Workwife vs housewife

Che Da(Ayunifalin)

Drama Completed 35551
5
(66 ratings)

Synopsis

Sabrina seorang suri rumah tangga sepenuh masa, Sabrina sanggup mengabdi diri selepas berkahwin dengan kekasihnya Mukhlis, Mukhlis sentiasa mengimpikan susuk seorang isteri yang taat dan tidak bekerjaya. Mukhlis bertemu Sabrina di sebuah kedai makan, Sabrina hanyalah seorang pelayan dengan gaji RM 15 seminggu.Namun kejelitaan Sabrina menawan hati Mukhlis. Ibu bapa Mukhlis tidak memandang taraf atau keturunan bakal menantunya asalkan anak lelakinya menamatkan zaman bujang. Tetapi apa yang Mukhlis tidak tahu sebenarnya... Sabrina memiliki ijazah pengurusan pejabat, oleh kerana mahu berada dekat dengan keluarga, Sabrina menolak tawaran kerja sebagai seorang eksekutif dan menjadi seorang pelayan di sebuah kedai makan berdekatan rumah ibunya. Selepas beberapa bulan berumahtangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata Sabrina kebosanan kerana menjadi suri rumah saja. Sabrina menerima lamaran pekerjaan di syarikat yang terbilang maju sebagai pembantu peribadi. "Kenalkan ini Sabrina, isteri pejabat saya encik Mukhlis" kata Hatta. Mukhlis terperanjat saat bertemu Sabrina di pejabatnya, lebih terkejut bila Hatta menyebut Sabrina isteri sahnya sebagai isteri pejabat lelaki itu.Mukhlis tertanya tanya, apakah kelayakan Sabrina sehingga diterima bekerja di pejabat Hatta dan sejauh mana hubungan Hatta dan Mukhlis mula memandang Serong pada Sabrina lalu bertindak di luar batas manusiawi. Apabila ketaatan kepada suami yang bertukar kejam dan menghormati seorang majikan yang penyayang menjadi taruhan. apa pilihan Sabrina, adakah Mukhlis akan memaksa Sabrina untuk berhenti kerja, atau mungkinkah Hatta akan memecat Sabrina kerana menipu maklumat peribadi. Benarkah Sabrina menipu maklumat peribadinya. Antara cita cita dan rasa tanggungjawab. Mahu tahu apa yang akan terjadi. sila tekan read now/mulakan membaca di aplikasi Novel Plus anda


Share this novel

Rate this story


Comments

Che Da(Ayunifalin)
2023-03-04  1 Replies

Assalamualaikum semua terima kasih kepada semua readers yang sudi menjengah ke novel Che da, jalan lupa untuk follow Che da @Ayunifalin untuk mendapatkan notifikasi setiap kali Che da update chapter atau novel baru

Hasmarani Ali
2022-09-13  4 Replies

novel Che da semuanya best2 tp asyik nk bertopi je jwbnya hanya dpt baca separuh je lh

Azzalea
2022-08-01  1 Replies

Congrats Che Da.. Dah tamat cerita ni.. tunggu new baby pula. Teruskan berkarya, keep it up! :))

Che Da(Ayunifalin)

1660 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience