Miss Rah (STATUS : ON GOING) Ainur Qalisya, seorang gadis yang biasa-biasa berasal daripada kampung. Dirinya terasa bagaikan anak tiri apabila disisih dan selalu dibanding-bandingkan dengan kakaknya. Hanya abah dan abangnya sahaja yang mengambil peduli tentangnya. Angkara hendak membelasah bekas kekasih kawan baiknya, Zafira membuatkan dia bertemu dengan seorang lelaki. Yang lebih memalukan lagi apabila dia salah menyerang orang. Lelaki yang diserangnya bukanlah bekas kekasih Zafira malah bukan lelaki biasa-biasa. Itulah sejarah yang paling memalukan di dalam hidupnya. Ainur Qalisya seorang yang tidak kisah dengan hidup bujangnya malah dia lebih bahagia jika tidak mempunyai apa-apa ikatan istimewa.Dia lebih suka dengan hidupnya sendiri yang lebih fokus pada pekerjaan.Namun,siapa sangka dia terpaksa menerima seorang lelaki asing dalam hidupnya demi ingin mengikuti kehendak uminya dan sanggup mengorban kebahagiaan sendiri? "Demi umi,aku sanggup terima.Walaupun aku tahu keputusan aku ni tetap tidak mengubah apa-apa makna pada umi.Cukuplah aku buat umi bahagia saja dengan keputusan aku. " -Ainur Qalisya Lelaki asing yang bakal bergelar suami sahnya itu ternyata bukanlah asing pada hidupnya.Selama ini dia ingatkan dia dan lelaki itu hanya sebarang musuh namun lain pula jadinya apabila mereka menjadi suami isteri sah. "Aduh, papa ni.Beribu-ribu perempuan dalam Malaysia ni,minah gila ni juga dia pilih jadi menantu?No taste lah." -Tengku Ashraf Rayyian Tengku Ashraf ingin menolak tapi nanti papanya akan meluncutkan jawatannya sebagai CEO pula.Mahu tidak mahu,terpaksa lah dia menerima gadis yang sangat menyebalkan bagi dia itu.Bermula lah cerita mereka yang baharu sebagai pasangan suami isteri yang kahwin paksa.Sebelum kahwin pun sudah bagaikan anjing dan kucing, macam mana pula kalau sudah kahwin? Dulu jarang bertemu pun boleh saja bergaduh,itu pun hanya kebetulan saja.Bagaimana agaknya kalau sudah hari-hari bersua muka? Start : 8 April 2023 End :
View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 16 September 2023
2023-09-17
Sonok pulak tgk diorang gaduh..hihi…masing2 tak nak kalah…
2023-09-17
hehehehe...balas membalas betul la doarg ni...ha kan dah kena marah...terpaksa minta maaf walau tak ikhlas...
2023-09-12
bestnya baru dpt baca...