5 (566 ratings)
Adik-beradik. Bila bercakap mengenai adik-beradik, pasti akan terbayang kasih sayang antara mereka. Ada panggilan khas untuk setiap seorang. Yang sulung dipanggil along, kedua angah, ketiga uda, keempat, achik dan yang bongsu adik. Biasanya, peranan along sebagai yang sulung mestilah melindungi dan memberi contoh yang terbaik buat adik-adik. Tetapi, tidak untuk Nur Aazeen Raihana. Dari kecil sehingga besar, dia disisih oleh abangnya sendiri. Mereka hanya dua beradik. Raihana sendiri tidak tahu apa punca abangnya itu sangat membencikan dirinya sehingga sifat seorang abang sulung tiada langsung dalam diri lelaki itu. Takut bila nak ditanya pada baba dan bonda. Akhirnya, Raihana mengambil jalan mudah iaitu dengan mendiamkan diri saja. Dia membiarkan saja apa yang abang dia buat pada dirinya. "Seumur hidup aku bencikan kau! Dasar anak pungut! Menyusahkan aku je!" - RAYYAN HUSAINI Rahsia yang selama ini disimpan rapi akhirnya diketahui oleh Raihana juga dengan usahanya sendiri dan serba-sedikit bantuan dari sahabatnya, Emma Katrina. Dari situ, semakin lama semakin berani Raihana melawan apa yang Rayyan buat kepadanya. Tanpa Rayyan sedar yang dia sudah tahu akan rahsia tersebut. "Jangan pandang hina dekat aku. Aku sedar diri aku siapa." - NUR AAZEEN RAIHANA Entah kenapa Rayyan terlalu membencikan dirinya sehingga sanggup berbuat apa saja supaya masa depannya gelap. Hancur. Tiada apa yang boleh diubah lagi. Dan akhirnya, Raihana membuat keputusan untuk pergi jauh. Jauh dari lelaki bernama Rayyan Husaini supaya lelaki itu berpuas hati dengan semua yang terjadi dalam hidupnya. Apakah selamanya Raihana akan pergi? Atau dia akan kembali tetapi dengan personaliti yang baru? Apa yang berlaku pada Rayyan selepas ketiadaan Raihana? Bahagiakah dia? T/M : 31 Disember 2020 (00:00) T/A :
View All Chapters (Total 30 Chapters)
Update 21 January 2021
jangan bg rai kawen kat rayyan....
so maksudnya rai masih suci lagi kannnn.....
kesian dkt raihana.. hidup nya bnyk cabaran dan rintangan..sbr lh rai