5 (1146 ratings)
Nama diberi, Nur Alyna, seorang gadis yang kecil molek. Dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang serba-serbi kemewahan. Ayahnya merupakan seorang doktor berpangkat tinggi manakala ibunya merupakan professor yang dikenali ramai orang. Dia pula hanya anak tunggal, tiada adik-beradik yang lain. Ibu dan ayahnya mahu si dia mengikuti jejak langkah mereka menjadi doktor dan professor tetapi dia tidaklah sepandai mereka berdua. Dia memiliki IQ yang rendah dan selalu lambat tangkap dalam pelajaran. Disebabkan satu asbab, ibu dan ayahnya mula meminggirkannya dan disebabkan itulah dia mencabar dirinya untuk meningkatkan prestasi, mahu membuktikan yang dia boleh mengikuti jejak langkah ibu dan ayahnya. Satu kejadian berlaku di mana dia berjumpa dengan seorang jejaka yang merupakan Professor di kolejnya sendiri. Perjumpaan mereka seperti dalam novel-novel cinta yang lain tetapi kisah mereka berdua agak berlainan. "Aku nak buktikan pada ibu dan ayah yang aku boleh naikkan prestasi aku.." - NUR ALYNA "Silap hari bulan, gajah lalu pun cik tak perasan. Saya pergi dulu. Jumpa lagi." - PROF. LUQMAN RAFHAEL "Kau selalu dalam pemerhatian aku ..." - LELAKI MISTERI "Kau milik aku, Alyna. Aku akan dapatkan kau walau apa jua cara..." - DR. YAZID AQMAR Siapa lelaki misteri? Bolehkah Alyna menyahut cabarannya itu? Berjayakah dia menaikkan prestasinya? Apa kaitan dengan Prof. Luqman dan Dr. Yazid? CINTA 70% | KEKELUARGAAN 20% | AKSI 10%
View All Chapters (Total 60 Chapters)
Update 08 October 2020
happy ending!!! hehehe btw nak tumpang promote. Jemput baca novel kedua saya MY MISS ARTIST... alang alang boleh baca novel first saya BOSKU SI PEMBULI...lepas baca minta jasa komen pendapat masing masing tentang novel saya. Mana tahu dengan komen semua, saya boleh perbaiki lgi...terima kasih
tumpang iklan..hye semua novel pertama saya baru dipublishkan tajuk nya Mr Playboy or Cik Playgirl...harap semua dapat enjoy membaca and blh rate and komen bila korang dah baca... thank you
terbaik