Pemilik Hati Mr Leonardo

sakura_1689

Romance Series 35714

4.9 (587 ratings)

Synopsis

Zahra Auliya, seorang gadis Melayu yang cantik, ayu bertudung, punyai perwatakan yang ceria serta sopan. Sebagai anak sulung dalam keluarga, dia menjadi harapan dan kebanggaan semua orang. Dirinya menjadi pujaan ramai lelaki tetapi Zahra menolaknya, kerana baginya cita-cita lebih utama dari cinta. Leonardo Rossi, seorang jejaka kacak berketurunan Itali, sangat kaya raya, pemilik kilang coklat terbesar di Itali dan menjadi dambaan para wanita. Namun hatinya yang dingin seperti ais membuatkan pintu hatinya sukar untuk ditembusi mana-mana wanita. Pertemuan di antara mereka menerbitkan satu perasaan aneh di hati Leonardo. Entah mengapa bagaikan ada magnet yang terus menariknya untuk mengenali dan mendekati Zahra, wanita yang diibaratkannya cantik seperti bunga, manis seperti coklat. "Zahra, awak tahu tak apa perbezaan antara awak dengan coklat? Coklat itu cair di mulut, tetapi awak mencairkan hati saya." - Leonardo Rossi Berlainan pula bagi Zahra apabila dia melihat Leonardo sebagai seorang lelaki yang menjengkelkan dan suka mencari gaduh dengannya. Ada sahaja kelakuan lelaki tersebut yang menyebalkan hatinya. " Mr Leon konon! Dia tu sebenarnya lebih sesuai dipanggil lion! Garang maca m singa!" - Zahra Auliya Namun Leonardo mana kenal erti putus asa, pelbagai usaha dilakukan untuk memikat hati gadis yang dalam diam-diam telah mencuri hatinya itu. Dan akhirnya dia berjaya apabila cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Tetapi disebabkan satu kesilapan, Zahra kembali membencinya. Mampukah Leonardo mengembalikan cinta di hati Zahra untuk dirinya? Benarkah Zahra adalah pemilik hati Mr Leonardo buat selama-lamanya? WARNING : MENGANDUNGI UNSUR MATURE CONTENT.. Wajib ada sebagai pelengkap jalan cerita. Slow update sedikit ye, hrp bersabar tunggu.. Start date: 28 /5/2021 End date:


Rate this story

Share this novel

Nurul Ashikin Abdul Rahman
2021-06-14  3 Replies

anak Marco ngan sophea.... biar betik..... Abe mata biru ... alololo.. sweetnya bagi snowy Kat Zahra...

Bushro Mohammad
2021-06-14  1 Replies

simo,kau jgn nk kacau Zahra ekk kena debik kang ngan abe mata biru..suwettt la Leon bg meow meow :)

Asmiah Asnal
2021-06-14  1 Replies

lama ny update

sakura_1689

333 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

Bakal Isteriku , Gangsternya !

Baby Octupus ??

BUKAN TASTE AKU

HAZIF HMD

KAU DAN AKU

RANIA IXUNA

INILAH CINTA

Lunny