Sesalan Dari Dia

Miss Heart

Romance Series 42611

4.9 (356 ratings)

Synopsis

Perkahwinan yang dibina atas paksaan ibu bapanya membuatkan Harris memberontak dalam diam. Baginya ikatan perkahwinan tersebutlah yang merosakkan hubungan cintanya bersama si gadis idaman. Disebabkan itulah dilampiaskan segala dendam dan amarahnya kepada perempuan yang sudah sah bergelar isterinya itu. "Apa salah Ain pada abang? Kenapa abang benci sangat dengan Ain? Apa yang Ain boleh buat supaya abang tak benci Ain lagi?"-Ainur Sofea "Aku akan stop benci kau bila kau dah mampus." -Harris Shah Hatinya cukup puas melihat wajah mendung milik Ain setiap kali dihina caci dan dipukulnya. Wajah polos itu tidak akan mampu membuat hatinya lembut. Dia bukanlah seperti ibu bapanya yang mudah tertipu dengan raut suci yang dipamerkan oleh gadis itu. "Hargai dan hormati perasaan seorang perempuan yang bergelar isteri kamu. Umi cuma tak nak kamu menyesal sebab penyesalan itulah yang akan menghantui sepanjang hidup kamu."-Puan Sri Maria Nasihat yang dilontarkan ibu kandungnya sendiri diabaikan ibarat angin yang berlalu. Sungguh keras hati seorang lelaki bernama Harris. Rumah tangga yang sememangnya bergolak kian retak menanti belah apabila datangnya gangguan daripada adik susuan Harris sendiri. Ain pula hanya mampu menjeruk rasa. "Aku just nasihatkan kau je. Bro, kau tahu tak kadang-kadang Allah tu takkan beri apa yang kita nak sebaliknya Dia beri apa yang kita tak nak sebab Dia lebih tahu yang mana lebih baik untuk kita. Kau tak boleh nak salahkan Ain sedangkan yang takdirkan semua ni Allah bukan isteri kau tu."-Shahril Amri Satu persatu rahsia yang tersirat akhirnya terbongkar membuatkan Harris nanar tidak mampu berkata apa selain daripada memohon keampunan. "Abang jangan lupakan Faye."-Faye Mampukah hati yang sering dilukai memberikan kemaafan itu? "Abangkan pernah cakap yang abang akan stop bencikan Ain bila Ain mati nanti."


Rate this story

Share this novel

Sarah Aqilah
2021-09-24 

Tak update ker

Riezman riz
2021-09-21 

jeliknya perangai risya, mau nya dibgi sebiji penampar...geram btl lh...

Nina YuzNieDa
2021-09-21 

gila ni c risya

Miss Heart

236 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

BANGTAN BOYFRIENDS

izzataehyung

OMG! KOREAN BOY DI MALAYSIA?!

sophie122271

The Legend Of Love

Tesoro

Let you Go with him

Salyna