kesuciannya diragut tanpa belas kasihan. Tak beri peluang untuk dia membela diri, maruahnya yang satu itu hilang dengan sekelip mata. Namun, pertemuan yang pernah dirancang selama ini telah memutikkan cinta tanpa dia sedar. Lelaki itu menerima dia seadanya tanpa mempersoalkan sedikitpun tentang maruah dirinya. Cinta mula hadir dalam hati Armell. Hayy Mikael menjadi tempat dihatinya. Tanpa di duga, Armell menerima satu kejutan yang selama ini cuba dirahsiakan oleh lelaki itu dan serta-merta membuatkan dia rasa tertipu sepanjang perkenalan mereka. Rahsia yang sangat besar sehingga tidak mampu diterima akal! Siapa sangka, takdir mempertemukan mereka sekali lagi di bumi Malaysia setelah 3 tahun lamanya tidak bersua. Kegembiraan di mana hanya lelaki itu seorang sahaja yang merasainya perlahan-lahan menjadi pudar setelah mendapat tahu bahawa gadis yang amat dicintainya itu rupanya sudah menjadi tunang kesayangan abang kandungnya sendiri. "Aku bodoh kerana mencintai hak orang. Hak orang di mana orang tu adalah abang aku sendiri. Huzzair amanahkan aku untuk jaga kau, bukan memiliki kau." -HAYY MIKAEL Kadang kerana terlalu cintakan seseorang, kita biarkan diri terus terluka. Allah bagi kita hati, supaya kita letak cinta Allah di dalamnya. Tapi dalamnya diletakkan cinta pada makhluk. Maka Allah uji hati itu sampai terluka.


Rate this story

Share this novel

maf 4142
2020-04-08  1 Replies

kat wattpad ada novel ni...search nama beliau nanti akan jumpa

Rose Awa
2020-04-07 

kenapa stop tulis story ni? sedih lah tak ending lg tp kat ig ada tak story ni? klau ada saya blh follow ig farisya

Farisya
2020-04-07  1 Replies

Hai, assalamualaikum. First of all Farisya nak bagitahu, Pertemuan Yang Terindah terpaksa ditarik keluar dri Novelplus atas sbb2 yg tertentu. I'm so sorry. Since I was really disappointed, so I decided to stop writing on NP. Saya tkkn menulis di sini lagi dah lps ni. Ada jodoh, kita jumpa di platform lain. Klau nak terus berhubung, boleh cari Farisya di IG. (@fariisyaa) Farisya mmg sentiasa ada di IG. Ataupun blh cari di Wattpad (fariisyaa). Terima kasih. :)

Farisya

904 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

KU TUNTUT

PANGGIL AKU HAZIF

“Kenapa cakap macam tu Ayah? Saya yang ajak Sashah ke sini hari tu. Takkan dia tak boleh dtang...

BE MY GUEST

AJIB

Pertemuan kali pertama berlaku dengan huru hara dan salah faham, namun hatinya tetap terpahut pada...

Dilamun cinta

Riana

Nur Shazwani dibesarkan dalam keluarga yang sederhana . Sebenarnya dia hospital ibu angkatnya...

Bujang kerana kawan

Wi Ko

Ketty dan Waly berkawan baik sejak kecil. Jiran Ketty ialah seorang penjual bunga di pasar yang...