The Power Of Amethyst - Revival

nurshaza

Fantasy Completed 1642

4.8 (12 ratings)

Synopsis

Ameythst. Sapphire. Emerald. Zircon. Carnelian. Onyx. Nama-nama batu permata yang berkuasa tetapi tidak boleh mengandingi Ameythst. Ameythst bagaikan ketua bagi mereka tetapi salah satu dari batu itu berpaling arah. Pewarisnya sudah berpaling kepada kejahatan kerana satu asbab. Demikian itu, mereka berpisah. Ameythst terpaksa disembunyikan dan Onyx pula sentiasa muncul untuk menghapuskan kawan-kawannya yang lain terutamanya Ameythst. Aurel Dia hanyalah manusia biasa yang dibesarkan dalam keluarga Vampire dan Werewolf. Dunia manusianya sudah bersatu dengan puak Vampire dan Werewolf. Semasa dia dilahirkan, dia seorang bayi yang sangat comel dan cantik seperti ibu ayahnya tetapi tidak lama. Sewaktu dia berusia 2 bulan, dia menghadapi penyakit aneh sehingga mengkhuatirkan ibu dan ayahnya. Penawar yang dicari oleh ayahnya dapat menyembuhkannya tetapi ia mempunyai impak yang agak luar biasa. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya sendiri. Kerap bermimpi pelik sehinggakan dia bertindak untuk mencari jawapan. Elena Manusia biasa yang berasal dari dunia lain. Hidupnya seperti Cinderella. Di sekolah selalu dibuli manakala di rumah didera oleh mak dan anak tiri ayahnya. Dia kehilangan ibunya sewaktu usianya 7 tahun. Hari itu merupakan hari kelahirannya yang ke-17 tahun dan ayahnya baru sahaja pulang dari luar kota menghadiahkan dia seutas rantai berloketkan batu permata berwarna ungu. Langsung tak terlintas dalam fikirannya batu permata itu mempunyai aura yang aneh. Disebabkan rantai itu dia ditarik masuk ke dalam dunia yang dikatakan fantasi namun sebenarnya tempat yang didiami itu wujud. Dia sendiri bagaikan tidak percaya dan dari situ bermulalah kehidupannya berubah. Berubah kepada lebih mencabar dari sebelum ini. Amethyst dan Sapphire adalah sahabat yang paling rapat diikuti dengan Emerald, Zircon dan Carnelian. Onyx tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan bekas kawan-kawannya itu. Siapa pewaris Amethyst? Sapphire? Zircon? Emerald? Carnelian? Dan siapa yang bangkitkan aura kejahatan Onyx? Bagaimana mereka mahu melindungi batu-batu permata yang berkuasa itu? Kuatkah mereka yang hanya manusia biasa untuk melindungi batu-batu permata berkuasa itu? "Betulkah dunia fantasi ini wujud?" - Elena "Saya akan cuba." - Aurel "Aku akan lindungi kau walaupun kau baru muncul dalam hidup aku." - Hazel "Aku berjanji akan melindungi Aurel walauapapun yang terjadi." - Ezra "Aku pun janji! Kita sama-sama lindungi Aurel." - Aland "Saya pun sama seperti awak..." - Liana "Saya dapat rantai ni semasa saya bayi lagi." - Harmony "Aku sendiri terkejut yang aku ada kuasa pelik macam ni." - Farell "Korang takkan aku lepaskan selagi dendam aku tak terlunas!" - Kenzo "Kau memang manusia yang paling lemah!" - Hailee Note : Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan,ayat atau jalan cerita. Saya minta maaf. ^_^ Untuk lebih seronok membaca readers boleh feel diri sendiri dalam cerita ni sambil mendengar lagu yang sudah saya tulis tajuk dibawahnya. Terima kasih.


Rate this story

Share this novel

SYAZWANA@DELO
2020-03-10 

hai, assalamualaikum. Jemput baca novel saya yang bertajuk Ku Masih Pilih Dia. Novel ini mengisahkan seorang gadis yang telah ditinggalkan tunang hanya kerana dirinya telah diperangkap berada berdua dengan Alfa Zaqwan dalam bilik hotel yang sama. Si gadis yang kecewa atas hubungan yang berantakan terus melarikan diri ke Korea untuk menjalani kehidupan baru. Di sana, dia telah bertemu dengan Adam dan hidupnya kembali cerah. Dia kembali semula ke Malaysia dan hidupnya kembali dihantui oleh si bekas tunang yang dahulu. Kepada siapa gadis itu akan serahkan hatinya yang cuma ada sekeping? lelaki yang mengubat luka di jiwa atau lelaki yang membuat dirinya terluka? Terima kasih =)

Nina
2020-02-17  1 Replies

bestt

Aryan
2020-02-10  2 Replies

certa yg menarik..best sngt..update double ye sis..ap2 pun thank,sy sentiasa support sis.

nurshaza

250 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

BELUM BERAKHIR

PENABICARA (PB)

Azah telah berkahwin dan mengecapi bahagia bersama lelaki pilihannya.. Tapi cinta hatinya pertama...

SERATUS MERPATI PUTIH

HYERA

Kisah persahabatan Liza si Harimau dan Chad si Cheetah.

Jadikan Dia Jodohku

indah honey

makin hari aku makin tertekan dengan persoalan persoalan yang ditujukan untukku..bukan aku tak mahu...

HEROINKU...

Miss unkown

Zaitina, remaja Sekolah Menengah Genius Star School, mencintai Aiman Yusof, remaja biasa yang...